tokpepijat
Kebelakangan ini sudah ramai mantan "orang-orang besar" mula menzahirkan diri mengkritik kerajaan. Antaranya mantan IGP Musa Hasan. Marah betul dia pada sepupu PM Najib, Hishamuddin merangkap Menteri Bukit Aman dan Kem Kemunting. Antara kemarahan yang amat sangat Musa pada Hishamuddin ialah kerana sepupu Najib itu tidak menyambung IGPnya.
Marah Musa menyebabkan beliau mendedahkan krisis dalaman KDN seperti campurtangan Hishamuddin terhadap tugas polis.
Sebelum ini, Musa terkenal dengan tugasannya mengusung tilam dalam kes Anwar. Tugasnya bersama mantan KP Melaka Rodwan Yusof dalam kes Anwar menaikkan pangkatnya sebagai IGP melangkaui senior-senior yang lain.
Tiada diketahui mengapa secara sekonyong-konyong Musa berpaling arah menentang bekas majikannya. Adakah beliau ingin bersihkan dirinya atau bertaubat?
Jika mahu bersihkan dirinya, dia perlu mengikut apa yang dilalui oleh bekas seniornya Datuk Ramli Yusof atau menjawab soalan Datuk Mat Zin Ibrahim.
Nama Ramli sudah dibersihkan oleh perbicaraan mahkamah. Hingga kini, Ramli dan Mat Zin masih "menyerang" Musa walaupun Musa kelihatan seperti pro- pembangkang pula.
Kini, Musa seperti mengikut jejak tuannya dahulu, Dr Mahathir yang mengkritik penggantinya Abdullah Badawi. Musa pula mengkritik IGP Ismail Omar.
Jika Mahathir marahkan Pak Lah kerana Budak Tingkat 4 dan Jambatan Bengkok, Musa pula marahkan Ismail kerana tidak raikannya untuk majlis persaraan sebagai IGP. Musa juga marahkan Menteri Polis Hishamudin kerana tidak sambung IGPnya lagi.
Tidak seperti mantan IGP yang dahulu yang ditawarkan jawatan yang hebat sebagai orang besar Kilang Arak dan Syarikat Judi seperti Hanif Omar. Tiada jawatan buat Musa untuk beliau kerja.
Barangkali PMNajib atas nasihat Hishamudin tawarkan Musa sebagai Guru KAFA sesuai sebagai anak Tok Guru rancangan Muqaddam!
Apapun, Musa perlu istiqamah dan buktikan kesungguhan beliau untuk menentang segala kemungkaran UMNO dan BN.
Musa perlu buktikan. Kini beliau sedang jalanii ujian pertama iaitu diekori anggota Cawangan Khas(SB). Sesuatu yang tidak pernah difikirkan beliau semasa jadi IGP dulu.
Ujian kedua sebagai tanda bencikan kemungkaran UMNO dan BN, Musa perlu ketuai atau berarak bersama rakyat pada 12 Januari 2013 di Dataran Merdeka.
Diekori SB sudah dialami, asap dan air FRU belum lagi Musa rasai. Jom! Anda perlu buktikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan