Keluhan guru yang disisihkan

Guru tersisih
Saya adalah antara ribuan guru malang di negara ini. Nasib kami jelas tidak dipedulikan apatah lagi diperjuangkan oleh kesatuan guru mahupun mana-mana pihak berkaitan.

Dasar JPA dan Kementerian Pelajaran membunuh semangat kami, merugikan kami sepanjang perkhidmatan malah sepanjang hayat. Nasib kami amat malang jika dibandingkan dengan guru-guru lain kebelakangan ini, sedangkan kami juga belajar untuk memperolehi ijazah seperti orang lain dengan wang kami sendiri.

Fahamilah kami, lihatlah apa yang berlaku sebenarnya melalui jadual yang berikut:

BIL
PERKARA
DASAR UNTUK KAMI
DASAR SEKARANG
1
Tarikh Graduasi
2001
2010
2
Temuduga Ke DG41
2002
2010
3
Pelantikan Ke DG32
TAK SEMPAT
DAPAT
4
Lantikan Ke DG41
2004
2010
5
Pelarasan Gaji 2007
15%
25%
6
DG41 Ke DG44
10 Thn Atau 7 + 3 Tahun
8 Thn Atau 5 + 3 Tahun
Paling menyedihkan apabila guru yang baru saja dilantik ke DG41, gaji mereka lebih jauh tingginya daripada gaji kami walaupun kami berada di Gred DG44. Sedangkan kami lebih lama berkhidmat.

Kami yang telah lama berkhidmat tetapi bayangkan berapa banyak yang kami rugi sekiranya masih ada 20 tahun perkhidmatan kami berdasarkan mata tanggagaji kami yang jauh lebih rendah. Juga bayangkan ke mana perginya kekananan kami disebabkan dasar JPA dan Kementerian yang sentiasa berubah-ubah.

Apa yang lebih dikesali ialah tiada mana-mana kesatuan guru memperjuangkan nasib kami, yang heboh diperdendangkan sekadar “melepaskan batok di tangga”. Kesatuan guru, JPS mahupun KPM diam seribu bahasa.

Jangan marahkan guru jika mereka beralih arah menyokong Pakatan Rakyat dalam pilahan raya akan datang. Hakikatnya memang telah ramai pun guru yang menyokong PR akibat dasar JPA dan KPM yang kurang prihatin masalah ini.

Sebenarnya, kami tidak minta mahupun merebut apatah lagi merampas hak orang tetapi biarlah dilayan dan diberikan hak yang seadil-adilnya. Adil sepertimana orang lain dapat. Berlaku adillah untuk masa depan perkhidmatan kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan