Penarik Beca
Ini sms dari seorang kawan yg minta saya cari kesahihan:
Salam, you may like to check: (1) in a couple of high level meetings (Biro Politik, MT etc) PM + DPM engaged in verbal spar, banging table etc. (2) DPM is pushing PM to be more aggressive in dealing with opposition & Bersih.
(3) DPM wants PM to act more decisively as decision on poll date/MAS/SBPA make the cabinet looks like a lame duck & confused cabinet. (4) On 1 of the meeting, PM said, "I am the PM, I am the President of the party. I decide!" This was said when DPM insinuate that 'the old man' say this and that... (5) DPM was very upset when in one of the meeting (which was held in Sri Perdana) Kak Ros walks in & gives her piece of mind.. (6) A growing numbers of senior Umno leaders (especially DPM) asked for the removal of Hishammuddin from the present portfolio, but PM refuses to entertain. Wallahua'lam. Tq.
Ish, nak pi tanya sapa tak tau nak sahihkan info di atas. Betui ka, dak ka?
Lebih kurang, kalau anda tak selesa baca dalam Bahasa Inggeris, Mamat tu suruh saya check betui ka ada bertegang leher antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sampai peringkat tumbuk debik meja dah. Yg Muhyiddin pulak, katanya la, suka sangat sakitkan hati Najib apabila dok sebut-sebut Tun Dr Mahatahir Mohamad kata gitu, gini, apa semua. Punya la sakit hati Najib, katanya, sampai dia kena habaq (habaq kat diri dia sendiri la kot), "Aku ni PM, aku Presiden parti. Aku buat keputusan!"
Diceritakan jugak, dalam satu mesyuarat yang kebetulan diadakan di Seri Perdana, Datin Seri Rosmah Mansor suka hati dia ja masuk dalam mesyuarat tu. Bukan takat tu ja, mak nenek tu siap cakap apa dia nak cakap dalam mesyuarat tu.
Pemimpin-pemimpin kanan Umno juga, katanya la, mahu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diundurkan dari jawatannya sekarang. Tapi Najib tak layan tuntutan tu.
Tu satu. Kedua, hari ni, saya nak siar lagi dan lagi apa yang saya tulis sebelum ni dalam blog ni dan dalam Facebook saya (kalau sudi, boleh subscribe di bawah tulisan atau posting ni):
... jangan buat industri yang menyusah dan membebankan rakyat seperti Malaysia buat industri kereta nasional.
Dulu-dulu, sebelum Proton, orang-orang biasa dan orang-orang kampung pun boleh beli Toyota Corolla, boleh beli Datsun. La ni, nak beli Proton pun, ia lebih mahal di Malaysia dari Proton yang dijual di luar negara. Kereta import tak payah cakap la. Dah la tu, syarikat pengeluar Proton pula terpaksa disusukan dengan keringat dan kepayahan rakyat Malaysia hingga hari ini. Proton betul-betul industri yang menyusah dan membebankan rakyat!
Dalam pada tu, Thailand dah jadi Detroit of Asia.
(Tambahan: Kawan Amin Iskandar dari Indonesia beritau, dia suka pakai kereta Proron walau apa pun org lain kata. Sebabnya, murah bangat! Untuk rujukan baca: "Harga Kereta Proton Mahal di Malaysia Berbanding di Arab Saudi. Ini Jawapan Menteri!!")
Saya ulang siar apa yang saya tulis tu bila saya terbaca "Bite the bullet, put Proton out to pasture" (Malaysiakini 26/7/12), "You don't milk the cow until it dies" (Malaysiakini 26/7/12) dan "Perkasa says no to tax cuts as public will opt for foreign cars" (TMI 26/7/12).
salam,
BalasPadammuhiyiddin kan org mahathir
KLIK tawaran ke IPTA tapi course tak boleh pilih