KANTOI! Menyanggah Fakta Dan Ramalan Pilihanraya Shamsul Amri!


Jalan Pulang
Sebaik membaca artikel berkenaan ramalan kononnya profesor ulung merangkap Timbalan Pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin bahawa Barisan Nasional cuma mampu memperoleh 120 kerusi sekiranya pilihanraya umum diadakan, sangat tidak bertanggungjawab.
Di sini saya berikan hujah balas berdasarkan apa yang diperkatakan Shamsul.

1) Empat tahun lalu, BN memperoleh 140 kerusi, manakala pembangkang 84. Ia pencapaian terburuk dalam sejarah BN.

Fakta: BN menang 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat 82 kerusi, bukannya 84. Fakta ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa Shamsul tidak mengkaji keputusan pilihanraya, jauh sekali menganalisis keputusan mengikut parlimen dan DUN.

2) Berdasarkan statistik semasa, BN memiliki 137 kerusi, manakala KEADILAN (23), DAP (29), Pas (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (lapan) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (satu). Satu kerusi kosong.

Fakta: Kesemua fakta betul kecuali KITA sudah tidak mempunyai kerusi berikutan ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang keluar dari KEADILAN kemudian menjadi wakil Bebas sebelum menyertai KITA, dipecat pada September lalu.

3) “Ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pakatan Rakyat, pihak Anwar Ibrahim... mengatakan mereka akan menang banyak kerusi di Johor, dan itu pun jumlah kerusi berkemungkinan diperoleh mereka hanya 109.

Fakta: Sekali lagi Shamsul berbohong. Pakatan kini sudah memperolehi 114 kerusi berdasarkan dua kerusi SAPP dan dua kerusi yang BN hilang berikutan perletakan jawatan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing. Satu lagi kerusi bakal diperolehi menerusi penyertaan seorang lagi ahli parlimen BN dari Sabah, tidak lama lagi.

4) Mengulas lanjut, Shamsul tidak menolak kemungkinan kerusi yang bakal diperoleh BN akan naik tetapi tidak akan menurun daripada 120 kerusi yang diramalkan sekarang.

Fakta: Daripada 166 kerusi parlimen di Semenanjung, BN tidak boleh memperolehi lebih daripada 85 kerusi kerana beberapa kerusi di Johor, Terengganu dan Negeri Sembilan bakal ditawan Pakatan Rakyat. Dengan meletakkan Pakatan Rakyat memperolehi satu pertiga kerusi di Sabah dan Sarawak, jumlah keseluruhannya ialah 20 kerusi. Bagaimana Shamsul boleh memberi fakta pincang seperti ini? Apakah dia berani meletakkan 120 sedangkan dia sendiri tahu BN sudah hilang pengaruh di Felda dan kebangkitan anak muda?

5) “Ia sangat penting untuk Najib sebab populariti Najib ini 70 peratus, Anwar 43 peratus sahaja lebih kurang, dia kelihatan lebih munasabah dari hari ke hari, persepsi orang ialah apa yang beliau tak buat, semua dia bagi,” katanya.

Fakta: Ini pembohongan paling besar Shamsul dalam segala banyak pembohongan. Populariti NAJIB ALTANTUYA kini cuma 56 peratus dan BN kini hanya 43 peratus berdasarkan kajian Merdeka Center pada Ogos lalu. Dari mana datang peratusan sokongan Anwar sedangkan Merdeka Center sendiri atau mana-mana pusat kajian seperti UMCEDEL tidak membuat kajian khusus tentang Anwar? Apakah dia hanya seronok sendiri menghentam Anwar dan terus memuji langit Najib Altantuya yang memberi dia makan selama ini?

Keseluruhannya, kesemua fakta yang dibentangkan profesor tahap 'kangkung' ini langsung tidak boleh diterima pakai melainkan ia hanya dibuat untuk meneruskan khidmatnya sebagai profesor di Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan terus mengampu Najib Altantuya bagi mengekalkan kedudkannya paling BANGSAT sepenggal lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan