20 samseng ganggu pelancaran Bilik Gerakan DUN Tangkak

Keadilandaily
TANGKAK 14 SEPTEMBER: Selepas bas Merdeka Rakyat disimbah cat ketika solat Jumaat, rombongan Merdeka Rakyat diganggu pula sekumpulan 20 ahli Patriot.
Mereka yang dipercayai ahli Patriot melakukan kekacauan di perkarangan Bilik Gerakan DUN Tangkak yang baru dilancarkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kira-kira jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan dilihat terjerit-jerit sambil membawa kain rentang yang tertera perkataan tokoh rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun penyokong Pakatan yang hadir pada majlis pelancaran bilik gerakan yang baru itu, spontan meneriak ‘Hidup Anwar’ dan ‘Hidup Rakyat’ dengan lantang.

Kehadiran polis kemudian menyurai kumpulan berkenaan, kira-kira 20 minit kemudian.

Turut hadir dalam majlis perasmian, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution, Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin.

Rombongan solat Jumaat, bas Merdeka Rakyat disimbah cat merah

(Oleh Aisha Geoffrey)
TANGKAK 14 September: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi disimbah cat merah oleh samseng Umno hari ini ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan KEADILAN sedang menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tangkak, Johor di sini.

Menurut saksi yang sempat melihat kejadian itu, suspek dipercayai menunggang motosikal bernombor plat MAL 7425.

Saksi segera memanggil polis yang mengawal di luar masjid tersebut.

Ekoran itu, polis bertindak mengejar samseng berkenaan.

Sebelum ini, bas Merdeka Rakyat disimbah cat pada awal pagi di Pasar Siti Khadijah, Kelantan manakala di Melaka, menyaksikan samseng Umno menyimbah cat secara terang-terangan pada siang hari.

Dalam jelajah itu – ketika di Alor Setar, samseng juga mengganggu tazkirah Anwar, malah seorang daripada mereka dikatakan membawa kerambit ketika mendekati Ketua Pembangkang itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan