Bila Masanya Melayu Durhaka?

sakmongkol AK47
Kesetiaan kepada golongan feudal ini kadang2 dilebih lebihkan sangat. Kesetiaan, kalau budak2 UMNO nak tahu adalah kesetiaan bersyarat. Atau qualified loyalty. Sememang nya begitu dalam budaya Melayu. Kita tidak setia membabi buta hanya kerana namu kamu wan, tengku, nik, atau ada gelaran2 didepan nama kamu. Kita meluat dengar kita mesti sokong UMNO sebab ini kehendak raja2 Melayu atau rasmi orang Melayu tidak akan durhaka.

Siapa kata Melayu tidak pernah durhaka? Melayu durhaka apabila dizalimi, dibuli dan ditindas atau maruah mereka dimusnahkan. Melayu akan durhaka bila adik kena bunuh, anak kena rogol atau dizinai. Raja yang membelah perut isteri rakyat hanya kerana memakan sebiji nangka menerima balasan nya apabila ditombak.
Demang Lebar Daun beritau Seri Teri Buana- “ Buana bro, kalau awak nak kahwin dengan anak kawan, maka kawan hendak awak berwa`ad dengan kawan. Kita kena berbai`ah macam orang2 UMNO buat dengan Dr Mahathir sekarang atau buat hari tu masa perhimpunan agung. Kita kena buat gitu sebab entah apa awak makainya, awak main dengan budak perempuan habis kedal semua. Tak pasal2 anak kawan jadi gitu sama. aok stuju? “

Maka ST Buana pun kata- apa agreement tu Daun? Begini Buana- keturunan kawan semua setia dan jadi hamba kepada awak. Tapi awak mesti adil pada dia orang. Kalau buat salah jangan maki hamun, jangan nista dan jangan jatuhkan maruah. Ini, tegur pasal plet kereta aok nak maki hamun dan beri malu. Jangan sebab terkena bola sepak raga kat tanjak awak, awak bunuh budak tu. Kalau bunuh pun mesti ikut hukum syarak, bukan ikut hukum bapak awak.

Ok setuju , beres Daun. Tapi part kawan begini. Anak buah awak Daun, mesti setia dengan anak cucu kawan sampai akhir zaman walaupun zalim macam mana. DL Daun pun kata- beres Buana. Tapi kalau anak buah awak Buana yang pecah janji, maka anak cucu kawan akan buat serupa.

Maka tersebut lah dalam sejarah Melayu demikian bunyi nya: maka kedua dua nya bersumpah sumpahlah, barang siapa mengubah perjanjian itu dibalik Allah Subhanahu wa Ta`ala bumbungan rumah nya kebawah, tuangnya keatas.

Maka suka lah saya ingatkan budak2 di Jerantut itu- tersebut dalam Sejarah Melayu- jikalau ada seorang raja memberi aib, itu alamat negeri akan dibinasakan Allah Subhanahu wa Ta`ala( bukan Allah SAW seperti disebut oleh pemimpin UMNO sedikit masa dahulu).

Apabila dah berjanji tidak mungkir, barulah semua selamat. Setelah anak DL Daun ditiduri oleh ST Buana, esok hari tak kedal maka suka sangatlah ST Buana sebab lepas ini boleh main hari2 tak takut kesan buruk. Suka main rupa nya Raja Melayu ni.

Jadi saya hendak ingatkan budak2 UMNO terutama yang membangga banggakan sangat keturunan, jangan taksub. Kesetiaan bangsa Melayu sejaka zaman dahulu lagi adalah kesetiaan bersyarat.

Ingatlah pesan dalam Sejarah Melayu bahawa jikalau ada seorang raja memberi aib, maka alamat negeri akan dibinasakan oleh Allah. Sekarang kita dapat lihat ramai anak2 raja Melayu kita yang beri aib- mabuk tonggeng terbalik, balun anak dara dan isteri orang pun- maka itu lah alamat dan petanda, negeri yang dipimpin mereka akan musnah. Tapi musnah bukanlah dalam bentuk terbalik bumbung atau apa- musnah apabila kerajaan yang zalim akan diganti dengan kerajaan baru.

Jadi saya harap seruan Melayu mesti bersetia sebab Dato Najib ini bangsawan yang ada gelar Orang Kaya Shahbandar dan sebab gelaran itu anugerah Raja Melayu dan orang Melayu tidak durhaka- jadi2lah buat pedaah nya. Orang Melayu khususnya orang Pahang bukan duduk atas pokok lagi yang boleh diperbodoh bodohkan . Maka saya ingatkan sekali lagi, bukan kerana nak bangga bangga- semasa tok nenek saya bertombak , berlembing, berparang, tok nenek awak duduk berpesta dalam istana dan bergundek gundek.

Budak2 UMNO bercerita sesama mereka. Kenapa masuk DAP? Kenapa tak masuk PKR atau PAS? Ini minda orang UMNO. Orang hendak berlawan dengan nya, UMNO hendak tentukan mana parti yang lawan nya jadi anggota? Parti apa pun kami wakili, apa orang UMNO peduli? Orang UMNO mengajak kita bertarung dalam gelanggang tapi mereka yang mahu menentukan senjata kita. Mereka bertarung dengan senapang, kita hanya mahu diberi parang. Orang UMNO ajak kita bertarung, tapi dia hendak tentukan parti apa kita anggotai?

Ada juga yang mengatakan apapasal saya dengki kalau orang Felda dapat duit. Jawapan nya ialah- tidak ada siapa pun yang dengki kalau orang Felda dapat duit. Lagi lah tidak dengki jika orang kampong pun sama2 dapat durian runtuh RM15 ribu. Apa kata jika orang kampong biasa pun di berikan durian runtuh tersebut? Bukankah lebih baik? Selama ini apa yang orang lain dapat, maka orang Felda sebagai rakyat pun dapat. Mereka pun sama seperti peneroka felda- berdepan dengan kos kehidupan yang makin meningkat dan berdepan dengan kesusahan hidup yang serupa. Tapi kali ini, apa orang Felda dapat, orang kampong biasa tak dapat? Kenapa layanan yang berbeza.

terima lah dan ambillah - takpa duit tersebut. Tapi fikirkan kenapa Najib manjakan orang Felda? Kalau orang felda tidak tinggal sebagai kelompok yang homogenous, adakah kita ingat Najib mahu layan mereka? Sebagai bandingan- lihat layanan keatas orang kampong tradisional yang bertebaran. Tambahan pula ada 54 kerusi parlimen dalam kawasan Felda! Itu sebab utama mengapa Najib menggula gulakan peneroka.

Orang Felda jangan taksub sangat. Tanyalah anak2 tuan yang pergi kolej dan university. Pengapungan FGV ini sebetulnya mahu kayakan segelintir orang. Nama Felda digunakan tapi yang kaya ialah pihak bank pelaburan dan orang lain. Siapa yang membolot hasil dari pengapungan ini?

94.5% bukan dari peneroka atau perkerja Felda. Harta yang Felda senaraikan ini adalah hak rakyat Malaysia. Sekarang hak ini dan kuasa keatas 360 ribu khektar tanah dan 100 ribu lebih hektar tanah Felda diluar negara dikuasai oleh pemegang saham. Antara pemegang saham yang terbesar ialah Chua Mah Yu. Dia seorang stok broker yang sangat pandai dalam ilmu pasaran saham.

Kepentingan nya akan di jual kepada golongan peniaga dari Singapura dan Hong Kong. Sebagai pemain pasaran saham, dia tidak akan ambil posisi jangka panjang. Apabila dia rasa dapat untung dia akan unload share dia kepada pembeli lain. Apa yang felda terlepas, tidak akan kembali dalam tangan nya.

Bayangkan ini, pemimpin dahulu seperti Tengku Razaleigh Hamzah bersusah payah membawa balik harta benda rakyat Malaysia, pemimpin Melayu hari ini, melepaskan harta benda rakyat ke tangan orang asing. Tidak syak lagi ini adalah pembelotan dan khianat kepada rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan