Anwar Gigil Kena Tibai ?

Elanis
Salam. Kesian kita terhadap Anwar Ibrahim, nampaknya kali Anwar akan kena tibai teruk oleh geng bekas pengasas PKR. Anwar tentu sedang risau sekarang. Geng ini bukan calang-calang pemimpin, dan mengikut Mursyidul Amnya Muhammad Zahid Mat Arip, mereka meyokong Umno dan ditunjangi Perkasa.
Nampak harmonis gerakan menentang Anwar ini, Ibrahim Ali melalui Perkasa memperkuda geng bekas PKR ini untuk Tibai Anwar.

Kata Muhammad Zahid, Tibai akan bergerak dan menumpukan kekuatan mereka di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan. Mereka juga akan berada dalam setiap ceramah Anwar mulai 22 April ini.

Malang sungguh Anwar, baru-baru ini Geng Nalla cuba membunuh karektor Anwar dengan dakwaan Anwar seorang biseksual, dan bagi mereka, Anwar tidak layak jadi pemimpin. Namun geng Nalla ini dah mula menyepi. Anwar tetap juga berceramah, dan tetap juga berada dalam majlis-majlis antarabangsa untuk menyampaikan ucapan.

Kini, giliran Tibai pula. Apakah isu-isu yang dijangka akan dikupas oleh mereka? Kita jangkakan isu-isu pokok mereka ialah:

a) Anwar kaki sex - seorang biseksual - mereka akan ulang balik Liwat 1 dan Liwat 2, dan video sex trio.
b) Anwar pengkhianat Melayu - menjadikan Malaysia negara republik, hak istimewa orang Melayu akan dihapuskan, dan menerapkan fahaman Malaysian Malaysia.
c) Anwar pengkhianat Pas - menyerap Anwarinas dalam Pas dan mengurangkan pengaruh ulamak dalam Pas.
d) Anwar tunduk kepada DAP dan trojan horse DAP.
e) Anwar agen Barat untuk menjatuhkan kerajaan Melayu yang didokongi Umno.
f) Anwar berfahaman agama pluralisme.
g) Polisi ekonomi Anwar akan mengbankrupkan ekonomi Malaysia.
h) Anwar penghasut golongan muda dan mahasiswa supaya menentang kerajaan Umno yang selama ini membela Melayu melalui pendidikan.

Pemikiran politik geng ini amat mudah. Berikan sejumlah bajet kepada kami, dan kami akan Tibai Anwar, kalau boleh sampai menelanjangi siapa Anwar. Rakyat pasti akan percaya dan akan tolak Anwar.

Barangkali pada pemikiran mereka, tahap pemikiran rakyat masih sama seperti pemikiran mereka. Mereka harus bertanya, mengapa begitu ramai yang hadir mendengar ceramah Anwar atau pemimpin Pakatan? Adakah Anwar ada membela jembalang? Adakah isu-isu yang dikupas Anwar, pendengarnya hanya menelan bulat-bulat segalanya. Adakah rakyat atau audien begitu bodoh dan begitu taksub dengan Anwar sehingga menjadi seperti lembu dicucuk hidung.

Alahai Ibrahim Ali, Muhammad Zahid, Ruslan Kassim, Zul Kulim. Kini bukan zaman pelita minyak tanah tetapi zaman maklumat di hujung jari. Setiap isu yang diketengahkan oleh Anwar atau Pakatan, tentunya mereka akan sahkan dengan maklumat yang mereka hadam sendiri.

Sesungguhnya, yang menggigil nanti ialah mereka, bukan Anwar! Rakyat telah pun mengenali sosok badan mereka ini. Strategi politik untuk menyerang Anwar dengan menubuhkan kelab ini tetapi awal-awal lagi telah diisytihar siapa diri mereka - menyokong Umno dan ditunjangi Berahim Perkasa.

Sedangkan apa yang berlaku sekarang ialah arus perdana penolakan UMNO secara total dan BN umumnya. Rakyat tidak dapat bersabar lagi tentang kebejatan polisi ekonomi dan moral UMNO.

Persilakanlah geng Tibai ke medan masyarakat dan kita akan lihat nanti rakyat akan menibai siapa. Strategi pun dah terjadi kontradiksi. Satu lagi usaha yang dirancang oleh pencacai Najib yang tentunya akan mempercepat kejatuhan Najib.

Jelas sekali siapa sebenarnya yang bodoh dan memperbodoh diri sendiri. Geng bekas PKR ini rakyat dah kenal mereka. Audien mereka hanya hardliner UMNO itupun datang dengan paksaan dan kerahan. Mereka sendiri pun tahu dan sedar, mereka telah pun tertolak atau ditolak rakyat yang cinta akan perubahan dan keadilan.

Jadi, satu hal lagi yang boleh kita teorikan iaitu mengguna peluang seluas-luasnya untuk mereka mengaut duit dari satu situasi panik dan fobia Najib atau UBN atau kroninya terhadap arus perdana yang dikepalai Anwar Ibrahim. Situasi panik yang saya namakan sebagai Fobiaisme Anwar.

1 ulasan:

  1. seronok iblis melihat raamai yg akan menemaninya kat neraka...buatlah keje mengaib & memfitnah org islam yg lain besar pahalanya

    BalasPadam