senik
Assalamualaikum,, Dalam banyak banyak pembohong di PAU, nampaknya ulamak muda UMNO yang bernama Fathul Bari telah menunjukkan satu imej yang mengelirukan samaada dia benar benar seorang ulamak atau ular "mak" atau ular dalam semak (dalam bahasa urdu mak bermaksudnya air). Ucapan pembahasan usul agama dan pendidikan, Fathul Bari yang menonjolkan imej seorang ulamak kepada perwakilan UMNO mengulas doa kehancuran dan dakwaan (kononya) UMNO murtad oleh TGNA.
Pertamanya, apakah bahasan Fathul Bari ini boleh dikelaskan sebagai usul agama dan pendidikan? Kalau benar ianya usul agama dan pendidikan kenapa nak tunjukkan kesilapan pihak pembangkang sedangkan isu utama ugama dan pendidikan ialah isu hudud dan hukum ALLAH serta kemungkaran yang berleluasan sekarang ini. Keduanya, Fathul Bari ni bodoh ke apa?
Kelihatan bodoh bagi seorang yang berilmu seperti Fathul Bari kerana mengolah semula panduan ugama bagi menunjukkan doa kehancuran oleh adik TGNA itu tidak ikut cara Islam. Bodoh kerana doa yang menjadi hak ALLAH bagi memutuskan samaada dimakbulkan atau ditolak sedangkan peraturan hidup berkerajaan yang diamalkan UMNO hampir semuanya menyimpang dari cara ISLAM. Memang bodoh bagi seorang yang berilmu seperti Fathul Bari menuding jari kepada seorang yang juga berilmu seperti Nik Razi sabagai salah sewenang wenangnya dan di hadapan perwakilan yang bersorak mendengarnya. Bodoh kerana hujah yang diberi terlalu loose dan jauh menyimpang dari panduan berdoa yang diajar oleh baginda Nabi tetapi Fahtul Bari menggunakan Nabi untuk mengatakan doa itu tidak ikut cara Islam. Walaupun Fathul Bari cuba membawa kisah kezaliman yang pernah dialami baginda Nabi tetapi Fathul Bari tidak membawa dalil secara seluruhnya.
Fathul Bari kelihatan bodoh kerana mendakwa mendoakan UMNO adalah secara umum sedangkan doa orang yang dizalim itu mestilah khusus dengan menyebut nama namanya. Sedangkan secara logiknya sahaja sudah difahami bahawa UMNO itu bukan umum tetapi khusus untuk orang orang yang berada dalam jemaahnya. Kalau begitulah jadahnya, tak perlu berdoalan untuk kehancuran yahudi kerana yahudi itu juga umum. Bukankah ada doa khusus yang diajar oleh Nabi dan sering dibaca dalam khutbah jumaat mengenai perkara ini? Tidakkah ianya sama dengan doa kehancuran UMNO?
Tetapi Fathul Bari enggan mengakui UMNO itu zalim, di mana dakwanya kesediaan Najib meminta maaf dengan rakyat sudah menunjukkan keikhlasannya. Sekali lagi Fathtul Bari kelihatan bodoh dan mahu seluruh rakyat jadi bodoh macam dia. Apakah dengan maaf itu sudah mencukupi untuk memilih Najib dan UMNO semula untuk memerintah negara sedangkan tidak kedengaran satu perkataanpun dari mulut Najib dan Fathul Bari sendiri bahawa UMNO berjanji akan melaksanakan hukum ALLAH dan menghapuskan segala kemungkaran selepas Najib meminta maaf. Orang kampung pun faham bahawa permohonan maaf Najib itu perlu diikuti oleh sikap gentlemannya untuk berundur dan memberi laluan kepada pihak yang bersedia memikul amanah ALLAH untuk mentadbir negara.
Fathul Bari terlalu memuji Najib sedangkan sudah sah dari sudut definasinya sahaja Najib itu zalim. Tidak meletakkan sesuatu di tempatnya itu zalim, jadi bila Najib kata hudud tidak akan dilaksanakan, sudah sah dia zalim. Oleh itu Fathul Bari kelihatan bodoh bagi orang berilmu tarafnya untuk membela Najib.
Fathul Bari juga semakin menyerlahkan sikap bodohnya apabila mencadangkan lima perkara untuk berdepan fitnah pembangkang ia itu menyemarakkan budaya ilmu, mengamalkan politik kasih sayang, mengambil perkara baik yang diucapkan seseorang, mentaati pemimpin dan sepakat menolak budaya fitnah. Bodohnya Fathul Bari kerana tidak melihat yang menabur fitnah itu UMNO bukan pembangkang yang setiap kali mengemukakan dakwaan lengkap dengan fakta dan hujah sedangkan UMNO hanya memainkan perkataan fitnah pembangkang sahaja. Budaya UMNO ini nampaknya turut dikongsi oleh Fathul Bari yang bertaraf ulamak, ulamak bodoh!
Cadangan Fathul Bari itu langsung tidak ada dalam panduan yang ditinggalkan oleh Nabi yang awalnya cuba diikuti oleh Fathul Bari dalam soal doa kehancuran, atau ditulis oleh para ulamak besar silam atau dari mana mana ayat quran. Yang ada hanyalah seruan supaya menjauhi orang orang yang zalim, malah imam Ghazali turut mengingatkan kita supaya tidak bertemu dengan pemimpin yang zalim apatah lagi mahu bersubahat dan membela mereka.
Inilah kebodohan Fathul Bari aka salafiah yang tidak salaf
-tranungkite-
Inilah rupa wajah ulama diakhir zaman dik kerana sedikit habuan kesenangan dan kemewahan dunia sanggup menidakkan ajaran Rsullallah S.A.W. Yang bathil ditegakkan yang benar dan hak dipertkai, apakah umur baru setahun jagung dan baru kenal dunia keilmuan islam sudah boleh mengaku diri dan mahu dipanggil ulama, tahukah dia untuk dipanggil ulama itu sesorang tidak akan menampilkan diri dengan mengaku dan mengutuk dan kritik perkara pokok dalam agama oleh itu jika ada sesiapa yang boleh membaiki mamat yang mengaku diri ulama ini tolonglah dia bawa balik kepangkal jalan.
BalasPadamUstaz FB (Ulama Ameno) bukan bodoh ttp bangangggg (10 x bodoh)... cari makan punya ulama...
BalasPadam