Video: Wakil rakyat Pakatan Rakyat dihalang membantu mangsa ribut!

MiLo SuaM
PELIK, hairan, bodoh dan kejam, namun inilah yang berlaku di Negeri Melaka. Penguatkuasa Majlis Perbandaran Hang Tuah, telah menghalang seorang wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk membantu mangsa ribut, di Taman Air Keroh, Melaka.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana penguatkuasa digunakan untuk menghalang pemberian bantuan kepada rakyat yang ditimpa musibah akibat bencana ribut.

Pelbagai alasan diberikan untuk merobohkan booth kecil yang dibina oleh wakil rakyat itu.
Difahamkan pihak penguatkuasa telah memberikan notis untuk menutup booth kecil yang didirikan dalam masa sejam. Jika tidak pihak penguatkuasa yang diperalatkan ini akan merampas segala barang-barang di booth tersebut.

Lihat sendiri rakaman video di bawah.

Bila sudah terdesak, nampak sangat otak mereka sudah tidak berfungsi dengan baik. Sifirnya mudah, selepas ini wakil BN pula akan datang kepada mangsa ribut dan berkata hanya BN yang membantu rakyat. Tengok wakil rakyat Pakatan Rakyat, mana ada nak bantu rakyat?

ReJaM© "Melayu jadi bodoh dan kejam kerana menyokong Umno... "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan