Anak Mahathir beli syarikat minyak pakai duit arak – Anwar

Norutul Ilham 
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka.
“Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.

Anwar juga menyifatkan Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada telunjuk Mahathir apabila meluluskan kontrak enam bulan untuk MAS membeli minyak dari Petron.

“MAS tak boleh beli minyak syarikat lain selama enam bulan, daripada syarikat anak Mahathir, Petron – boleh,” katanya, sinis.

Ketua Umum KEADILAN yang pernah memegang jawatan Menteri Kewangan selama lapan tahun itu, mempersoal integriti Najib selaku Perdana Menteri.

“Dasar ekonomi apa ini. Kamu ini Najib, Perdana Menteri ke, ketua kampung? Ini Perdana Menteri takut kepada Mahathir, dengan Perkasa takut, dengan Obama takut, balik rumah takut.

Anwar juga mengimbas kembali desakan Mahathir yang mahu RM2 bilion untuk menyelamatkan anaknya tetapi tidak diendahkan beliau hingga membawa kepada pemecatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ini membuktikan, katanya, walaupun berulang kali Umno ‘berikrar’ mahu membanteras rasuah dan penyelewengan, katanya, janji itu sekadar janji kerana mereka mendahulukan kroni.

“Bukan tiada orang Melayu, India atau Cina, tapi serah kepada orang korup. Tapi bercakap, mesti tentang rasuah. Tapi pelahap bukan main banyak.

“Semua tak betul tapi pemimpin Umno beli syarikat arak tok imam diam sahaja, boleh,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan