Tuan Ibrahim Tuan Man
A: Seorang perompak besar, penipu pilihanraya, catur penindasan sistematik, menggunakan segalanya untuk memihak kepadanya, asalkan benda yang berpihak kepadanya difatwakan sebagai adil.
Mereka yang lebih takutkan kehilangan gaji daripada Allah:
Diam seribu bahasa.
B: Beranikan diri melawan ketidakadilan A. Menggadai titik peluh dan darah untuk memberitahu A, cukuplah menipu - nak lawan, lawan dengan cara adil. Beranikan diri menghadiri perhimpunan yang digelar haram oleh A dan orang agama A. Menjaga kelakukan daripada 8am ke 3pm memastikan himpunan aman dan mesej disampai pada A bahawa mereka serius menuntut perubahan. Melarikan diri apabila pihak A bertindak ganas. Dipukul, dihina, diseksa, diburu, dikecam oleh pihak A yang menguasai segalanya.
Mereka yang lebih takutkan kehilangan gaji daripada Allah:
Haram untuk sertai himpunan yang huru-hara.
Quran 55:5-13
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Quran 5:8
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Quran 18:57
Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.
Inikah cara jaga nama baik agama dan kepentingan umat Islam?
Allah sudah memberikan akal dan panduan untuk kehidupan sementara kita di dunia ini. Pakailah sebaiknya untuk menilai. Jaga pemberian Allah dan jangan menghina pemberian Allah. Gunalah sebaiknya.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
6 Mei 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan