(Gambar) Anggota tentera kita dilatih makan monyet dan katak?

amkns
Agak mengejutkan beberapa gambar yang dipaparkan di laman web maahadsas.edu.my yang kemungkinan besar menunjukkan anggota tentera Malaysia yang beragama Islam diberi latihan kelangsungan hidup (survival) cara menangkap, memasak dan memakan monyet, katak dan beberapa binatang liar di hutan.

Adakah ini latihan untuk menghadapi suasana darurat atau terdesak? Apakah selepas ini akan ada pula latihan melacur untuk ibu yang terdesak keputusan bekalan susu anak, kerana Datuk Dr Mashitah dalam ruang soal jawab agama akhbar Harian Metro bertarikh 19 Jun 2005 mengatakan iaitu : “Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan.”

Harap Jawatankuasa Fatwa dapat memberikan pencerahan dalam isu latihan ketenteraan ini. Apakah perlu dilatih makan benda haram dalam keadaan darurat? Bagaimana pula jika latihan tersebut dalam bulan Ramadhan, kerana orang berpuasa dalam bulan Ramadhan pun dibolehkan berbuka puasa sekiranya dalam keadaan darurat?

Atau mungkin gambar tersebut bukan anggota ATM?

********************

Jual diri kerana terdesak
Harian Metro Ahad 19 Jun 2005

SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?

RAZIN Kuala Lumpur

JAWAPAN oleh oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu ‘terpaksa’, membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya.

Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan. Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah. Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat.

***************

Tiada alasan boleh melacur kerana darurat
ARKIB : 28/06/2005

Saudara Pengarang,

Saya berpandangan alasan melacur kerana darurat tidak dapat diterima sama sekali oleh syarak mahupun akal dan adat masyarakat kerana masih banyak lagi jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalahnya lebih-lebih lagi disokong dengan statistik peluang pekerjaan yang banyak dikaut oleh pekerja asing di negara ini, di samping masih terdapat badan-badan kebajikan kerajaan mahupun swasta dan masih ramai warga negara ini yang berjiwa mulia bersikap suka menolong orang yang dalam kesusahan.

- ZAMRI HASHIM, Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Negeri Perak.

Sumber foto dan berita: mohdtaufek.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan