Terbongkar! Warga asing boleh dapat MyKad dalam masa 3 bulan!

MiLo SuaM
KERATAN printscreen di bawah merupakan laporan versi online sebuah akhbar berpengaruh di Malaysia Timur, Daily Express yang dipetik daripada laman sesawang rasmi akhbar itu [Daily Express].

Portal itu melaporkan kekecewaan seorang warga emas, Justin Emran apabila beliau menerima kad pengenalan (MyKad) berwarna merah sedangkan beliau adalah warganegara Malaysia yang sah.

Namun apa yang ingin dipersoalkan di sini bukanlah tentang kekecewaan beliau itu, sebaliknya berkaitan dakwaannya bahawa "warga asing di Keningau boleh memperolehi MyKad hanya dalam masa tiga bulan".
Dakwaan beliau bukanlah sekadar dakwaan kosong kerana wajah dan namanya sudah terpampang di dalam sebuah akhbar berpengaruh di Malaysia Timur. Perkara ini wajib disiasat, dan jika ia merupakan dakwaan palsu tindakan perlu diambil.

Buat pengetahuan anda semua, artikel ini hanyalah sekadar "pemanas badan" sebelum tembelang lebih besar dengan bukti kukuh tentang penipuan pilihanraya akan didedahkan sebentar lagi.

MiLo SuaM akan mendedahkan bagaimana warga asing dibenarkan mengundi hanya dengan menggunakan kad pengenalan yang sudah disahkan palsu oleh mahkamah.

Barangkali anda sudah terbaca berita ini sebelum ini, namun apa yang didedahkan itu kes lain. Sebaliknya apa yang bakal ReJaM© dedahkan pukul 9.00 pagi ini kes terbaru beserta bukti kukuh yang tidak dapat disangkal.

ReJaM© "Sila kembali ke blog ini pada pukul 9.00 pagi ini... "

Sumber: MiLo SuaM"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan