Semakan pagi ini menunjukkan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terus merudum.
Pada jam 11.30 pagi ini, harga saham itu berada pada tahap RM4.58 – turun 10 sen berbanding harga ketika kaunter ditutup semalam.
Setakat ini, saham itu mencatat harga paling rendah di tahap RM4.57, menghampiri harga tawaran pemulaannya pada RM4.55.
Trend ini berterusan walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terus meningkatkan pegangannya daripada lima peratus kepada 6.8 peratus.
Jun lalu, FGV mengeluarkan IPO kedua paling besar di dunia.
Harga saham itu turun melampaui tahap psikologi RM5 minggu lalu dan trend itu berterusan sejak Julai lalu.
Dagangan saham di Bursa Malaysia jatuh 15 mata daripada 1,618 mata ketika berita ini ditulis.
Anak felda yang lagak pandai dan sokong penyenaraian serta mempengaruhi ibu bapa peneroka perlulah buat sidang media untuk nyatakan bahawa saham felda memang merudum!! Dan peneroka felda termasuk mak bapak dia orang dah kena kapooooorrr!!!!!!he he he. Orang dah cakap saham ni berisiko tinggi.Lagi2 kalau di senaraikan tanpa restu dan redha rakyat dan peneroka yang bijak melihat bahawa mereka hanya jadi kuli batak kepada Doraemon dari Nogori!
BalasPadam