Pelajar hanya 25 tetapi dapat RM2 juta

Harakahdaily
KOTA BHARU: Dengan memiliki hanya 25 pelajar lelaki, Madrasah Al-Najmiah atau Pondok Genting mendapat sumbangan RM2 juta dari Jabatan Pembangunan Persekutuan semalam, 14 Ogos.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamad.

Minggu lalu akhbar Umno membuat kekecohan apabila menyiarkan kenyataan Abdullah Sa`amah kononnya haram mengundi DAP kerana mereka 'kafir harbi'.

Ekoran itu, pelbagai bantahan dibuat ke atas akhbar Umno itu khasnya Abdullah Sa'amah.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya misalnya berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi".

Katanya, pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan"

Namun, tanda tanya mengenai kenyataan itu seolah-olah terjawab semalam apabila Pengerusi Umno Kelantan menyampaikan cek RM2 juta kepada pondok itu.
(Mustapa menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada Pondok Geting)
Pondok ini dinamakan Madrasah Al-Najmiah. Ia diasaskan pada tahun 1983M oleh Abdullah bin Sa`amah.

Ia terletak kira-kira 40 km dari Bandar Kota Bharu dan hanya kira-kira 1 km dari jalan besar Pengkalan Kubor - Kota bharu.

Pengerusi pentadbir pondok ini adalah Haji Abdullah bin Sa`amah.

Antara kemudahan di pondok ini Madrasa, elektrik, air, kolah air, rumah tetamu dan 18 buah pondok untuk pelajar.

1 ulasan:

  1. Halal yang HARAM tu DAP KAPIAK sah sah mush Islam tapi rakan seperjuangan PAS

    BalasPadam