Anak Taib Mahmud didakwa 'tampar', 'tumbuk' isteri

Hafiz Yatim
Shahnaz A Majid hari ini membuat pengakuan kepada mahkamah bahawa beliau didera secara fizikal dan emosi oleh bekas suaminya Mahmud Abu Bekir, yang juga anak kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud
NONEShahnaz, 49, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa insiden itu berlaku di rumah mereka di Sydney dan Kuching.

"Bulan Julai sebelum pulang ke Kuching, saya tak ingat, dia serang saya di dalam rumah. Dia pukul, angkat tangan tampar, tumbuk.

"Saya tak ingat sebabnya sebab ia bukan sesuatu yang penting, bukan isu besar," katanya.

Dua tahun selepas itu, ketika pulang ke rumah besar mereka yang "sebesar muzium lama" di Kuching, Shahnaz mendakwa diserang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan