Zahida Rafiq, Shafie Apdal. Jangan percaya pada Driver dan Bodyguard

Mummy Rokiah 

Rabu lalu, pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi membuat laporan polis mendakwa aktres berkenaan mendapat wang berjumlah RM1.5 juta daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Ini lah akibatnya kalau percaya sangat pada Pemandu dan Bodyguard.

Kedua-dua jawatan ini bukan lah tinggi sangat tetapi cukup penting bagi seseorang Menteri kerana banyak rahsia yang mereka ketahui. Entah berapa banyak rahsia yang mereka ketahui sepanjang dalam kereta bersama Pak Menteri.

Kalau Pak Menteri berkahwin lebih dari dua pun mereka tahu dan rahsia itu menjadi rahsia sehinggalah jika Pak Menteri tak pandai menjaga mereka. Sedangkan anak dan isteri Pak Menteri pun tidak tahu aturcara Pak Menteri tetapi mereka lebih tahu.

Pendeknya te..ur Pak Menteri pun mereka sudah genggam. Begitu juga bodyguard kalau tak dapat projek dari Pak Menteri jawabnya kantoi lah rahsia Pak Menteri kelak.

Nasihat kepada Pak Menteri hanya Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan