Dr M masih mahu anaknya jadi PM? Tak perlu risau jika M'sia jadi muflis - Mukhriz

Nawawi Mohamad, Stan Lee, Malaysia Chronicle
Dr M masih mahu anaknya jadi PM? Tak perlu risau jika M'sia jadi muflis - MukhrizSeperti yang dijangka, UMNO telah menggunakan Minggu Orientasi Pelajar untuk pelajar baru di semua IPTA seluruh negara untuk menyebarkan propogandanya. Setiap tahun pemimpin Umno akan masuk ke kolej-kolej dan memberi syarahan yang bermotifkan untuk meyakinkan pelajar baru ini bahawa mereka harus terus percaya dan menyokong Umno-BN demi kebaikkan ‘Bangsa, Agama dan Negara!’
Seperti juga tahun-tahun sebelum ini, tiada bezanya tahun ini. Kalau ada pun perbezaan, mungkin terdapat lebih banyak yang digembar-gemburkan pada tahun ini. Semakin tinggi kita daki, semakin curang kita jatuh. Umno pun akan mendapat nasib yang sama. Walaupun kebanyakkan pelajar baru ini pemalu dan santun, ramai yang menunjukkan muka bosan dan kurang senang dengan ucapan panjang lebar yang disampaikan oleh orang Umno demi agenda mereka.

Setiap tetamu terhormat ini diminta untuk memberi ucapan, Ada di antara yang langsung tidak menyembunyikan agenda ada juga yang menggunakan psiklogi. Namun, dalam era di mana komunikasi adalah menerusi sms, email, ruangan chat dan sebagainya, rakyat muda kita ini nampaknya bukanlah naïf seperti yang disangka. Jangan sangka semua akan menelan mentah-mentah apa yang kamu beri kepada mereka.

Ramai di antara anak muda yang sangat arif dengan dunia media sosial ini menyeringai sepanjang ceramah membosankan yang sebenarnya hanya mempunyai satu tujuan iaitu semua haruslah menyokong Umno-BN dan sekiranya tidak, negara akan hancur di tangan pembangkang penyangak. Mungkin pada seorang lelaki dewasa, penceramah BN ini bercakap kosong, Pelajar juga nampaknya kurang berminat, Ramai yang penat dan tidak kurang juga yang tertidur.

Mempersembahkan Anak bongsu
Hakikatnya, ramai dikalangan pelajar yang hanya berminat untuk belajar dan bukanlah ucapan berbaur politik atau menyibuk dengan isu ekonomi- sekurang-kurangnya sebelum mereka memulakan semester satu di universiti. Ramai yang berasa bertanggungjawab untuk belajar kerana orang tua mereka telah berbelanja beribu-ribu ringgit untuk mereka meneruskan pelajaran di peringkat universiti. Mereka hany mahu belajar dan habis belajar dengan cepat supaya mereka boleh bergraduat dan mencari pekerjaan.

Tetapi pihak Umno yang kurang sensitif itu menggunakan minggu orientasi untuk mendapatkan peluang terakhir membasuh minda pelajar atau menarik mereka daripada agenda hitam pihak pembangkang- bergantung kepada pihak mana anda berada.

Salah seorang daripada pemberi ucapan paling kontroversi pada tahun ini adalah Mukhriz Mahathir – Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan anak bongsu bekas perdana menteri Mahathir Mohamad. Mukhriz telah dijemput untuk berucap kepada pelajar baru di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada khamis lepas, 6 September dan beliau telah mencetuskan kegemparan di sana.

Mukhriz bukan cuba memaparkan situasi ekonomi yang indah tetapi malangnya penjelasan beliau lemah dan bercanggah. Beliau mendakwa bahawa kita berada pada jalan yang betul kerana pengurusan kewangan yang bijak tanpa bergantung dengan peminjaman luar negara yang besar.

“Kerajaan mempunyai RM800 billion dalam pinjaman. Dan hanya 17% daripadanya adalah peminjaman luar negara. Selebihnya adalah daripada institusi pinjaman dalam negara,” The Edge melaporkan beliau sebagai berkata.

Kejutan Muflis
Muhkriz cuba menyakinkan bahawa terdapat perbezaan di antara pinjaman luar dengan dalam namun hakikatnya, pinjaman adalah pinjaman. Kerajaan kita hanya kurang 2% daripada pinjaman maksimum yang dibenarkan oleh perlembagaan. Hanya disebabkan ini sahaja menunjukkan bahawa Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bapanya tidak boleh kita capai.

Mukhriz memburukkan lagi keadaan dengan membuat kenyataan terbodoh yang boleh dibuat oleh seorang menteri. Bagi yang lebih kritikal pemikirannya dalam audien, Mukhriz dilihat sebagai seorang yang bodoh, naïf dan kurang cerdik berbanding ahli-ahli Umno berpengaruh yang lain.

“Kita tidak perlu risau jika negara akan muflis atau tidak sekiranya kita terus memberi bantuan kepada rakyat. Ini kerana wang yang ada itu adalah lahir daripada pengurusan kewangan yang bijak dan pemungutan cukai yang efektif,” ujar Mukhriz yang berusia 46 tahun itu.

PM masa hadapan? Selamatkan Malaysia, hentikan Mukhriz!
Jangan risau jika Malaysia jatuh muflis! Dan bayangkan bapanya mahu dia menjadi PM selepas Najib!

Sudah tentulah tentangan rakyat terhadap cita-cita Mahathir ini kuat sehinggakan dia terpaksa memperlahankan kempennya untuk menjadikan Mukhriz PM. Sungguhpun begitu, terdapat ura-ura bahawa ada perjanjian dikalangan elit Umno untuk menjadikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah jika Umno-BN mendapat semula negeri itu.

Mukhriz juga gagal menyatakan bagaimana Umno-BN akan membayar balik pinjaman itu- 800 billion bukanlah satu nilai yang kecil. Untuk seorang Timbalan Menteri Perdagangan, beliau sebenarnya tiada langsung idea bagaimana hendak menurunkan nilai hutang ini kepada nilai yang lebih mudah diurus.

Ada yang lebih arif mengenai kewangan dalam audien juga terkejut apabila Mukhriz telah dengan tidak sengaja mengeluarkan satu maklumat baru. Setakat ini, akhbar telah melaporkan hutang negara adalah dalam RM560 billion tetapi sekarang Mukhriz telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlahnya adalah RM800 billion!

Kitaran jahat dan Professor Kangkong!
Mana-mana pemimpin yang bertanggungjawab akan risau jika negara dijangkan akan muflis. Tarikh akhir 2019 yang disebut oleh Idris Jala dan Koh Tsu Koon bukanlah satu gurauan dan ia mungkin akan lebih cepat daripada yang dijangka akibat daripada perbelanjaan tidak bertanggungjawab yang dilakukan dalam bujet 2010, 2011 dan 2012. Nampak gayanya Bujet 2013 juga akan meninggalkan satu lubang yang besar dalam perbendaharaan negara yang hanya akan ditutup oleh hutang.

Wang seharusnya sampai kepada rakyat dengan melalui aktiviti ekonomi yang berkesan dan bukannya apa yang dilakukan oleh pemimpin BN sekarang. Pelan-pelan untuk berbelanja dan projek-projek besar dibentangkan dan negara berhutang lagi tetapi wang masuk itu dikeluarkan dengan sekelip mata dan seminit kemudian ia dimasukkan semula dan diberi kepada rakyat.

Sekiranya pengurusan kewangan yang baik dilaksanakan, rakyat Malaysia akan stabil dari segi kewangan dan mereka tidak akan memerlukan bantuan kewangan! Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan minyak. Kita tidak mungkin menjadi miskin dan jika ia berlaku, ia adalah disebabkan oleh pengurusan kewangan yang teruj dan penipuan.

Jadi untuk mereka yang mempunyai keistimewaan seperti Mukhriz, yang punyai bunglo besar yang sering menjadi topik perbualan di kota-kota, beliau sepatutnya tutup mulut kalau tidak tahu menahu mengenai perihal ekonomi.

Sekiranya beliau cuba untuk mengasah bakat memberi ucapan, beliau harus praktis dihadapan cermin dan bukannya dihadapan pelajar universiti dan memperbodohkan mereka dan juga rakyat Malaysia dengan kenyataan dan andaian bodoh beliau.

Kita juga terfikir, apakah pendapat Naib Canselor UUM Prof Dr Mustafa Ishak yang juga berada dalam audien tentang ucapan Mukhriz? Tolonglah jangan biarkan anak bongsu seorang ahli politik kejan merosakkan standad dan reputasi universiti anda.

Tunjukkan bahawa UUM mempunyai standad untuk menganalisis dakwaan ini-sama ada benar atau tidak fakta yang diucapkan oleh mana-mana pemimpin dalam atau luar negara. Dengan kata lain, jangan biarkan UUM diperkotak-katikkan dan dihujani oleh “Professor Kangkong’!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan