Di ambang kesusahan?

SELENA TAY
Jika Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) tidak diadakan dalam bulan September ini, ini akan menyemarakkan lagi situasi yang tidak menentu dalam keadaan ekonomi negara.

Pada masa kini, keadaan ekonomi sedunia sedang berada dalam suasana yang muram disebabkan oleh masalah kewangan di Eropah.

Selain dari itu, kuasa ekonomi besar seperti Amerika Syarikat dan negara China juga menunjukkan penurunan dalam angka pertumbuhan ekonomi mereka masing-masing.

"Rakyat Malaysia terutamanya golongan yang miskin dan yang berpendapatan rendah akan mengalami situasi yang terhimpit jika harga barang keperluan asas terutamanya harga makanan terus meningkat dan pada masa yang sama, gaji bersih yang boleh dijimat telah mengalami penurunan," kata Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad dari PAS.

"Selain dari itu, hutang negara juga telah meningkat kepada RM653 bilion dan ini adalah merbahaya sebab angka ini telah melebihi paras 55% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Tahap 55% ialah paras yang telah ditetapkan oleh Parlimen dimana hutang negara tidak dibenarkan melebihi paras tersebut," sambung Dr. Dzulkefly.

Beliau juga berkata situasi ini jelas menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi dan kewangan negara dibawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Tun Razak telah gagal sama sekali, sekaligus dengan program Transformasi yang sering diheboh-hebohkan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan