Puad Zarkashi, tarik balik fitnah atau bakal kena saman

MOHD EZLI MASHUT 
SHAH ALAM. 2 OGOS: Dr Mohd Puad Zarkashi diberi tempoh 48 jam bermula hari ini untuk menarik tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa Ketua Umum PKR itu membayar Datuk Seri Lajim Ukin untuk meletakkan jawatan dalam Umno- BN.

Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, Anwar juga menuntut bahawa Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat dalam dua akhbar harian kebangsaan termasuk Sinar Harian dan juga menuntut ganti rugi dan kos undang-undang.

Apa-apa kegagalan oleh Puad untuk mematuhi tuntutan-tuntutan ini akan menyebabkan pengeluaran serta-merta Writ Saman terhadapnya.

“Kenyataan ini adalah satu pembohongan yang keji oleh Dr Puad sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

“Selaras dengan politik Umno fitnah dan pembunuhan watak, tiada bukti yang diberikan oleh Puad untuk menyokong dakwaan keterlaluan,” katanya dalam kenyataan media.

Ujar Surendran, kenyataan fitnah ini adalah bukti terdesak dan ketakutan Umno-BN dalam menghadapi kehilangan besar-besaran sokongan untuk BN di Sabah.

Perletakan jawatan Lajim yang berani dibuat demi kepentingan rakyat Sabah yang lama menderita di bawah pemerintahan yang menindas dan rasuah Umno-BN.

“Kami menyeru pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk meninggalkan politik ‘fitnah’ dan sebaliknya bersama Pakatan Rakyat membahaskan persoalan berkaitan kepentingan negara,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan