Pesan Pejuang Palestin: Perimbangan Kekuatan Sudah Berubah, Ini Buktinya

Mustafa Shawwaf
Para pejuang Palestin ingin mencipta realiti baru di Palestin dan membina strategi dalam mengubah perimbangan dengan Israel yang meyakini bahawa pembunuhan Ahmad Ja'bari akan berlalu begitu sahaja dan pasti hanya akan dibalas dengan serangan roket dan akan berakhir dengan gencatan senjata.

Benar, ini bukan akhir konflik. Ini sebahagian daripada siri lawatan konflik bangsa Palestin dan perjuangan dalam mengadapi penjajah Israel sampai penjajah ini diusir sepenuh dari bumi Palestin. Dalam perjalanan itu ada penyelesaian bersifat berperingkat untuk mengembalikan sejengkal tanah Palestin untuk memperoleh kedaulatan penuh tanpa mengakui Israel mempunyai hak di tanah Palestin. Meski tetap mengakui warga lain di Palestin baik yahudi, kristian atau Islam, namun tanah itu tetap tanah Palestin murni sejak zaman azali dan akan tetap seperti itu tanpa boleh diubah oleh penjajah atau kuasa zalim yang lain.

Bukti bahawa pejuang telah mencipta perimbangan baru adalah lima juta warga penjajah bersembunyi di tempat perlindunga bawah tanah dalam keadaan ketakutan? Bahkan roket pejuang sudah sampai ke Tel Aviv dan Al-Quds dari Semenanjung Gaza.

Meski perimbangan masih tempang, namun Israel nampak kekok sampai harus menyerang orang awam dan kanak-kanak Palestin di kem-kem pelarian Jabalia dan rumah-rumah warga di Rafah.ikul

Meski Israel sebelumnya meramalkan bahawa pejuang Palestin akan mempunyai perkembangan, namun tidak sampai sekuat seperti sekarang. Terutama Israel tercengang dengan roket M75 dan Fajar 5 yang sebelumnya tidak dijangka.

Apa yang akan dilakukan Israel boleh dijangka. Dalam banyak analisis, Israel akan melakukan cara pembunuhan tokoh-tokoh pejuang Palestin serta serangan terhadap kumpulan yang diyakini mengandungi senjata pejuang Palestin, termasuk bangunan kerajaan seperti jabatan dalam negeri dan lain-lain. Israel juga pasti akan berfikir perang darat namun ia yakin itu sukar.

Di sisi lain, dalam kempen ini tidak kelihatan pesawat heli tempur Apache di atas udara Semenanjung Gaza. Ini tidak dilakukan Israel kerana mereka yakin perjuang Palestin mempunyai roket darat anti pesawat Apache. Israel yakin pejuang mempunyai roket jenis Sam 7 dan Sam 18 yang boleh dipikull. (Bsyr)
-infopalestina-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan