Pemandangan di kawasan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri. – Foto ihsan Cari Malay Forum
Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network
PUTRAJAYA: Seorang lelaki mati ditembak selepas mengamuk dengan membawa pedang dan merosakkan kenderaan polis dan orang awam di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, petang tadi.
Turut ditembak rakannya seorang wanita.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, ketika sebahagian kakitangan JPM pulang daripada waktu makan tengah hari, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi dan meninggal dunia.
Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur, katanya.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.
Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.
Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.
Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan