KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said (Pak Samad) mahu segenap individu yang menyertai PAS terutamanya artis, bekas-bekas polis dan sebagainya memberikan sumbangan sebaiknya kepada gerakan Islam dalam membantu mengembangkan Islam.
Dalam satu ulasannya mengenai fenomena artis dan pelbagai pihak menyertai PAS mutakhir ini, Pak Samad mahu semua yang masuk ke dalam PAS ini memulakan langkah mereka dengan jujur, tulus dan ikhlas.
“Saya senang bahawa apa juga tindakan itu harus jujur, harus tulus, harus ikhlas. Itu asasnya, sebab sebagai orang Islam pergi solat lima waktu termasuk amal ibadat lain.
“Sebelum kita hendak sembahyang itu kita kena tulus dulu. Kita tidak boleh hendak bersembahyang dengan hati yang tidak tulus, tidak murni, tidak ikhlas.
“Jadi jika itu dasarnya, saya fikir setiap orang yang akhirnya menyedari bahawa hidupnya itu selama ini tidak murni, selama ini tidak menyokong itu gerakan- gerakan Islam,” katanya
Katanya lagi, kemasukan beberapa orang “watak” yang pernah berada dalam Polis dan sebagainya diyakini bermula dengan kesedaran golongan tersebut.
Tambahnya, selama ini golongan tersebut mungkin hanya mendiamkan diri kerana kerjayanya dan belum mendapat kesedaran.
Hendaknya jangan ada udang di sebalik batu.
BalasPadam