Kan dah cakap dah, memang haramjadah polis tu...

setisab
KUALA LUMPUR 3 Ogos: Polis yang merupakan saksi ke 23 pendengaran awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) marah apabila panel siasatan menyentuh tindakan mereka menghalang media merakam gambar aksi anggota itu semasa bertugas pada Himpunan Bersih. seperti yang dilaporkan di sini.

“Kalau ambil gambar saya, saya pun marah!” kata Assistan Superintenden (ASP) Zahari Yusof penuh emosi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam pemerhati berhubung tindakan polis menghalang pihak media daripada merakam, dan pada tahap merampas kad memori jurugambar ketika membuat liputan pada 28 April lalu.

Ditanya sama ada menjadi kesalahan untuk polis berbuat demikian, beliau menjawab ia bergantung kepada anggota yang berhadapan situasi berkenaan.

“Saya tidak tahu di atas undang-undang apa, tapi saya sebagai individu berhak untuk halang orang ambil gambar saya,” katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan wujudnya arahan pihak atasan untuk menghalangjurugambar merakam tindakan mereka sepanjang perhimpunan aman itu.

Dalam sesi pendengaran sebelumnya, jurugambar akhbar The Star, P Puspanathan berkata, beliau dikepung polis apabila cuba mengambil gambar polis membelasah peserta himpunan.

Sementara jurugambar Malay Mail, Muhammad Arif Kartono cedera di bibir akibat dibelasah enam polis dan kameranya sengaja dipecahkan.

Wartawan The Sun, Radzi Razak pula dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur akibat kecederaan dalaman selepas diserang kira-kira tujuh anggota polis.
Zahid Hamidi kata Arab Saudi MUNGKIN akan haramkan jemaah haji malaysia ke tanah suci utk tunaikan haji.... kerana ada demo bersih 3.0 di sana..... ~ ~ (dan berita dalam NST telah mewawancara beberapa ORANG ...
Menjelang perhimpunan aman BERSIH 3.0 esok petang, agaknya apa yang disiarkan ASTRO, yang secara tiba-tiba menganugerahkan rancangan televisyen percuma untuk kesemua 130 salurannya hingga 6 haribulan Mei ...
Tindakan polis semasa BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 lalu jauh lebih buruk, ganas dan zalim berbanding perhimpunan BERSIH sebelum ini. Tindakan polis seolahnya mempersundalkan undang-undang negara.
BERSIH 3.0: Al Jazeera's Video and Photos shows what seems to be the beginning of the tear gas.
BERSIH 3: Polis Macam Anjing -. BERSIH 3: Kesian Najib -. BERSIH 3: Analisa olih Mahathir -. BERSIH 3: Polis ... BERSIH 3: Polis saudara Iblis -. BERSIH 3: Laporan Al-Jazeera -. BERSIH 3: Persundalan Polis 

Tindakan SPRM mengesahkan mereka adalah pencacai bagi penguasa yang rasuah

Hafiz Yatim 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa hanya berminat menjejaki sumber kebocoran dokumen berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Peguam Negara Abdul Gani Patail, dan tidak kes itu sendiri.

Bekas pengarah Urusaan Ho Hup, Low Tuck Choy berkata, beliau menyedari perkara itu apabila SPRM memasuki pejabatnya tahun lepas.

Ditanya berhubung kenyataan SPRM bahawa Low tidak akan dipanggil membantu siasatan kes itu, bekas pegawai kanan di syarikat pembinaan antara terbesar itu berkata, ia membuktikan suruhanjaya itu tidak serius.

"Bila SPRM datang ke Ho Hup, mereka tanya kakitangan kami bagaimana dokumen boleh bocor.

"SPRM tidak berminat menyiasat dakwaan itu. Pada saya, semua bukti sudah berada di domain awam (di Internet).

"Selepas 10 bulan, SPRM patut menyelesaikan siasatan berhubung kes itu tetapi ia masih tertangguh," katanya kepada Malaysiakini.

Low, 54, pada awal bulan ini membuat laporan polis mendakwa dokumen yang dimuat naik di laman Malaysia Today adalah asli.

Ia antaranya melibatkan invois daripada syarikat elektrik dan baucar pembayaran Ho Hup tahun 2009 dengan nama Abdul Gani.

Akhirnya Najib terpaksa tunduk dengan tuntutan royalti minyak Kelantan

Rizal Tahir dan Salmah Mat Husein

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.

Beliau juga turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini.

Kelantan sejak sekian lama memperjuangkan agar Petronas membayar royalti minyak kepadanya berdasarkan telaga minyak yang ada berdekatan dengan pantai Kelantan.

Namun, kerajaan Pusat hanya membayar wang ehsan kepada wakilnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang ada di Kelantan dan bukannya kepada kerajaan negeri sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas namun kerajaan pusat memohon untuk menjadi defendan bersama.

Baru-baru ini, anggota Parlimen Gua Musang yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah meminta kerajaan pusat menyelesai isu royalti Kelantan ini sebelum pilihan raya umum ke 13.

"Surat ni diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily.

Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Tuanku Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara ini.
(Gambar: Pertemuan terakhir antara Najib dengan Tuanku Sultan Kelantan baru-baru ini)
Yang menariknya, istilah yang digunakan dalam surat ini adalah pembayaran 'bayaran tunai'.

Jawatankuasa ini pula akan bersidang dalam tempoh enam bulan bagi menentukan pembayaran ini.

Reaksi

Sementara itu, Tuan Guru Nik Aziz menyambut baik keputusan kerajaan ini dan menyifatkannya sebagai keberkatan bulan Ramadhan.

"Semoga Allah membuka pintu hati kerajaan Pusat selepas jawatankuasa ini bersidang," katanya.

Beliau juga beranggapan, apa yang berlaku ini sedikit sebanyak adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 orang ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada Allah agar diselesaikan isu ini segera.

Beliau juga meminta semua rakyat Kelantan terus berdoa agar pembayaran royalti ini menjadi kenyataan.

Tuan Guru Nik Aziz juga berkata, beliau sangat gembira jika bayaran royalti ini menjadi kenyataan tetapi sedar ia adalah satu amanah besar dari Allah.

"Harta kerajaan ini tidak boleh buat pandai-pandai, harta sendiri pun tidak boleh buat ikut sedap je," kata beliau.

Jadi kenyataan

Jika bayaran ini menjadi kenyataan bermakna apa yang dikatakan oleh dua wakil kerajaan Pusat di Kelantan selama ini bercanggah dengan surat Perdana Menteri ini, kata Tuan Guru Nik Aziz.

"PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri (Datuk) Awang Adek kata sudah bayar wang ehsan.

"Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam DUN, dia yang sekat," kata Tuan Guru Nik Aziz.

Najib Sedang Menguburkan Slogannya Sendiri

Shahbudin Husin
Di gerabak keretapi dan stesennya di Lembah Kelang kini dipenuhi dengan iklan-iklan yang memaparkan wajah Najib dengan slogan Kami Mendengar sambil memaparkan wajah Najib dalam pelbagai suasana bersama rakyat. Iklan itu bukan saja menggambarkan keghairahan UMNO untuk menawan kembali Selangor daripada genggaman Pakatan Rakyat tetapi juga melambangkan keinginan untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang mesra dengan keluh kesah serta derita rakyat.

Najib ingin dilihat sebagai pemimpin yang sedia mendengar apa saja denyut nadi rakyat dan berkali-kali menyatakan bahawa rakyat adalah keutamaannya.

Tetapi benarkah apa yang diucap sama dengan apa yang dibikin? Cuba kita imbas satu persatu.

Dalam kes penahanan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR yang mendedahkan isu lembu NFC dan canpurtangan Najib dalam penganugerahan projek tambahan LRT Ampang kepada syarikat kroninya, George Kent jelas sekali menunjukkan bahawa Najib langsung tidak mendengar cetusan hati rakyat.

Dalam kes lembu NFC, sudahlah tindakan begitu lambat diambil terhadap keluarga Shahrizat dan di ketika rakyat gembira dengan pendedahan Rafizi itu yang dianggap cuba menyelamatkan wang rakyat daripada terus dirompak dan diselewengkan, tiba-tiba Rafizi pula yang didakwa dibawah akta Bafia iaitu mendedahkan maklumat bank.

Nampaknya dalam era Najib ini pihak yang memberi maklumat atau mahu mencegah kemungkaran juga bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang dari pemerintah.

Tidak cukup dengan itu Rafizi juga dibawa di mahkamah dengan tangan bergari berbanding suami Shahrizat, Salleh Ismail yang turut didakwa sebelum ini tidak pula digari tangannya.

Dalam kes projek tambahan LRT Ampang pula, Rafizi telah mendedahkan bagaimana campurtangan Najib mahu memberi projek itu kepada syarikat rakan karibnya, George Kent walaupun syarikat itu dibuktikan tidak melepasi penilaian teknikal yang diperlukan. Setelah berbagai pendedahan dibuat yang menggambarkan kecurangan Najib sebagai pemimpin sehingga kepada aspek keselamatan projek itu kepada rakyat, Najib akhirnya memberikan juga projek itu kepada Geogge Kent.

Semua tindakan ini menggambarkan Najib langsung tidak mahu mendengar suara hati rakyat bahkan seperti ada dendam di sanubarinya terhadap Rafizi. Rafizi didakwa di mahkamah bukan saja kerana mendedahkan isu lembu NFC tetapi juga dipercayai kerana menyelongkar perihal projek LRT Ampang itu.

Dalam isu sambutan hari merdeka pula di mana tema berbaur kepentingan politik UMNO digunakan iaitu Janji Ditepati, Najib juga tidak mahu mendengar suara hati rakyat yang mahu tema itu digantikan dengan tema lain yang bersifat neutral serta menyenangkan semua pihak sebagaimana tema-tema yang digunakan sebelum ini.

Melalui suara Rais Yatim, kerajaan begitu angkuh mahu mempertahankan tema itu walaupun umum mengetahui Program Janji Ditepati adalah adalah program jelajah UMNO untuk berkempen dan bertemu rakyat anjuran Media Prima yang sudah dihadiri Najib di beberapa lokasi. Papan tanda berslogan Janji Ditepati juga sudah dipasang di seluruh negara sejak empat atau lima bulan lalu.

Sudah tentu jika tema Janji Ditepati mahu digunakan sebagai tema sambutan merdeka, ia berkait secara langsung dengan UMNO dan hasrat untuk memenangi pilihanraya. Maka, rakyat yang tidak berparti atau menyokong selain UNNO, wajar mengemukakan bantahan kerana merderka adalah milik semua orang.

Sekali lagi Najib dan kerajaannya tidak mahu mendengar suara rakyat janji yang dipasang di pelbagai papan iklan itu.

Di ketika yang lain Najib juga melafazkan slogan yang cukup lunak didengar iaitu era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir dan kerajaan kini haruslah lebih peka kepada kehendak rakyat. Tetapi hakikatnya pentadbiran kerajaan selama lebih tiga tahun ini seolah-olah beliaulah paling mengetahui segala-galanya.

Kerajaan di era Najib ditadbir secara membelakangjan hasrat rakyat di mana banyak projek-projek kerajaan diberikan sesuka hati kepada rakan-rakan rapat dan kalangan anak menterinya. Janji mahu melaksanakan tender terbuka langsung tidak ditepati dan kalau ada pun tender sebagaimana projek LRT Ampang, beliau cuba pula campurtangan supaya hasil kekayaan negara akhirnya tetap masuk ke poket rakan-rakannya.

Seiring dengan laungan era kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berakhir itu, Najib juga membiarkan perlakuan menteri-menterinya mentadbir kementerian sesuka hati dengan sama-sekali tidak berpegang kepada slogan itu. Ini dapat dilihat dalam kes Rais Yatim yang memilih tema, logo serta lagu sempena hari merdeka yang bertentangan sama sekali kebebasan rakyat yang berpegang kepada pelbagai fahaman politik.

Ismail Sabri pula dilaporkan telah menukarkan empat orang pengarah koperasi negeri dengan notis 24 jam semata-mata kerana tidak puas hati terhadap kehadiran orangramai dalam sambutan Hari Koperasi yang begitu mengecewakan.

Beberapa menteri lain juga mentadbir kementerian mereka seperti ianya harta peninggalan datuk nenek masing-masing di mana bukan saja projek diberikan sesuka hati kepada rakan-rakan tetapi juga langsung tidak mahu mendengar pandangan, keluhan serta suara hati orang lain.

Jika diimbau pelbagai slogan yang diperkenalkan Najib seperti Rebah Jika Tak Berubah, wassatiyah, pencapaian didahulukan dan rakyat diutamakan serta pelbagai lagi yang diretorikkannya sejak menjadi Perdana Menteri, jelas kelihatan bahawa semua slogan itu bertentangan dengan apa yang dilakukan.

Najib kini bukan sahaja tergambar sebagai pemimpin paling retorik tetapi dalam masa yang sama sedang menguburkan satu persatu slogan-slogan yang pernah dilaungkannya itu

Tidak mesra, itulah yang dapat ditafsir mengenai gambar ini


Najib terpaksa tunduk terhadap tuntutan royalti Minyak kelantan.

‘Ditipu, ditangkap, dirotan dan dipenjara’

Muda Mohd. Noor
PETALING JAYA: Pekerja Indonesia yang ditangkap dan dipenjarakan di Malaysia mendakwa diberikan makanan basi serta dirotan.
Perkara ini dinyatakan Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Moh Jumhur Hidayat di Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, semalam.

Mereka kata Moh Jumhur termasuk wanita dihantar pulang dari Malaysia kerana bekerja secara haram atau telah melebihi tempoh had tinggal.

Seorang pekerja dari Jawa Timur memberitahu beliau ditangkap dalam operasi setelah tiga tahun bekerja di ladang sawit.

“Saya ke Malaysia menggunakan pasport umum dari Pelabuhan Tanjung Balai. Sebelum dipulangkan terlebih dulu saya masuk penjara dan dikenakan rotan,” kata Sugiantoro seperti dilaporkan detik.com.

Ditipu agen

Manakala, Indra yang berasal Kabupaten Meranti, Riau mengaku ditipu agen pekerja Malaysia yang menjanjikan boleh mendapat pemutihan di Malaysia.

Katanya, beliau sudah membayar RM200 seminggu sehingga RM3,000 tetapi ternyata agen membawa polis untuk menangkapnya.

Herlina yang sudah dua tahun bekerja di kilang roti di Kelang terkena operasi dan ditangkap pihak imigresen Malaysia selama dua bulan.

Dia juga kena tipu dengan memberikan wang seribu ringgit.

“Saya masuk penjara dan hanya diberi makan sayur dan ikan yang basi,” keluh Herlina.

Moh Jumhur menawarkan kepada mereka untuk mengurus seluruh dokumen berkaitan pekerjaan secara resmi.

“Kalau diproses secara resmi, apa masih ingin lagi ke Malaysia?” tanya Jumhur.
Mereka menjawab mahu.

“Jangan menjadi pekerja haram,” kata Moh Jumhur.

Kalau Pakatan Rakyat laju je hukum yang keluar dari mulut Harussani

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Ketika Umno terus-terusan membuat kenyataan agar jangan menjadikan masjid sebagai gelanggang politik, para pemimpin Umno lah yang membuat aktiviti sedemikian.
(Ketua bahagian Umno Hulu Selangor menyampaikan sumbangan dalam beg BN di dalam masjid)
Di Felda Gedangsa, Hulu Selangor, Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor Datuk Idris Abu Bakar berpolitik di dalam Masjid Felda Gedangsa Hulu Selangor.

Beliau menyampaikan sumbangan barangan kepada kumpulan sasarannya di masjid berkenaan dengan memasukkannya dalam beg berlambang dacing, logo BN.

Baru-baru ini, sekumpulan aktivis pro-Umno berhimpun di Shah Alam bagi menuntut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghalang ucapan politik dibuat di masjid dan surau di negeri itu.

Dalam memorandumnya mereka mendakwa, tindakan itu dilakukan oleh wakil rakyat PAS, iaitu anggota parlimen Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) serta exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali.

"Gelaran Yang Berhormat bukan tiket untuk mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu di surau dan masji," memorandum itu dipetik.

Manakala Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan perbuatan menyampaikan ceramah politik di dalam masjid adalah haram di sisi Islam.

“Sebarang perkara yang boleh membawa kepada perpecahan umat Islam hendaklah dijauhkan dan dielakkan di bawa ke masjid termasuk berpolitik. Itu ajaran Islam.

“Politik sekarang boleh memecahbelahkan umat dan haram hukumnya berceramah politik di masjid. Masjid adalah tempat umat Islam bersatu, melakukan ibadah,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Surau dan Masjid, seluruh Wilayah Persekutuan, khususnya di Lembah Pantai pula diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menggunakan ruang ibadah itu di bulan Ramadan nanti untuk tujuan politik.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, gesaan itu bukan hanya ditujukan buat parti pembangkang tetapi juga parti kerajaan.

Menurutnya, terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyasarkan surau dan masjid untuk kepentingan politik.

“Saya minta jangan guna surau dan masjid buat program tazkirah berbaur politik dan memfitnah sesiapa.

“Jangan kerana pilihan raya sudah dekat, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan mengedarkan risalah, memfitnah, tazkirah memburukkan sesiapa pun,” katanya selepas majlis itu.

Puad Zarkashi, tarik balik fitnah atau bakal kena saman

MOHD EZLI MASHUT 
SHAH ALAM. 2 OGOS: Dr Mohd Puad Zarkashi diberi tempoh 48 jam bermula hari ini untuk menarik tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mendakwa Ketua Umum PKR itu membayar Datuk Seri Lajim Ukin untuk meletakkan jawatan dalam Umno- BN.

Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, Anwar juga menuntut bahawa Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat dalam dua akhbar harian kebangsaan termasuk Sinar Harian dan juga menuntut ganti rugi dan kos undang-undang.

Apa-apa kegagalan oleh Puad untuk mematuhi tuntutan-tuntutan ini akan menyebabkan pengeluaran serta-merta Writ Saman terhadapnya.

“Kenyataan ini adalah satu pembohongan yang keji oleh Dr Puad sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

“Selaras dengan politik Umno fitnah dan pembunuhan watak, tiada bukti yang diberikan oleh Puad untuk menyokong dakwaan keterlaluan,” katanya dalam kenyataan media.

Ujar Surendran, kenyataan fitnah ini adalah bukti terdesak dan ketakutan Umno-BN dalam menghadapi kehilangan besar-besaran sokongan untuk BN di Sabah.

Perletakan jawatan Lajim yang berani dibuat demi kepentingan rakyat Sabah yang lama menderita di bawah pemerintahan yang menindas dan rasuah Umno-BN.

“Kami menyeru pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk meninggalkan politik ‘fitnah’ dan sebaliknya bersama Pakatan Rakyat membahaskan persoalan berkaitan kepentingan negara,” katanya.

Adun Kelaboran dan Abby nafi sudah bernikah

SITI JULIANA MOHD JOHAR 
Adun Kelaboran dan Abby nafi sudah bernikahSHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim menafikan beliau telah bernikah dengan artis Abby Abadi, yang bulan lalu menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup.
Wakil rakyat Pas itu menegaskan, segala apa yang diperkatakan menerusi blog dan twitter pro-Umno sejak awal minggu ini adalah satu fitnah dan tohmahan yang tidak benar sama sekali.

Katanya, itu semua adalah permainan politik yang mahu menjatuhkan karier beliau.

“Cerita itu tidak betul, saya pun tidak tahu macam mana isu ini boleh timbul. Mungkin cerita ini sengaja diada-adakan oleh musuh-musuh politik bertujuan menjatuhkan karier politik saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ditanya pernahkah beliau berjumpa Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan sebelum ini, Mohd Zaki, 41, menjelaskan, beliau hanya baru sekali berjumpa dengan Abby ketika artis itu diundang menjadi penceramah pada sebuah program dianjurkan di kawasan beliau, 3 Julai lalu.

“Saya berharap hentikan segala penyebaran cerita yang tidak benar ini terutama pada bulan Ramadan ini kerana sesungguhnya fitnah itu adalah satu perbuatan buruk dan tolong hormati bulan Ramadan yang penuh barakah ini dengan tidak menyebarkan sebarang fitnah.

“Saya masih memberi masa kepada pihak yang bertanggungjawab menyebarkan cerita ini agar tarik balik kenyataan fitnah itu sempena Ramadan ini dan jika dia enggan berbuat demikian, baru saya akan fikir untuk mengambil langkah seterusnya, yang dirasakan wajar demi membersihkan nama saya,” kata bapa kepada lima cahaya mata ini.

Abby pantas menjawab dakwaan mengenai perkara itu menggunakan medium laman sosial twitter sebagai platform menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Mohd Zaki tetapi tetap meminta peminatnya agar mendoakan semoga jodohnya cepat sampai.

Seorang pengikut twitternya @wariechemanan bertanya kepada Abby, “hai abby... betulkah cerita saya dengar you dah kahwin dengan YB Kelaboran” dan Abby menjawab pertanyaan itu sambil menegaskan, itu semua fitnah semata-mata.

Abby turut menambah, ini bukan kali pertama dia mendapat ‘jodoh’ hasil cakap-cakap orang ramai dan menerima gosip sebegini sebagai asam garam dan lumrah kehidupan apabila dirinya terbabit dalam dunia politik.

PANAS! Pakatan Rakyat Hampir Pasti Menang 9 Kerusi Di Johor?

jalanpulang1978.blogspot.com
MENARIK dan teruja tetapi siapa tahu ia benar-benar terjadi nanti? Saya telah sengaja tinggalkan menganalisis kerusi parlimen negeri saya, Pahang buat masa ini. Mari tinggalkan sejenak untuk harapan yang lebih baik. Saya ingin untuk membuat analisis Johor. Selama ini Johor sentiasa dianggap sebagai kubu UMNO.

Orang Melayu Johor seolah-olah mempunyai sifat keterlaluan pelik (obses) dengan UMNO.

Sejarah telah berkata lahir Umno pada langkah-langkah di Istana Johor, dan Johor dianggap sebagai rumah semulajadi untuk UMNO.

Sudah hampir terlalu kebal.

Namun adakah ia begitu?

Setiap pagi selepas solat subuh, Melayu Johor akan meminum secawan kopi dengan sarapan pagi.

Apakah beliau membaca tajuk berita atau segala-galanya?

Beliau membaca Utusan Malaysia-organ propaganda UMNO.

Yang Ditindas, ramai Melayu yang melarat muncul terpikat dengan UMNO.

Tetapi adalah angka yang kita baca dan fahami semasa pilihan raya umum lepas?

Rupanya terdapat peralihan undi (swing) sebanyak 14% kepada pembangkang!

Apa yang telah terjadi pada peralihan ini?

Ia semakin meningkat dan menjadi semakin kuat.

Ini telah mendapat kebimbangan Menteri Besar, Ghani Othman terhadap UMNO bahagian apabila mengetuai satu mesyuarat, beliau menjangka sekurang-kurangnya 9 kerusi Parlimen dan 16 kerusi Dewan Undangan Negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Ini bermakna dia telah tidak menolak sepenuhnya swing kepada pembangkang dan mengakui bahawa pada tahap terbaik, dengan segala usaha dan rasuah yang telah dijalankan oleh UMNO, UMNO telah berjaya untuk mengambil kembali hanya kira-kira 5% undi.

Yang bermaksud akan meninggalkan sekitar swing 9% masih memihak Pakatan Rakyat.

Dengan anggapan konservatif, 9 kerusi parlimen yang disenaraikan di bawah memang dalam bahaya buat BN.

Sembilan kerusi tersebut adalah:

1) Segamat
2) Labis
3) Ledang
4) Bakri (Disandang MP DAP)
5) Muar
6) Batu Pahat
7) Kluang
8) Gelang Patah
9) Kulai

Anggaran saya sendiri menunjukkan bahawa PR boleh menang dengan sekurang-kurangya 9 kerusi parlimen.

Kerusi yang kini dipegang oleh UMNO / BN tetapi boleh bertukar termasuk 6 lagi iaitu: -

1) Tanjung Piai
2) Pasir Gudang
3) Pulai
4) Tebrau
5) Simpang Renggam
6. Parit Sulong

Secara jujur, bilangan kerusi parlimen yang boleh dimenangi Pakatan Rakyat PR akan menjadi antara 9 hingga 15 kerusi.

Apakah makna semua ini bagi Johor sekarang?

Ia bukan lagi kubu UMNO.

Bagaimana pula dengan Johor Bharu yang mempunyai penduduk Cina yang agak besar yang boleh membuktikan menjadi 'rahmat' kepada PR?

Ia bergantung kepada siapa yang menjadi calon UMNO.

Jika Shahrir Abdul Samad memilih untuk bersara, hampir pasti JB akan beralih kepada Pakatan Rakyat.

Shahrir hanya boleh dipujuk untuk berdiri hanya jika orang UMNO menghina beliau untuk membela Anwar Ibrahim.

Dia sendiri tidak yakin.

Beliau berkata secara peribadi bahawa kebanyakannya tidak melihatnya di JB seperti biasa.

Kerusi lain yang saya minat untuk diperhatikan ialah Pulai.

Ia kini dipegang oleh Pengerusi UDA, Nur Jazlan Mohamad Rahmat.

Sesama layak tetapi baru-baru ini telah menjadi mangsa tabiat UMNO mengamalkan mencantas orang muda yang boleh menggugat kedudukannya.

Ia membunuh bakat muda.

Apabila Nur Jazlan datang dengan strategi meningkatkan wang untuk UDA dengan pembangunan semula kawasan Penjara Pudu, beliau menjadi mangsa selera rakus sekali ketua-ketua UMNO yang pernah mencari makan menggunakan agensi kerajaan untuk membuat banyak wang.

Diterjemah bebas dari Sakmongkol

RM200,000, banglo di London jika Bala sedia fitnah Anwar

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Penyiasat persendirian penuh kontroversi P Balasubramaniam (gambar), yang satu ketika dulu pernah membuat 2 kenyataan bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya, kembali menceritakan bagaimana beliau memperdayakan sogokan kali kedua sebelum pilihanraya negeri Sarawak.
Dalam temubual eksklusif bersama Malaysiakini, Bala berkata beliau cuba disogok seminggu sebelum pilihanraya negeri Sarawak oleh orang-orang yang mengugut beliau.

Beliau akan dibayar sejumlah wang untuk membuat kenyataan bersumpah kedua oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan seorang anggota polis bernama Sureh.

Kenyataan bersumpah kedua beliau adalah untuk menidakkan kenyataan bersumpah pertama beliau yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan Altantuya dengan mendakwa beliau membuat kenyataan bersumpah itu dalam keadaan tertekan.

Bala telah melarikan diri bersama keluarga ke India selepas kenyataan kedua dibuat.

Dalam sogokan terbaru sebelum pilihanraya negeri Sarawak, Bala berkata beliau disuruh membawa satu kenyataan untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa beliau dibayar oleh Anwar dan pemimpin PKR untuk membuat kenyataan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib.

Ketika itu juga, blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin turut muncul di kaca TV3 dalam satu temubual di Australia menyerang Anwar.

Menurut Bala, beliau dihubungi Deepak dan Suresh melalui kawannya Siva.

Suresh, kata Bala terus mengganggu isterinya setelah diberitahu bahawa beliau tidak berminat berjumpa dengan sesiapa.

Atas nasihat peguamnya, Americk Sidhu yang menyuruhnya cuba untuk mendapatkan apa-apa bukti untuk perlindungan diri, Bala bersetuju bertemu dengan Deepak dan Suresh.

“Ini deal kita: RM200,000 cash dan sebuah kondo di Berjaya Times Square dan selepas ini semua ok, dan kita akan bagi kamu kembali dan kemungkinan akan bagi kamu satu projek,” kata Suresh kepada Bala.

Bala berkata sebagai balasan, beliau perlu membuat satu video dengan membaca satu kenyataan yang disediakan.

Kandungan kenyataan itu antaranya berkata beliau didekati Anwar untuk membuat penafian dalam kenyataan bersumpah kedua kerana diyakinkan bahawa Anwar akan menjadi perdana menteri sekejap masa lagi.

Anwar pula akan dikatakan telah membayarnya RM200,000 dalam bag dan RM50,000 setiap bulan.

Setelah beberapa ketika, Bala akhirnya membuat video tersebut ketika berseorangan dengan Deepak.

Suresh kemudian telah memasukkan RM100,000 ke dalam akaun isterinya, dan kemudian melalui Siva, Deepak dan Suresh juga memberikan satu salinan belian dan jualan sebuah kondo di Berjaya Times Square.

“Video itu telah selesai. Dan saya hanya perlu menghantarnya. Tapi saya menghantarnya ke peguam saya.

"Semasa Deepak hubungi saya, saya memohon maaf kerana tertekan butang yang salah dan terhantar ke peguam saya,” jelas Bala mengenai bagaimana beliau memperdaya Deepak dan Suresh.

Deepak melenting seperti yang dijangka – dan Bala telah merakam percakapan terakhir beliau dengan Deepak.

Ketika ditanya Malaysiakini adakah perkara itu disengajakan, Bala mengaku ya.

Bala berkata, beliau telah hilang segala-galanya ketika melarikan diri ke India dan ibunya meninggal ketika beliau berada di India.

Hanya selepas Najib menjadi perdana menteri, Bala berkata beliau dibolehkan membuat lawatan rahsia kembali ke tanahair.

Apabila ditanya mengenai perbualan telefon tersebut, Bala berkata beliau menyimpannya untuk keselamatan diri.

Lagi tokoh Umno akan isytihar sertai PAS

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Pada 11 Ogos ini seorang lagi tokoh Umno akan mengisytiharkan diri keluar dari parti itu untuk menyertai PAS.

Pengisytiharan itu akan dibuat pada majlis sambutan Badar Al-Kubra anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat yang akan diadakan di Dewan KUIZM, Taman Melewar Gombak.

"Pada program tersebut juga ada tokoh Umno akan membuat pengisytiharan menyertai PAS di hadapan Tuan Guru Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan orang ramai," kata setiausaha lajnah itu Misbahul Munir Masduki.

Menurut beliau lagi, tujuan majlis ini diadakan ialah untuk menaikkan semangat dan momentum kepada ahli dan pendokong PAS.

Ianya bermula dari buka puasa, dikuti solat fardhu Maghrib, Isya dan Solat Sunat Tarawih.

Selepas itu amanat pimpinan akan disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Presiden PAS Datouk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.

Setiap tahun PAS Pusat menganjurkan majlis memperingati Perang Badar dengan tujuan mengambil semangat perjuangan para sahabat yang berjaya menghancurkan musuh Islam yang jumlahnya lebih ramai.

"Semangat inilah yang perlu diambil, dengan jumlah yang minoriti tetapi berbekalkan iman, jihad, pengorbanan dan ukhuwah berjaya menewaskan jumlah musuh yang jauh lebih ramai dan siap dengan perlengkapan senjata," katanya lagi.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke majlis itu.

Najib terdesak, lakukan kesilapan demi kesilapan

Muhammad Faizal
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus melakukan kesilapan demi kesilapan dalam keadaan beliau yang cukup terdesak.
Kenyataan tersebut diutarakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) ketika mengulas tentang pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli semalam.

"Kami dalam Pakatan Rakyat terus memerhati kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Perdana Menteri.

"Tindakan pendakwaan ini merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh Najib dalam masa beliau menjanjikan perubahan tranformasi di negara ini," jelasnya.

Tambahnya lagi, bermula dari kesilapan tindakan yang dikenakan terhadap Rafizi dan Najib semakin tertekan apabila pendedahan yang dibuat oleh George Kent sebelum ini yang mengatakan menerima kontrak pembinaan LRT Ampang.

"Saya perhatikan bahawa apakah ini sikap Najib dalam terus melakukan kesilapan di dalam bulan yang mulia ini.

"Namun kita melihat kenapa tindakan seperti ini diambil dan seolah-olah ada perkara yang ingin beliau alihkan pandangan rakyat," katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Dr Dzulkefly berpendirian apa yang berlaku terhadap Rafizi adalah berkaitan dengan penerimaan kontrak oleh George Kent.

"Segala apa yang dikatakan oleh Najib mengenai reformasi politik meyakinkan itu sememangnya hanyalah cakap kosong.

"Walaupun kita ada akta pemberi maklumat tetapi ia tidak bermakna jika perkara ini berlaku," sambungnya lagi.

Ahli Parlimen Kuala Selangor turut menyatakan apa yang dilakukan oleh Najib ini, rakyat akan lebih celik dan mengetahui hakikat sebenarnya bahawa segala reformasi politik dan undang-undang adalah lebih teruk daripada sebelum ini.

Kesihan, Hassan JATI balik asal

wfauzdin_ns
BERMULA terkenalnya Hassan JATI adalah apabila beliau menjadi Pengacara atau Pengerusi Forum Perdana Ehwal Islam suatu ketika dahulu. Sememangnya rancangan berbentuk agama itu amat diminati ramai terutamanya melibatkan Ahli Panel popular seperti Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Ismail Kamus dan juga Prof Dr Haron Din. Jika tiada Hassan JATI ini dipilih sebagai Pengacara rancangan tersebut, siapa kenal Hassan JATI waktu itu kecuali budak-budak `Summer Camp' sahaja.

Kemudiannya, tercetus zaman reformasi tahun 1998. Hassan JATI pun ghaib dari kaca TV kerana beliau menyertai politik di dalam PAS. Prestasinya meningkat di dalam PAS sehingga dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor. Beliau juga menjadi Wakil Rakyat mewakili PAS dan juga Exco. Ertikata lain, rezeki beliau bertambah apabila menyertai PAS yang memberi makna rezeki bukan terletak di tangan Umno. Rezeki ditentukan oleh Allah dan Allah tidak akan putuskan rezeki sesiapa sahaja yang berjuang menegakkan agamanya.

Malangnya, akibat tamak haloba ingin menjadi MB Selangor dan kecewa apabila tiada lagi jawatan tinggi di dalam PAS, maka Hassan JATI tercampak dari perjuangan Islam. Beliau kini ke hulu ke hilir menjadi `Sub Kontrak' Umno untuk memburuk-burukkan PAS dan PR. Di saat ramai pejuang Islam di dalam PAS semakin maju ke hadapan berkat dari kesabaran dan kegigihan perjuangannya, Hassan JATI semakin ke belakang. Dari seorang Pesuruhjaya PAS Selangor malahan pernah berada di kerusi Naib Presiden PAS, kini Hassan JATI kembali kepada asal iaitu selaku Pengacara, setaraf dengan Aznil Nawawi atau Zizan Raja Lawak.

Ini semua adalah kerana silap beliau yang lupa diri. Tidak keterlaluan jika dikatakan level Hassan JATI sama seperti Umi Hafilda yang ke hulu ke hilir tidak pernah lekang mulut dari bercerita pasal fitnah seks dan hal-hal di dalam kelambu orang lain yang beliau sebenarnya tidak pernah lihat dengan matanya sendiri. Oleh kerana media seperti RTM atau TV3 suku itu ejen penyebar fitnah, maka amat sesuai lah kini Hassan JATI kembali ke lubuk fitnah.

Rancangan Ehwal Islam sempena Ramadhan tahun ini menampilkan beliau selaku Pengacara. Kita lihat nanti adakah dengan kehadiran Hassan JATI ke situ akan mengembalikan kegemilangan rancangan tersebut seperti di era 80-90an dahulu. Adalah lebih baik jika RTM padukan dua pengacara rancangan tersebut dengan menggandingkan Hassan JATI dengan `Ustazah Umi Hafilda' jika tidak pun Zul Kulum.

Tidak pelik Hassan JATI dipilih sebagai Pengacara kerana kita berani potong jari kalau Hassan JATI ini masih berada di PAS, usah mimpi beliau akan dipilih. Hassan JATI pastinya tidak akan lepaskan peluang mencari duit seperti ini bagi persiapan beliau setelah di`pencen'kan oleh rakyat di dalam PRU akan datang. Sementara menanti PRU yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang tentunya Hassan JATI perlu mengumpul wang paling tidak untuk menampung kehidupannya setelah beliau hilang deposit di dalam PRU akan datang.

Satu pilihan yang bijak oleh Hassan JATI. Cuma kita merasa sedih kerana kejatuhan beliau bukan kerana orang lain tetapi kerana sikap tamak dan egonya sendiri. Orang tamak dan ego memang tiada tempat di dalam PAS. Kini, jadilah Hassan JATI pesuruh sang Penguasa yang meletakkan maruah dirinya jauh ke bawah berbanding sebelum beliau menyertai politik. Allah Maha Kuasa, dia yang memberikan rezeki dan kedudukan dan Allah juga berkuasa untuk menariknya kembali.

Allah memandang manusia bukan pada awalnya, tetapi pada penghujungnya. Penghujung Hassan JATI amat malang sekali./wfauzdin.blogspot.com

Gambar fitnah MB Kedah dicekup SPRM tersebar

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Sebuah akaun di Facebook yang menggelarkan dirinya Anti PKR Club telah membuat fitnah jahat dan jijik kononnya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak ditahan pihak SPRM kerana menerima rasuah jutaan ringgit.

Blog http://omakkau.blogspot.com mendedahkannya.

Berikut petikan daripada blog tersebut.
Sebuah akaun di Facebook yang menggelarkan dirinya Anti PKR Club telah membuat fitnah jahat dan jijik kononnya Menteri Besar Kedah YAB Datuk Seri Azizan Razak dan Setiausaha Politiknya ditahan pihak SPRM kerana menerima rasuah jutaan ringgit.

Wang kononnya dirampas itu telah dipamirkan kepada umum.

Sila lihat cara pencacai UMNO membuat gambar yang telah diedit semata-mata mau membuat fitnah.

Memperlihatkan berasa bangga apabila melakukan fitnah sedemikian rupa.

LAGI DIFITNAH.. LAGI RAMAI RAKYAT AKAN BERHIJRAH.

Apa istemewanya mata air di kaki Gunung Angsi ini

Zefry Dahalan
KUALA PILAH: Pengguna jalanraya yang menggunakan laluan Seremban – Kuala Pilah sudah pasti akan melalui laluan baru Bukit Putus yang dikelilingi dengan hutan simpan Gunung Angsi.

Di kilometer 20, iaitu di kaki Gunung Angsi, sudah menjadi kebiasaan melihat orang ramai tidak putus-putus dari pagi hingga tengah malam beratur menunggu giliran untuk mengisi bekas air mereka dengan air yang mengalir keluar dari mata air di kaki Gunung Angsi tersebut.

FMT menemuramah beberapa orang yang datang ke lokasi tersebut untuk mendapatkan bekalan air tersebut.

Manaf Samsudin, 75, dari Senawang sanggup memandu sejauh 30 kilometer (pergi dan balik) semata-mata untuk mendapatkan bekalan air dari mata air kaki Gunung Angsi.

“Saya tidak minum air paip walaupun air paip dimasak sekali pun. Sejak 10 tahun saya hanya minum air dari mata air kaki gunung sahaja. Saya rasa badan saya selesa, segar, tiada demam dan bebas dari penyakit kencing manis.

“Kalau sesiapa tanya apa rahsia saya sihat walaupun sudah berumur 75 tahun, ianya tidak lain tidak bukan hanyalah dengan meminum air gunung ini sahaja. Saya minum air ini tanpa masak dan saya tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan”, katanya.
Rosli Sharip, 47, dari Kuala Pilah juga sanggup memandu sejauh 34 kilometer (pergi dan balik) untuk mendapatkan bekalan air dari mata air kaki Gunung Angsi ini.


Sedap dan segar

“Saya minum air ini sejak tiga tahun lepas dan rasanya lain daripada air paip yang dimasak di rumah. Malah rasa air ini lebih sedap dan segar berbanding air mineral yang dijual di kedai.

“Kalau minum air gunung ini, kurang sakit badan dan kurang penat,” kata Rosli.

Apabila ditanya FMT apakah air ini selamat diminum dan tiada kesan sampingan terutama apabila diminum tanpa dimasak, Rosli berkata beliau pernah mengambil inisiatif sendiri dengan menghantar sampel air ini ke sebuah makmal ujian di Petaling Jaya.

“Saya mempunyai seorang sahabat yang bekerja di sebuah makmal di Petaling Jaya. Saya pernah menghantar sampel air gunung ini kepada beliau.

“Selepas sahabat saya melakukan ujian terhadap sampel air ini beliau memaklumkan kepada saya bahawa air gunung ini bebas daripada kuman dan bakteria. Atas sebab itu saya sekeluarga tidak pernah ragu-ragu untuk minum air gunung ini,” jelas Rosli.

Yahya Ibrahim, 64, dari Seremban berkata beliau akan memandu sejauh 40 kilometer (pergi dan balik) setiap minggu untuk mendapatkan bekalan air gunung ini.

Lebih asli

“Saya suka air ini kerana tiada klorin. Kalau minum air ini badan pun rasa segar dan lebih bertenaga. Saya percaya kandungan mineral di dalam air gunung ini tinggi dan lebih asli daripada yang dibeli di kedai.

“Mak saudara saya juga mengamalkan meminum air gunung ini dan beliau mendakwabeliau telah sembuh dari penyakit asma setelah mengamalkan minum air gunung,” katanya.

Yahya berkata kehadiran orang ramai untuk mengambil bekalan air gunung ini pada hari cuti hujung minggu lebih ramai.

“Warga Kuala Pilah dan Jempol yang kebanyakannya kerja di Seremban dan Kuala Lumpur akan singgah mengambil bekalan air gunung ini ketika balik semula ke Seremban atau Kuala Lumpur.

“Nasib baik hari ini hari bekerja dan tidak ramai orang. Kalau saya datang pada hari Sabtu atau Ahad, paling cepat saya kena tunggu giliran saya selama sejam hingga sejam setengah”, kata Yahya.

Setelah tiga minggu mencuba minum air gunung ini tanpa di masak, penulis FMT mengakui air gunung ini jauh lebih segar dan sedap diminum berbanding air paip yang dimasak, air mineral yang dijual di kedai dan pelbagai jenis air yang dijual di mesin jual air.

Air gunung ini juga kekal segar walaupun setelah diisi di dalam botol air mineral dan diletak di dalam bilik (suhu bilik).