Pengantin bersanding bersama penguin

LANGKAWI: Dua pasangan pengantin membuat kelainan apabila memilih untuk bersanding dalam tangki penguin di Underwater World Langkawi (UWL) di sini hari ini.

Pasangan Mohd Fazli Abdul Rahman, 31, dan Nursalmah Tajuddin, 27, serta Mohd Shodri Bahador, 25, dan pasangannya Nurul Naziemah Rahim, 22, merupakan kakitangan UWL.

Mereka bersanding dalam dua tangki berasingan iaitu tangki penguin Afrika dan Rockhopper sambil memberi makanan kepada penguin yang terdapat dalam tangki tersebut.

Persandingan mereka ini mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records dan ia turut disaksikan Anggota Parlimen Langkawi Datuk Abu Bakar Taib.

Persandingan yang berlangsung dalam kedua-dua tangki mengambil masa 15 minit dan turut ditemani penjaga penguin yang bertindak sebagai pengapit bagi memastikan semuanya berjalan lancar terutama dari segi keselamatan ke atas pengantin itu.

Peralatan seperti kerusi bagi pengantin dan hiasan dalam tangki diubahsuai mengikut kesesuaian perkahwinan dalam tangki penguin itu.
-Bernama-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan