Kagum dengan Sultan Kelantan

Syed Abdullah Osman Jamalullail, Ampangan,
Kagum dan rasa bersyukur apabila melihatkan gambar-gambar dalam 'Harakahdaily' yang menunjukkan DYMM Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V membuka pintu Istana untuk bersama-sama pemimpin dan rakyat menunaikan solat tarawih, mendengar tazkirah dan qiamulllail.
Apabila Raja membuka pintu Istana untuk bersama rakyat menunaikan ibadah sebagaimana berlaku di Kelantan, saya terkenangkan DYMM Sultan Brunei. Setiap tahun dalam bulan Ramadan, baginda akan membuka istana kepada semua umat Islam bersolat sunat tarawih dan seterusnya bertadarus bersama-sama Baginda.

Peristiwa ini begitu mengharukan bukan sahaja kepada rakyat Kelantan tetapi umat Islam di negara ini juga. Semua rakyat Kelantan tentu sekali berbangga dan bertuah kerana mempunyai Raja yang alim dan pemimpinnya pula seorang Ulama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan