Ustaz Azhar digelar Maharaja Lawak oleh Dr Mashitah?

laniismaa
Dr Mashitah menulis di Sinar harian perihal "Bertauliah elak sindrom keliru", tulisan terbaru beliau di Sinar Harian.

Beliau menulis tentang sindrom keliru di kalangan masyarakat berkaitan pendakwah. Ini kerana latar belakang pendakwah yang meragukan termasuk selebriti yang bukannya pendakwah berwibawa.

Tulisan Dr Mashitah juga ada menyebut tentang lawak dalam ceramah. "berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak". Agak-agaknya kepada siapa tulisan ini ditujukan?

Apabila ada pula ustaz bermain alat muzik dan menyanyi sepanjang berceramah tanpa isi yang jitu atau berseloroh hampir sepanjang ceramah bagaikan Maharaja Lawak. Ini juga mewujudkan suasana keliru. Masyarakat lebih celaru jika penceramah yang tidak layak tetapi mempertikai keputusan Majlis Fatwa atau mengeluarkan fatwa songsang, misalnya menghalalkan perkara yang haram dan menyeru pengikut berbuat kerosakan. -Rujuk SinarHarian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan