Mohd Sayuti Omar
Selepas menerima pujian mebiru oleh Najib Razak semasa presiden Umno itu mencemarkan kaki ke Jeli, Mustapa Mohamed buat kenyataan dia sedia untuk bertanding didua kerusi seperti mana berlaku pada tahun 2004.
Kenyataan Mustapa itu mudah untuk difahami, bahawa dia sudah bersedia untuk menjadi Menteri Besar Kekantan. Mungkin dia cukup yakin kali ini Umno akan berjaya merampas Kelantan berbanding dengan tahun 2004.
Apakah dia akan mengatasi rekod pencapaiannya sendiri (tahun 2004) bila mana Umno memerlukan hanya dua kerusi saja lagi untuk membentuk kerajaan Kelantan? Ketika itu Umno memang 21 kerusi manakala Pas menang 24 kerusi.
Kejayaan itu satu sejarah manis buat diri Mustapa sendiri. Bahkan pencapaian Umno dalam pilihan raya 2004 lebih baik berbanding dengan pencapaian Umno tahun 1995, 1999 dan 2008 ketika Umno Kelantan dipimpin oleh Mahathir Mohamad, Annuar Musa dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Dalam kata lain Mustapa berjaya mengatasi rekod dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah tahun 1999 dan Annuar Musa tahun 2008. Sekiranya Umno memberi kepercayaan kepada Mustapa untuk terus memimpin Umno sehingga ke tahun 2008 mungkin Umno sudah pun berjaya menubuhkan kerajaan negeri Kelantan?
Tetapi malangnya Abdullah Badawi yang ketika itu menjadi presiden Umno telah menukar Mustapa dengan Annuar Musa. Dikatakan pertukaran Annuar Musa itu atas nasihat Muhammad Alwi Che Amat yang menjadi setiausaha politik Abdullah ketika itu. Dunia tahu dari Perlis hingga ke Makkah akan hubungan peribadi di antara Alwi dengan Annuar Musa. Annuar bagi alwi samalah buluh bagi ular tedung, menggeri kata orang. Alwi hanya berani berkokok untuk melawan Annuar di luar gok, tetapi akan senyap sendu sampai terberak kapor kalau dalam gok.
Ternyata Umno di bawah pimpinan Annuar Musa parti itu kembali menjunam dan beliau sendiri kalah di kerusi Parlimen Ketereh. Melantik Annuar Musa yang sudah masam reban bagi rakyat Kelantan satu kesilapan Umno. Begitu juga kalau dalam pilihan raya akan datang Annuar Masih masih lagi dicalonkan ia akan boleh menjahamkan Umno. Annuar sebenarnya sudah sial bagi Umno.
Berbalik kepada kenyataan dan keyakinan Mustapa tadi apakah asas yang diletakkan oleh beliau dan juga Umno. Mustapa bernasyib UBN akan berjaya menawan 23 kerusi dalam pilihan raya akan datang. Jumlah itu tidak pernah berubah dan statik menunjukkan UBN benar-benar yakin. Sejak awal-awal lagi angka itu digumba oleh Umno Kelantan.
Angka itu juga seakan sama dengan apa yang saya ramalkan dan bimbang Pas akan kalah kalau parti Islam itu tidak sedia menukarkan calon-calonnya yang tidak membawa 'kegelingasan' kepada parti itu. Dalam tilikan saya seramai 28 wakil rakyat kini yang kebanyakannya mewakili kerusi Dun perlu ditukarkan. Pas perlu berani mengambil risiko menukar wakil-wakil rakyat ini kalau parti itu masih berhajat untuk menguasai Kelantan.
Alasan kenapa mereka perlu ditukar antanaya kerana mempunyai masalah peribadi yang boleh memberi masalah kepada parti. Antaranya telah dituduh dengan pelbagai 'penyakit' di mana ianya dipercayai oleh rakyat.
Selain itu mereka juga tidak perform dan tidak bersikap mesra rakyat. Setengah dari mereka hanya kelihatan turun padang dan mudah ditemui di majlis-majlis kenduri atau pun masjid sejak beberapa bulan ini saja. Sebelum ini usahkan nak lihat wajah bayang pun sukar untuk ditemui.
Jadi calon-calon ini kena dibuangkan.
Mungkin kelemahan itu sudah dihidu oleh UBN menyebabkan parti itu yakin akan menang dan menjadikan Mustapa Mohamed mulai merasai akan menjadi MB Kelantan. Ada 'kulihanya' kalau Ubn berperasaan demikian. Kelemahan Pas hari ini bukan saja kepada sebilangan besar calonnya tetapi juga diaspek lain misalnya persiapan untuk menghadapi pilihan raya.
Misalnya jentera pilihan raya Pas seakan masih belum bergerak lagi. Beberapa event yang saya hadir memperlihatkan Pas seakan belum bersedia. Apakah keadaan ini berlaku kerana nama-nama orang yang hendak bertanding tidak diumumkan menyebabkan masing-masing masih 'berkilas' kain, atau kerana apa?
Kalau itulah keadaannya maka elok Pas mengumum calonnya awal-awal untuk dinilai dan dipantau oleh rakyat? Selain daripada masalah itu, beberapa isu yang didendangkan di Kelantan sekarang ini juga memberi sedikit beban kepada Pas untuk menjawab dan menyelesaikannya. Isu-isu yang disebut oleh Najib semasa ke Kelantan baru-baru ini walaupun ia tidak akan memberi kesan dan menyebabkan rakyat akan sedia menukar parti Islam kerana isu itu tetapi ia tetap akan menjadi modal kepada UBN.
Isu-isu ini perlu diselesaikan atau Pas perlu mengemukakan plan untuk menyelesaikannya.
Apa yang hendak ditegaskan di sini, bahawa kenyataan Mustapa itu bukan main-main, ia serius. Umno kini serius untuk merampas Pas dan juga mereka serius menyediakan bakal menteri besar mereka. Kalau tahun 2008 Annuar Musa meletakkan Awang Adek Hussein sebagai bakal MB Kelantan, yang mana Awang Adek kalah, tetapi tidak begitu dengan Mustapa. Mustapa pernah mencatata rekod menang di dua kerusi Parlimen Jeli dan Dun Air Lanas pada tahun 2004 dulu.
Makanya Pas jangan pandang m udah atau terus menyamakan nasib Mustapa akan jadi macam Awang Adek. Di antara kedua anak Bachok ini, seorang yang merantau dan seorang menjaga kampung ada bezanya. Perbezaan paling penting dari segi watak dan hobi... Mustapa tidak penagih cerok seperti Awang Adek. Malahan dia tidak pun merokok. Mungkin tanpa bau asap yang menyelubungi diri Mustapa lebihi diminati rakyat Kelantan.
Justeru Pas perlu melihat kenyataan Mustapa dan gerak kerja Umno Kelantan hari ini. Jangan kernana asik mengenangkan sejarah 2008 - kekalahan dua kosong Awang Adek, kali ini Pas pula akan kalah 23 kosong dan menyebabkan kerajaan yang digenggam 22 tahun melayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan