Uncle Seekers dibebas dengan jaminan polis

NONEPengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada 12.55 tengah hari.

Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan kira-kira pukul 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.

Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di Johor Bahru.

Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.

Mohd Akhir berkata kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.

Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.

Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, telah turut dibebaskan.

Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini.
-Bernama-

Amuk: 'Isteri saya terjerat dalam dunia khayal Khalil'

OHAMMAD FAIRUZ JUMAIN & NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
KEJADIAN amuk yang berlaku di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya Isnin lalu, menggemparkan negara apabila seorang individu menggelarkan dirinya imam Mahdi begitu berani merempuh masuk de ngan menggunakan pedang samurai.
Individu itu, Khalil Afandi Abd Hamid, 47, dikatakan mempunyai masalah kecelaruan personaliti, menggunakan Internet sebagai medium untuk menyebarkan fahamannya. Ketika kejadian, Khalil Afandi bersama seorang wanita dikenali, Muhdalina Ahmad, 28. Ikuti temubual khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA dan jurugambar AZMI ARYANTO bersama suami Muhdalina, Mohd Irwan Mohd Foad, 29, merungkaikan di sebalik kejadian amuk tersebut.

Bagaimana sifat dan sikap Muhdalina sebelum mengenali Khalil Afandi?

Muhdalina adalah seorang isteri yang taat pada suami. Tidak pernah melawan dan seorang ibu yang penyayang. Pergaulan dan hukum agama tidak dipandang ringan. Sehelai rambut pun orang lain tidak dapat melihat melainkan saya sendiri.

Dia juga seorang yang ceria dan semua itu berubah selepas dia mengenali Khalil Afandi, tanpa pengetahuan saya.

Dia seolah-olah tidak sedar apa yang dilakukan termasuk apa yang dituturkan.

Bagaimana permulaan perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi?

Perkenalan Muhdalina dengan Khalil Afandi bermula dua minggu sebelum kejadian amuk di Putrajaya. Sebelum ini saya tidak tahu dia sudah mengenali dan menghubungi Khalil Afandi melalui blog dan Facebook.

Saya buta teknologi maklumat (IT) dan tidak mengetahui perhubungan tersebut. Muhdalina berurusan dengan Khalil Afandi hanya ketika bekerja di pejabat, sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.

Seminggu kemudian, baru saya tahu mereka berkenalan antara satu sama lain. Ketika itu Muhdalina bertanyakan soalan; “Abang percaya ada lelaki hidup 1,000 tahun?” “Abang percaya bumi terbelah bila ditumbuk lelaki?” “Ada lelaki boleh tembus dinding?”

Saya menafikan soalan itu, namun Muhdalina mengiakan dan memberitahu Khalil Afandi boleh melakukan semua itu. Saya bertanyakan siapa lelaki itu dan dia menjawab Khalil Afandi adalah imam Mahdi.

Ketika itu saya hairan mengapa Muhdalina berubah dan begitu taksub dengan lelaki tersebut.

Kenal sejak dalam kandungan

Bila Mohd Irwan dan isteri tinggal sebumbung dengan Khalil Afandi?

Kami ‘berpindah’ ke rumah Khalil Afandi di Sri Kembangan pada malam Khamis iaitu empat hari sebelum tragedi amuk.

Muhdalina mendesak saya supaya membenarkan dia tinggal bersama Khalil Afandi. Saya tidak mengizinkan, tetapi dia mengugut akan menuntut cerai sekiranya dihalang. Saya tidak sanggup untuk berpisah jadi saya membenarkan dengan syarat saya menemaninya.

Sebelum hasrat itu disuarakan Muhdalina, dia menceritakan kepada saya bahawa Khalil Afandi sudah mengenalinya sejak dalam kandungan. Saya jadi bingung dengan kenyataan Muhdalina.

Bagi meyakinkan saya lagi, Muhdalina juga memberitahu, Khalil Afandi pernah bermimpi bertemu dengan seorang wanita berbaju kurung merah, mempunyai dua orang anak dan wanita itu adalah insan yang akan berjuang bersamanya bagi menegakkan keadilan.

Khalil Afandi mengatakan bahawa wanita itu adalah Muhdalina memandangkan kami mempunyai dua cahaya mata selain Muhdalina memiliki baju kurung berwarna merah.

Disebabkan itu, Muhdalina tekad untuk bersama dengan Khalil Afandi untuk berjuang. Kerana sayang, saya turuti kemahuan Muhdalina untuk tinggal bersama Khalil Afandi dan isterinya.

Keesokan harinya, Muhdalina menghantar surat berhenti kerja melalui e-mel kepada majikannya.

Apa yang berlaku sepanjang empat hari di rumah Khalil Afandi?

Ketika sampai di rumah itu, Khalil Afandi terus menjerit dan bertanya kepada saya, “Kenapa kamu tidak sembahyang? Aku tidak boleh tinggal serumah dengan orang yang tinggalkan sembahyang!”

Khalil Afandi juga mengatakan atas faktor itu, dia tidak bercampur dengan orang ramai kerana khuatir akidah terjejas.

Saya terkejut dan timbul sedikit kepercayaan kepada lelaki itu berikutan saya belum menunaikan solat (ketika itu).

Bagaimanapun, semua itu terhakis selepas Khalil Afandi mengatakan saya hanya perlu solat pada waktu malam dan bukannya waktu siang.

Mendengar penjelasan itu, rasa sangsi terhadap lelaki itu kian menebal.

Keadaan Khalil Afandi ketika itu amat pelik, bukan macam orang normal dan saya lihat dia sentiasa bermonolog sendirian.

Apa yang lebih pelik, dia memanggil ALLAH dengan nama ‘bos’.

Dia juga mendakwa kononnya dialah kekasih 'bos' yang paling tinggi. Watak Khalil Afandi juga sukar dicam. Sekejap dia menjadi amat baik, sekejap lagi dia bertukar garang. Dia juga mendakwa sering bertukar- tukar jasad, seperti dalam filem The Highlander. Dia sering mengatakan dirinya sebagai hero filem tersebut.

Dia juga sering memarahi isterinya secara melampau, sehinggakan saya lihat isteri Khalil amat takut dengannya.


Mohd Irwan Mohd Foad mengakui menghantar isterinya dan Khalil Afandi Abd Hamid ke Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sebelum kejadian amuk, Isnin lalu.

Fitnah: Blogger Umno sebar gambar konon aksi seks pemimpin PAS

MiLo SuaM 
BLOGGER Umno sedang rancak menyebarkan sekeping gambar lucah memaparkan aksi seks seorang wanita bertudung.

Kononnya mereka mendakwa ini adalah gambar aksi seks pemimpin PAS. Di bawah ini screenshot dari blog salah seorang blogger Umno yang menyebarkan gambar lucah itu rujuk link untuk ke blog lembu tersebut [Lembu].
Kita sudah sedia maklum, Umno akan terus menggunakan fitnah zina, seks liwat dan sebagainya untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional. Kerana itu kita gelarkan mereka UMporNO.

Hasil tinjauan ReJaM© di Google Images, Gambar yang kononnya didakwa merupakan gambar aksi seks pemimpin PAS ini sebenarnya diambil daripada laman web lucah di internet.

Dengan menggunakan teknik "macthing images" di Google Images, kita berjaya membuktikan bahawa fitnah jahat blogger Umno terkantoi di situ. Lihat bukti di bawah ini [Google].
Buat pengetahuan anda ini bukan kali pertama gabungan blogger Umno membuat fitnah lucah yang jijik seperti ini. Sebelum ini mereka menggunakan gambar gay Filipina untuk memfitnah Adam Adli rujuk sini [Adam Adli]

ReJaM© "Umno dan fitnah lucah, bagaikan irama dan lagu..."

Syarikat terlibat rasuah Scorpene dapat projek LRT Ampang

Mohd Martin Kahar 
PETALING JAYA, 13 Julai: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, syarikat Thales yang dikaitkan dengan rasuah dalam urusniaga Scorpene, terbabit dalam gabungan syarikat Konsortium George Kent-Wijet-Thales yang dianugerahkan projek tambahan LRT Ampang bernilai RM1 bilion.

Menurut Rafizi, Thales diberi keistimewaan menyertai dua lagi konsortium lain iaitu Samsung-LG-Thales dan Colas-CMC-Thales dalam bidaan bagi projek tersebut.

“Thales adalah syarikat Perancis yang kini disiasat kerajaan Perancis atas tuduhan membayar rasuah RM144 juta kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak dalam pembelian Scorpene.
“Kehadiran Thales sebagai syarikat utama dalam tiga konsortium pembida bagi projek tambahan LRT Ampang ini menimbulkan pelbagai persoalan baru mengenai hubungan rapatnya dengan Najib,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Rafizi turut mendedahkan kelapan-lapan pembida berdasarkan laporan penuh penilaian teknikal oleh perunding Halcrow yang dilantik kerajaan.

Menurut laporan itu, Konsortium Balfour Beatty-Invensys merupakan pembida teratas dengan markah 80.10 peratus, diikuti Emrail-Leighton-Ansaldo (72.73), Siemens (68.84), Samsung-LG-Thales (65.85), George Kent-Wijet-Thales (55.17), Colas-CMC-Thales (51.84), Posco-Sojizt-Daewo (50.88) dan SNC-WW-Bombardier (43.61).

Rafizi berkata, berdasarkan amalan pemberian tender, tiada syarikat yang dibenarkan menyertai lebih satu bidaan bagi memberi peluang sama rata.

Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku kepada Thales kerana syarikat tersebut pernah memberi komisen tinggi kepada Terasasi, sebuah syarikat yang dimiliki penasihat kanan Najib, Abdul Razak Baginda dalam urusniaga pembelian Scorpene oleh Malaysia.

Beliau menganggap campur tangan Najib membenarkan Thales menjadi pembida dalam tiga konsortium ini sebagai pengkhianatan kepada rakyat dan juga syarikat pembida lain.

Boleh 'putar' fakta untuk kepentingan BN kata Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan

Ahmad Fadli KC
NONETimbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.
Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).

"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.

"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.

"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.

"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).

"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala
Lumpur.

Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.

"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.

NONEKetua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik.
"Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang.

Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh.

Tangki air pula runtuh di Terengganu.. kali ini sempena lawatan Najib..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com
http://bm.harakahdaily.net/cache/396111_308244082605342_675753456_na1sphotosakfbcdnnet_thumb_medium490_0.jpg
Suratan atau kebetulan?? Takkanlah nak dikatakan kerana sial yang dibawa Najib ke Terengganu, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Dungun, Terengganu pecah kot... tak baik tu..

Lagipun mana ada manusia dilahirkan membawa sial.. orang zaman dulu-dulu saja yang percaya tu..

Semalam..13 Julai, Kunjungan pertama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri ke Daerah Dungun disambut meriah lebih 20,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dari seluruh negara sempena majlis Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke Terengganu, tiba kira-kira pukul 10 pagi dengan menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu turut diraikan lebih 10,000 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Tetapi semalam juga, tangki air Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Dungun telah pecah menyebabkan pagar yang ada berhampiran dan juga jalan mengalami kerosakan..
http://bm.harakahdaily.net/cache/548261_308244229271994_2110812096_na6sphotosakfbcdnnet_thumb_medium490_0.jpg
http://bm.harakahdaily.net/cache/396111_308244082605342_675753456_na1sphotosakfbcdnnet_thumb_medium490_0.jpg
http://bm.harakahdaily.net/cache/315328_308244869271930_1325456362_na8sphotosakfbcdnnet_thumb_medium490_0.jpg
Tapi... Terengganu ni.. samada Najib datang atau tidak.. perkara yang melibatkan runtuhan ni perkara biasa dah...

Dua atau tiga hri lepas Signboard runtuh tengok kat (SINI)
Sumber gambar (Kerabu Bersuara) sumber berita pasal kunjungan Najib tu (TEGANUKITA)

(Gambar) Mohamad Sabu, Tamrin Ghafar serta 3 orang lagi dibenar masuk Istana Negara serah memo

Salmiyah Harun
(Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung)
NONEKUALA LUMPUR: Lima orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad.
crowd at anti-felda fgv march pasKetua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.

Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal.
Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 petang. Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara.

Perarakan sempena Himpunan Oren itu bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 2.15 petang diketuai Mohamad Sabu.
NONE

Kenderaan Istana jemput wakil Himpunan Oren

Abdul Rahim Sabri
NONE
Ribuan peserta Himpunan Oren mula berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

NONEKumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.

Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.

NONEPeserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.

Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.

Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 2 kilometer daripada Istana Negara.

Pemimpin kumpulan itu bagaimanapun meneruskan ucapan kepada para peserta sementara sebuah kenderaan Itana tiba ke kawasan tersebut pada kira-kira jam 3 petang untuk menjemput lapan wakil kumpulan berkenaan.

Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
 
Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang menganjurkan perhimpunan tersebut semalam dilaporkan berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan tersebut.

Koordinatornya Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara.

GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Debat, Wardina Mula Sokong Abby

http://www.ekeleh.com
Alhamdullilah….yang bertudung mendapat sokongan dari yang bertudung. Walaupun tak menyatakan secara terus terang, Wardina tetap menyokong Abby Abadi. Dia berkata rakannya dianiya.

Mungkin kerana mungkin Abby dituduh mengutuk dan menghina PDRM oleh Panglima Gelang Umno Dato AC Mizal. Abby menyangkal dengan twitt “Yg keluar dr mulut Sy, bkn ‘hinaan’ tp kritikan ata salahlaku sgelintir mereka…”
Berkaitan cabaran debat AC Mizal, Abby nampaknya nak menerima cabaran debat tersebut, “Terpanggil utk mnerima cabaran”. Nampaknya Abby semakin bersemangat!!

Janganlah pula selepas ini AC Mizal membuat twitt “Acah-acah aja!” Namun begitu agak aneh kerana Panglima Gelang Umno hanya mampu mencabar wanita untuk berdebat. Lain dari kebiasaan…

Himpunan Oren: Orang ramai mula masuk ke ibu kota

Harakahdaily
(Mazlan Aliman bersama Salahudin dan Tamrin di gerai makan selepas ceramah malam tadi di Taman Melewar)
KUALA LUMPUR: Orang ramai mula berpusu-pusu ke Kuala Lumpur dari segenap penjuru masuk ke bandaraya bagi menyertai perhimpuna Oren membantah penyenaraian Felda Global Venture Berhad (FGVH) hari ini.

Walaupun perhimpunan dijangka akan bermula jam 2 petang, namun orang ramai mulai datang ke ibu kota sejak malam tadi lagi bagi mengelakkan kesesakan. Mereka tidur di surau dan masjid di sekitar ibu kota di samping hotel-hotel murah sekitar ibu kota.

Malam tadi mereka berkumpul di Taman Melewar bagi mendengar ceramah khas yang diadakan di sana.

Sebelum ini, Koodinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata, polis telah memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini.
(Pertemuan dengan pegawai polis bagi membincangkan Himpunan Oren di Balai Polis Kepong semalam)
Para peserta himpunan dibenarkan berarak bermula di perkarangan letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta sehingga 600 meter dari pintu 3 Istana Negara.

"Kita akan hantar lapan orang wakil daripada GSF untuk mengadap Agung esok, nama mereka kita akan umumkan esok. Kita akan diringi dengan kenderaan ke Istana," katanya kepada media di pintu masuk Balai Polis Kepong selepas rundingan dengan polis semalam.

Mazlan berkata, perarakan yang dijangka sejauh 2.5 kilometer menuju ke Istana Negara akan dikawal serta diringi pihak polis dengan kerjasama 1000 anggota Unit Amal Malaysia.

Tambahnya, para perserta Himpunan Oren tidak dibenarkan menggunakan laluan utama sebaliknya menyusur ke tepi menghala ke Lembaga Peperiksaan kemudian menuju ke Segambut seterusnya ke pintu Istana Negara.

Dah nak tergolek baru panggil kami

Aspan Alias
Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka.
Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama.

“Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu.

Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.

“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.

Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada ‘moral standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini.

Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.

Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini.

Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata.

Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya.

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita.

"Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara,” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

“Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai.

"Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak,” Sambungnya lagi.

Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.

Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.

Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.

Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi.

Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata beliau marah-marah.

Dipindah Sejauh 360 Kilometer Kerana Sokong PAS

Blog Ibn75.wordpress.com
PONTIAN: Gara-gara dianggap penyokong pembangkang, bekas Pengetua di salah sebuah sekolah menengah di negeri ini telah di tukarkan sejauh 360 kilometer.

Hj Jasimin, 63 berkata penyertaannya dalam gerakan Islam PAS adalah diatas kesedaran disamping penyalahgunaan kuasa jelas berleluasa sewaktu beliau masih bergelar kakitangan kerajaan lagi.

”Saya tak payah ambil contoh yang jauh. Saya lihat dengan kepala dan mata sendiri bagaimana penyelewengan itu boleh dibuat.

”Saya di buang daerah sejauh 3 jam perjalanan. Kononnya di buang daerah kerana penyokong PAS. Sebagai seorang bekas Pengetua, saya tiada apa-apa kepentingan. Yang saya utamakan adalah keselesaan pelajar saya mengikuti pembelajaran yang kondusif.

”Suatu ketika, atap bocor dalam bilik darjah menyebabkan aliran elektrik terganggu. Jadi, saya buat permohonan kepada pihak terbabit untuk membaikinya.

”Apabila peruntukan itu sudah sampai. Alangkah terkejutnya saya lampu kalimantang yang harga pasaran sekitar RM120, diclaim RM360. Berkali-kali ganda naik.

”Saya ajukan pertanyaan ini kepada pihak terbabit. Malangnya, bukan penjelasan yang saya terima, tapi saya pula dimarahnya pula. Dia kata saya tak berterima kasih. Untungnya diberikan peruntukan, kalau tak bagi?, katanya.

”Ya, Allah. Saya minta bukan untuk kepentingan saya. Ia untuk kemudahan anak-anak murid saya,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Penyampaian sumbangan kepada golongan tidak berkemampuan, di Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak, dekat sini, baru-baru ini.

Jenayah turun: Semalam kereta Mohd Sabu dicuri

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR: Dakwaan polis dan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) bahawa kadar jenayah negara berjaya diturunkan tidak meredakan ketakutan rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Baru semalam kereta saya mengalami kecurian, tak ada makna langsung dakwaan polis dan Pemandu itu," katanya.

Mohamad juga memberitahu, beliau akan mengadakan sidang akhbar bersama dengan seorang bekas pegawai kanan polis mengenai dakwaan polis dan pemandu itu.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan kononnya kadar jenayah berkurangan itu, beliau berkata, apa yang nyata ialah persepsi rakyat terhadap jenayah tidak berubah.

"Saya bercakap sebagai seorang yang baru sahaja mengalami kecurian semalam. Sebelum ini, saya menghadapi jenayah yang lebih serius di mana rumah saya hendak dibakar. Isteri saya pula pernah dirompak selepas mengeluarkan wang dari bank di Shah Alam beberapa bulan lepas.

"Kepada mangsa seperti saya, dakwaan kononnya kadar jenayah berkurangan tidak mengubah persepsi saya.

"Begitu juga rakyat umum, kebimbangan dan rasa takut mereka terhadap jenayah yang terus menjadi-jadi tetap tidak berubah malah semakin buruk," katanya.

Mohamad menegaskan, kebimbangan tersebut bukanlah tidak berasas jika diambilkira apa yang berlaku.

"Beberapa hari lepas saya baca tentang keputusan bank-bank yang hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.

"Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi," katanya.

Keputusan bank-bank itu, kata beliau, bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini malah memburukkan lagi persepsi mereka terhadap kadar jenayah.

Diminta mengulas kenyataan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan berkata kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat, Mohamad terus menjawab: "Nampak macam Musa suruh (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) dan (Ketua Polis Negara, Tan Sri) Ismail Omar letak jawatan".

Diminta mengulas lanjut, beliau berkata, ada dua perkara penting dalam kenyataan Musa itu.

"Pertama, Musa mendedahkan kepada kita kadar jenayah dalam negara ini semakin meningkat dan bukannya semakin berkurangan. Maknanya kerajaan bohong dan itu bohong pertama.

"Bohong kedua yang dilakukan oleh kerajaan ialah apabila Musa minta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

"Saya minta rakyat menghukum kerajaan pembohong ini," kata Mohamad lagi.

Malaysian Insider hari ini memetik Musa sebagai berkata: "Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah".

Bekas Ketua Polis Negara itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

"Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai 'bodyguard'.
"Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan 'bodyguard'," kata Musa.

Polis benar Himpunan Oren berarak esok

Abdul Rahim Sabri
NONE
Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berkata polis memberi kebenaran untuk mengadakan perarakan ke Istana Negara dalam Himpunan Oren esok.

Koordinator GSF Mazlan Aliman berkata peserta dibenarkan untuk berbuat demikian dengan kawalan ketat pasukan polis dan Unit Amal PAS sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara.

Mazlan (berbaju warna jingga) berkata demikian selepas perbincangan dengan pihak polis di Balai Polis Kepong selama hampir dua jam petang ini.

Difahamkan, perarakan sejauh lebih 3 kilometer itu akan bermula di perkarangan letak kereta kompleks mahkamah Jalan Duta, melalui Jalan Sri Hartamas dan seterusnya menuju pintu ketiga Istana Negara.

Menjelaskan laluan perhimpunan itu, Mazlan berkata pihaknya akan berhimpun di tempat letak kereta di luar kompleks mahkamah Jalan Duta selepas solat Zohor dan hajat kemudian disusuli dengan ucapan pemimpin GSF dan wakil peneroka sebelum berarak ke Istana Negara.

"Kita tidak berada di laluan utama, kerana mungkin menyebabkan gangguan jalan raya... Jalan tak ditutup," kata Mazlan sambil menambah sebanyak 1,000 anggota Unit Amal dikerahkan mengawal lalu lintas.

Mazlan yang juga presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) berkata daripada jarak 600 meter itu, seramai lapan orang wakil mereka yang dipersetujui oleh pihak Istana akan diiringi polis untuk menyerahkan memorandum tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.

NONE
Katanya, polis juga membenarkan pemberita berada di pintu Istana itu dan GSF akan mengadakan sidang media selepas menghantar memorandum tersebut di situ.


"Atas persetujuan bersama, kalau ada unsur provokasi daripada pihak luar, kita menyerahkan (perkara itu) kepada polis untuk mengambil tindakan tegas," katanya.

Mazlan berkata polis dalam pertemuan tersebut pada awalnya tidak mahu mereka berarak, namun kemudiannya bertukar pandangan apabila wakil GSF menekan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain, selepas lebih lapan bulan "gagal mendapat respon daripada kerajaan".

Sehubungan itu, Mazlan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis khususnya kepada Ketua Polis Sentul Zakaria Pagan dan Ketua Polis Brickfields Wan Abd Bari berhubung kebenaran tersebut.

Mazlan turut menjelaskan, polis juga membenarkan peserta meletak kenderaan di tempat letak kereta di bangunan Matrade yang akan dan dipantau keselamatannya.

GSF merancang perhimpunan tersebut bagi menyerahkan memorandum untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.

Pelakon dan penyanyi, Awie kena santau

IPOH: “Alhamdulillah, saya sudah sembuh akibat santau, tetapi ada masalah baru pula kerana badan kini makin gemuk,” kata pelakon dan penyanyi terkenal, Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 43.

Menurutnya, dia pulih daripada santau individu tertentu selepas kerap menjalani rawatan tradisional.
“Saya kerap meluangkan masa berubat selain berdoa dan bertawakal kepada Allah bagi menyembuhkan penyakit itu yang saya percaya dilakukan pihak yang tidak menyukai saya.

“Mungkin dugaan yang menimpa saya awal tahun ini adalah rahmat kerana rezeki saya dalam bidang seni bertambah, malah tawaran berlakon dan mengadakan persembahan tidak putus-putus diterima,” katanya kepada wartawan, semalam.

Menurutnya, berat badannya yang semakin meningkat tetap dipandang serius walaupun ia tidak meenjejaskan karier.

Saudagar gelang ( AC Mizal ) cabar Abby Abadi berdebat

Milo Suam
BARANGKALI tak perlu diceritakan lagi kisah AC Mizal saudagar gelang yang pernah kecoh suatu masa dahulu apabila didakwa menjual gelang penipu untuk menipu orang Melayu.
Tapi lain pula ceritanya kali ini. AC Mizal semalam mengeluarkan cabaran debat secara terbuka kepada Abby Abadi yang menurutnya pelakon watak Inspektor Aliza itu telah melakukan kutukan ke atas PDRM.

Difahamkan AC Mizal melantik dirinya sendiri sebagai mewakili anak-anak Polis Malaysia kononnya membela perasaan anak-anak Polis yang terasa hati dengan kenyataan Abby Abadi.

Hal ini dikatakan berpunca daripada kenyataan Abby Abadi di dalam ucapannya ketika menyertai perhimpunan membantah ISA di depan Kem Tahanan ISA Kamunting minggu lalu, di bawah ini rakaman ucapan beliau.

ReJaM© nak ucapkan tahniah kepada Abby Abadi kerana berani menegakkan keadilan menentang undang-undang gila menahan orang tanpa membenarkan orang itu membela dirinya.

Salah tak salah belakang kira, yang penting dia boleh tahan orang Ikut Suka Aku (ISA).

ReJaM© sendiri anak seorang Polis, dan secara jujurnya langsung tak terasa hati dengan kata-kata Abby Abadi, malah menyokong beliau menentang undang-undang gila ini. ReJaM© percaya ramai lagi anak Polis di luar sana yang senada dengan ReJaM©.

Apapun saudagar gelang sakti ini nampaknya bijak mengambil peluang menonjolkan diri manalah tahu boleh jadi calon PRU 13 nanti. Apa yang lucunya, beliau mencabar perempuan untuk berdebat kah kah kah...

ReJaM© "Woi AC Mizal, Najib kata debat bukan budaya kitalah kah kah kah... "

Tahniah Tun Faisal.. Inilah hasil kebodohan anda..

AnakSgDerhaka

Bersamalah kita seluruh rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat tak kira walau dimana berada mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Pengerusi UMB Tun Faisal...


Gara-gara kebodohannya kini seseorang yang selama ini berada diatas pagar sudah tergerak hatinya untuk turut menentang UMNO...
Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan.
Dalam tulisan bertajuk “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati.

Dr Asri menulis perkara tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu.

Dr Asri membandingkan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.

“Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman,” tulis beliau lagi.

Dr Asri mengkritik golongan agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Assad.

Walaupun tidak menyentuh tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam laman sosial Twitter Isnin lalu.

“Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Menzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,” kata beliau melalui akaun Twitter‏ nya, @realDrMAZA.

Tokoh agama popular itu mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah.

Pada masa sama, Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa.
“Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan “ kata Dr Asri.

Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu.
Pemimpin pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter.

Sila sambung bacaan anda di SINI

Kadar jenayah: Kerajaan dan PDRM tipu rakyat - Musa Hassan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Ketika kerajaan cuba memberitahu rakyat bahawa kadar jenayah negara ini berkurang, rakyat dikejutkan dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan (gambar) bahawa ia sedang meningkat.

Beliau mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

“Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.

“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.

Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

“Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.

“Kerana banyak jenayahlah menteri-menteri dan orang-orang besar perlukan ‘bodyguard’,” kata Musa.

Musa Hassan telah berkhidmat untuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selama empat dekad dan memimpin pasukan tersebut selama empat tahun semenjak tahun 2006 sebelum digantikan oleh Tan Sri Ismail Omar pada 13 September 2010.

Walaupun berlakunya kes serangan, rompakan dan penculikan, polis, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan kementerian dalam negeri (KDN) mengeluarkan statistik kadar jenayah negara telah menurun semenjak kerajaan memperkenal Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Unit Pencegahan Jenayah Pemandu dalam majlis bersama media semalam — langkah untuk mengurangkan kerisauan orang ramai, menyatakan statistik kadar jenayah menurun sebanyak 10.1 peratus pada lima bulan pertama tahun ini.

Sebelum ini, Unit Pencegahan Jenayah Pemandu telah mengeluarkan angka untuk menunjukkan penurunan indeks jenayah sebanyak 11.1 peratus dari 2010 sehingga tahun lalu manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus pada tempoh sama.

Pemandu turut merayu agar media membantu mereka mengubah persepsi rakyat dan mendesak agar laporan seimbang diberikan.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Pemandu berkenaan statistik jenayah yang menurun, Musa mencadangkan kerajaan agar melantik pihak ketiga yang lebih bebas seperti universiti untuk memberikan data seperti statistik jenayah kerana mereka lebih bebas.

“Sewaktu zaman saya dulu, saya minta Universiti Sains Malaysia untuk keluarkan statistik jenayah.

“Ini turut dilakukan oleh pasukan polis di Amerika yang sering menggunakan universiti agar data yang diperolehi tepat dan tidak menyorokkan apa-apa fakta,” kata Musa lagi.

Menurut bekas KPN itu lagi, kadar jenayah diseluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia akibat dariapada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.

“Globalisasi menyebabkan sukar untuk sesebuah negara untuk mencegah berlakunya jenayah.

“Globalisasi menyebabkan ramai orang luar masuk ke Malaysia, yang kita tak tahu latar belakang dia, ‘especially’ dari Nigeria tentang kehidupan dadah mereka.

“Ini adalah diantara punca berlakunya peningkatan jenayah dalam negara,” kata Musa lagi.

Untuk mencegah masalah jenayah yang berleluasa hari ini, bekas KPN mencadangkan agar polis membuat penambahbaikan dari segi mengubah teknik dalam memerangi jenayah sekarang ini kepada ‘intelligence procurement’ atau ‘perolehan risikan’.

“Kita perlu mendapatkan maklumat-maklumat risikan terdahulu.

“Jika maklumat risikan polis bagus dari segi perolehannya, mempunyai hubungan rapat dengan penguatkuasa luar negara, maka kita boleh mengetahui awal berkenaan latarbelakang seseorang dan boleh memantau jika mereka penjenayah.

“Sama seperti dalam negara kita, kita perlu pantau geng-geng jahat dan penjenayah-penjenayah ni,” kata bekas KPN itu lagi.