Inilah doa PAS yang buat UMNO tersentap !

AmenoWorld
Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya 3x
Ya Allah hukumkanlah UMNO BN 3x

Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami. Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami.

Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini. Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat.

Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x.
Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu.

Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang.

Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami.

Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW.

Ya Allah hukumkan UMNO.

Ya Allah hukumkan UMNO BN.

KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah.

Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ...

HANCUR UMNO.. TUMBANG BN.. [menjerit]

Ini ialah petikan yang aku salin dari Berita Harian terbitan 18 november 2012. Ada beberapa ayat yang aku ubah sikit. Contoh kamu kepada Engkau. Aku capitalisekan huruf A sebab Allah swt ialah nama khas kepada tuhan.. so mana boleh taip a... tapi paper BH slumber jek tak ikut rules.

Tatabahasa KO beb. Kalau blog KO takde hal. Sapa nak heran pasal tatabahasa pada catatan peribadi. Ini paper. Apa la nak jadi dengan wartawan BH. Tatabahasa pun taktau.. nama jek wartawan.

kah kah kah

Setelah membaca petikan doa di atas.. bagi aku biasa2 je. Walaupun aku lucu bab BN KO, KO BN, BN KO..

kah kah kah

Kelakar siotttt...

Sambung balik.

Ini ialah doa. Dan doa ialah hak masing2.

Ko nak doa apa2 ko punya pasal la. Lepas neh umno bleh gak berdoa. Doa hancur PAS. PAS KO KO PAS PAS KO KO PAS. Lantak ko le. Doa ko hak ko. Apa la sampai ke doa2 orang pun kita sibuk nak tetapkan dan tentukan..

Bagi PAS, umno itu zalim dan mereka tak tertanggung azab dengan kezaliman UMNO ke atas mereka.. so itulah mereka berdoa..

Kalau UMNO marah itu bererti UMNO baru jek memberikan persepsi bahawa asal PAS berdoa Allah swt confirm makbulkan. Kalau tak buat apa nak melatah? Kalau nak tahu banyak jek orang2 yang mendoakan pelik2 kat aku dalam blog neh. Bahkan aku tak delete pun.

AMENO aku doakan ko mampos cepat.

Ini antara yang biasa muncul di ruangan komen. Ada aku tapis? Ada aku melenting? Ada aku ban? Biar je la dia.. doa sesiapa boleh berdoa. Ko berdoa? Aku pun boleh. Tak guna nya mamat neh. Suka suki doakan aku mampos cepat. Ya Allah aku berdoa jangan perkenankan doa dia.. aku meluahkan apa2 disini sebagai rakyat biasa.. tue pun dia nak kecoh Ya Allah swt.. Tue cara dia. UMNO terasa? Hah p la berdoa. Minta kat Allah.

Lagipun.. sebenarnya dalam posting2 umno di facebook. Bukan sekali bahkan berkali2 orang2 umno doakan kehancuran PAS. Ya Allah ko hancurkan PAS yang semakin sesat.. lebih kurang begitulah antara yang sering aku perasan..

Tepuk dada. Tanya diri sendiri. Itu bukan doa kehancuran ka? Doa juga. Mungkin aku melihat ia sebagai kehancuran tetapi mungkin dia fikir itu bukan doa kehancuran pula. Oleh kerana pengalaman, cara hidup, pengetahuan kita berbeza2 maka satu2 perkara tidak boleh dibaca hanya mempunyai satu pandangan semata2.

Pasal doa sesiapa pun boleh. Kristian nak negara kristian. Hindu nak negara hindu. Muslim nak negara islam. PAS nak BN KO. BN nak PAS HANCUR. Lantak le atas masing2. Jika itu yang korang nak minta dari Allah dipersilakanlah.. siapa la kita nak tentukan apa2 benda yang dia nak dari Allah swt?

Yang makbulkan doa ialah kerja Allah swt.

Sebagai seseorang muslim memang pelik kalau sampai ke dalam doa2 orang pun kita sibuk nak pertikaikan. Samada dia doakan keburukkan orang or kebaikan orang or merintih meminta keadilan atau apa itu adalah hak masing2. Hak kita untuk berdoa. Dan hak Allah swt untuk makbulkan pula.

Kalau UMNO rasa doa pas itu doa berniat jahat, kejam, zalim dan doa keburukkan maka UMNO tak perlu risau. Pasal Allah swt takan makbulkan doa yang meminta keburukkan untuk orang lain. Bahkan UMNO boleh rileks dan steady2 jek. Hak eney.. macam gua takut sama lue.. seme benda yang lue doakan tue satu pun tak betul beb..

Tapi sekarang UMNO melenting marah dan havoc dalam news.. cuba fikir apa rasionalnya? Apa rasionalnya isu doa masuk dalam berita arus perdana dan di highlightkan dalam berita tv seolah2 ia lebih besar dari isu gaza.. sekarang?

Kalau korang tanya aku.. jawapan dia mudah jek. Lue makan cili lue mesti rasa pedas. Oleh kerana lue sedar lue zalim so tak heran la lue rasa tersentap. Betul kan?

kah kah kah

2 ulasan:


  1. Tindakan ini tidak akan memberi manfaat umat Islam dan agama Islam itu sendiri.
    Nak cari mahzab mana yg PAS gunapakai utk hancurkan sesama agama. Kalau doakan utk meminta agar ALLAH memberi petunjuk benar kepada mereka org Islam mungkin ada baiknya. Lepas ini kalau PAS kalah juga, sembelih UMNO/BN ke....
    Apalah bangsatnya kita hanya kerana politik, agama Islam yg cukup suci dan murni diwajarkan utk tujuan duniawi semata-mata. Yg kekal adalah agama bukan parti..muhasabah dirilah yop. Syurga hak mutlak ILLAHI bukan PAS yg tentukan. Itu janji ALLAH kepada AlQuraan.

    BalasPadam

  2. Kalaulah UMNO buat minta doa ke arah kehancuran, macamana pulak. Kan kerja bodoh kedua-dua parti berteraskan Melayu Islam. DAP, MCA dan MIC akan seronok tengok dan akan keliru macamana nak buktikan Islam yang agama suci dari ILLAHI. Fikir-fikirlah yop.

    BalasPadam