Lagi keanehan banjir Kemaman 2012

senik

Assalamualaikum,,.. Hari ini barulah penulis berkesempatan keluar ke bandar Chukai melalui laluan balai bomba yang terjejas teruk akibat banjir. Senario ketika berada di depan balai bomba memang agak aneh kerana dari jauh terdampar bot penyelamat bomba yang boleh dilihat dengan jelas oleh semua pengguna jalanraya yang menggunakan laluan tersebut.

Aneh kerana ketika banjir kelibat bot ini langsung tidak kelihatan. kenapa? Penulis mengeloh melihat bot tersebut tetapi lebih memeranjatkan lagi apabila anak bongsu penulis menyampuk dengan berkata semalam (malam semalam) ketika mengikuti ayah saudaranya menghantar emak saudaranya pulang ke Ibok, dia melihat ahli bomba dan penyelamat menyiapkan botnya di tepi jalan tetapi bot itu tidak bergerak (bahasa anak anak).

Selepas ditanya, akhirnya penulis faham maksud anak bongsu itu, pasukan bomba dan penyelamat sedang bersiap sedia di kawasan taman Desa Solehah, Mak Chili yang sedang dinaiki air, tetapi tidaklah ke paras berlakunya banjir. Pelik bin Ajaib, berjaga jaga di tempat yang masih belum berlaku banjir dan akhirnya tidak banjirpun, sedangkan di kawasan bandar, pejabat bomba sendiri turut dinaiki air tetapi tiada kelibat bot bomba kelihatan, apakah bot bot bomba itu turut dialihkan ke tempat selamat?

Satu lagi keanehan yang penulis terlupa melapurkan dalam artikal terdahulu ialah kehadiran beberapa buah kenderaan pacuan empat roda dengan terpacak bendera BN di belakangnya pada keesokan hari banjir tersebut meronda seolah olah mahu menyelamat mangsa sedangkan semua mangsa sudah berada di pusat pemindahan atau ditempat yang selamat. Apa kejadah kenderaan pacuan empat roda mengibarkan bendera BN ini sedangkan ketika mangsa memerlukannya sebuah harampun tidak kelihatan?

Begitu juga kesungguhan JKK mahu mendaftar mangsa banjir untuk diberi bantuan, hari ini lebih kurang pukul 2.30pm, penulis menerima sms dari wakil penduduk taman meminta penulis hadir ke dewan serbaguna untuk mendaftar pada waktu itu kerana menurutnya pendaftaran sedang berjalan. Begitu juga jiran penulis ada memberitahu perkara yang sama kerana menurutnya malam semalam ada JKK datang tetapi penulis tiada di rumah.

Seperti yang penulis tegaskan sebelum ini, penulis tidak memerlukan apa apa bantuan kewangan sebaliknya memerlukan bantuan tenaga (tetapi sekarang sudah tidak perlu), jadi penulis ignore ajerlah peringatan itu.

Apa yang penulis nak kemukakan di sini ialah tentang keanehan bantuan tersebut. JKK semacam diarah mendaftar semua mangsa dan yang lebih pelik, semua tanggungan mangsa juga perlu didaftarkan. Untuk apa tanggungan sedangkan yang lebih penting ialah kerosakan dan kerugian. Kenapa tidak diminta mangsa melapurkan kerosakan dan kerugian serta kenapa tidak diberi jaminan kerajaan akan membayar gantirugi ke atas semua kerosakan dan kerugian itu, Jadi mangsa perlu diminta melapurkan semua kerugian itu.

Lagipun kalau kerajaan boleh menenggelamkan wang rakyat sebanyak RM300 juta di Stadium yang roboh, kenapa tidak boleh membayar semua kerugian rakyat akibat banjir ini?

Ikhlaskah kerajaan? atau mungkin benar apa yang penulis kata dulu, kerajaan mahu membunuh rakyat? sambil mahu menunjukkan kebaikannya dengan membahagikan RM500.00 (itu ajerlah yang kerajaan mampu macam BR1M). Kalau memang kerajaan mahu membunuh rakyat, kerajaan sudah berjaya, berlaku satu kematian di Bandar Baru Bukit Mentok (rakyat dipersalahkan kerana enggan berpindah sedangkan tiada kemudahan untuk berpindah disediakan) dan dua di Pasir Gajah (sekali lagi rakyat dipersalahkan kerana membiarkan anak anak bermain air banjir di longkang besar sedangkan tiada pengawasan kerajaan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan