UMNO MEROYAN!!! Bila MB Selangor kedekut dan cermat

Blog paspb2.blogspot.com
KLANG 01 OKT : Sikap “tidak memilih bulu” Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meningkatkan rizab simpanan negeri dan mengutip kembali hutang syarikat Talam kepada Kerajaan Selangor yang bernilai RM392 juta.

Dalam memuji kepimpinan Abdul Khalid, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sikapnya yang cermat dan tegas telah meningkatkan prestasi kewangan Kerajaan Negeri.

“Tan Sri ini kedekut dan cermat kena pada tempatnya. Tengoklah beliau berani memanggil semua tauke-tauke besar untuk meminta balik bayaran premium tanah yang dibagi percuma semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini.

“Kalau pemimpin Umno-BN mesti masuk kocek dulu, tapi beliau tidak,” katanya dihadapan kira-kira 1,000 penonton program Jelajah Merdeka Rakyat, di Bandar Putera, di sini, semalam.

Bulan lepas, syarikat audit KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) berkata usaha mengutip hutang Talam berjumlah RM 392 bilion kepada kerajaan negeri adalah satu keputusan komersial yang munasabah dan bijak.

Anwar juga berkata kes saman penduduk terhadap kerajaan negeri kerana tidak mendapat air percuma merupakan contoh Umno-BN memperbesarkan isu.

“Umno-BN ini cepat riuh, orang bagi air percuma nak sibuk apa, yang tidak dapat tidak ikut syarat,” katanya.

Hadir sama program tersebut, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ; Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar, Ronnie Liu, Elizabeth Wong ; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei.

Turut hadir, Timbalan Speaker Dun, Haniza Mohamed Talha ; Ketua AMK negeri, Azmizam Zaman Huri ; Adun Meru, Dr Rani Othman ; Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan