Ini Dia Wanita Cantik, Suspek Campak Bayi Dari Tingkat 3

laniismaa
Melihat sepintas lalu, lihat jarinya, tentu cantik juga orangnya tetapi perangai huduh!!Dia dikatakan ibu kepada bayi yang ditemui mati di Blok 1, Desa Mentari kelmarin ditahan reman sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan.
Wanita berusia 21 tahun itu ditahan dalam rumah di situ dan dipercayai baru melahirkan bayi perempuan yang cukup sifat. Dia yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang tinggal bersama keluarganya.

Siasatan awal mendapati suspek belum berkahwin dan keluarga tidak mengetahui mengenai kandungannya.
“Kita percaya bayi itu masih hidup sebelum dia dicampak dan meninggal dunia akibat cedera parah di kepala,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.

Bayi yang masih bertali pusat itu dicampak dari tingkat tiga melalui bahagian dapur rumah suspek.

Naya kau.... kerana nak sedap kau buat zalim dan kini dikenakan tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Si jantannya lari entah ke mana.

Berhati-hatilah wahai anak muda, kata Papazola....

www.EkELEH.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan