DukunPasir
"I pakai seksi ke telanjang ke you peduli apa? U pun tengok dan teringin jugak kan.. Esok kalau i mati pun tak SUSAHKAN U LA.. APA U RISAU DAN KECOH SANGAT!!" Marah betul Alisya pada Rashid yang cuba menegurnya. Maklumlah semasa di sekolah dulu Rashid kagum dengan Alisya yang cantik dan manis bertudung.. memang Rashid menaruh hati pada Alisya tapi kerana sedar akan kemampuan diri Rashid hanya diam kan diri ......
"Janganlah marah Lisya... i kan kawan lama, apa salahnya i tegur you, lagipun dah lama kita tak jumpa, maaflah jika kata kata i tadi buat you terasa". Rashid berlembut walaupun masih terkejut dengan perubahan Alisya sejak bekerja dibandar ni.
"Emmm.... kenapa beriya sangat nak jumpa i ni?". Bengang dan bengkek dengan teguran Rashid masih dirasai oleh Alisya.
"Mak u minta tolong i tengok tengok kan u, dia kirim salam".
"Alah! I pandailah jaga diri ... u pulak risau kan i kenapa?? Sudahlah Sid, janganlah menaruh harapan pada i, kita berkawan kampung saja.... lebih dari tu TAK MUNGKIN! Jangan ingat u baik dengan mak i, i boleh terima u ". Alisya membuatkan Rashid tersentak dari lamunan .... masih keras hati gadis idamannya ini ! Dan memang tiada ruang untuk Alisya dihatinya. ...
"Eh! Kesitu pula u fikir .... jadi macam mana kerja u sekarang" Rashid cuba bertenang menahan sedih dan pedih .
"Cam biasa saja .... raya haji ni i balik kampung .. u jangan nak cerita kat mak i pulak i pakai macam ni..... toooooooooolong jangan sibuk...... KUBUR U .. KUBUR U.. KUBUR I KUBUR I...." Alisya memberikan Rashid amaran dengan wajah yang amat serius.
"Tak kanlah..... I tak pernah buat cerita buruk.. semua baik baik saja, percayalah." Pujuk Rashid walaupun sudah tersentak kali ke 2 dengan amaran Alisya,memang Rashid tiada dihati Alisya.
"Oklah.. i ada janji dengan kawan ni ...... jumpa lagi ". Sedih dan sayu Rashid melihat Alisya berlalu pergi sambil ditemani seseorang yang agak bergaya berkereta. Rashid juga berlalu pergi mendapatkan motor Yamaha Rxz yang baru berjaya dimilikinya ... itupun bayaran ansuran RM135 sebulan..... Rashid mula sedar dan insaf.......
Sudah hampir 2 minggu berlalu pertemuan Rashid dan Alisya... tapi Rashid masih INGAT semua kata kata Alisya padanya..... masih terngiang ngiang ditelinga nya ..
Tapi hari ini LAIN.... Jiwanya resah... Hatinya tiba tiba berdebar debar, niatnya untuk ke pasar mencari daging untuk menyambut raya korban esok dibatalkan. Segera dia memecut motornya kekampung sebelah menuju ke rumah emak Alisya.....
"Ah! Bole sesak dengan kereta pula jalan hari ni.... selalu raya haji tak ramai balik kampung.... "Bisik hati Rashid sambil memintas satu persatu kenderaan yang bergerak perlahan lahan mengikut lorong tengah, dia mahu cepat sampai kerumah Alisya walaupun tanpa TUJUAN APA APA .. sekadar untuk melepaskan KERESAHAN JIWANYA....
"Allah! Ada eksiden .... patutlah jalan jem". Rashid tersentak bila melihat ada kemalangan didepan nya... motornya diperlahankan dan segera memintas ke tepi .... Rashid perlahankan motornya... matanya terlihat 2 nyawa yang TERKORBAN ditutup dengan surat kabar dan kain hitam .... dia RASA..... RASHID RASAAAA...
Dirumah Alisya... Rashidlah yang tolong MEMANGKU, MENGAPAN HINGGA KE LIANG LAHAT JENAZAH ALISYA ... Insan yang dicintainya dalam diam..
INGATLAH!! Kita tak tahu BILA kita akan PERGI mengadap yang ESA...... Kita tak tahu DIMANA KITA akan pergi ..... dan kita juga tak tahu SIAPA yang akan MENGURUSKAN JENAZAH KITA.....
Mungkin orang yang kita TOHMAH! CACI ! HINA! MAKI itulah yang akan mengurus JENAZAH KITA.....
Al-Fatihah untuk yang telah tiada
-tranungkite-
Tulisan yang ditebalkan itu langsung tidak boleh diterima walaupun moral ceritanya baik- kerengga
Tulisan yang ditebalkan itu langsung tidak boleh diterima walaupun moral ceritanya baik- kerengga
Tiada ulasan:
Catat Ulasan