Mazlan Aliman
SEWAKTU Dr Ramli Kari(bekas ADUN PAS-Senggarang) telah dibangkitkan dalam Dewan Undangan Negeri Johor kedudukan orang melayu dalam Iskandar Malaysia. Kebimbangan kehilangan tanah orang melayu kepada pihak asing telah menjadi kenyataan.
Bahkan, sekitar Nusajaya yang menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri, tanah yang dulunya milik melayu, telah bertukar tangan. Kepentingan strategik melayu dalam ekonomi di situ juga terlalu kecil. Semuanya berasaskan persaingan.
Tanah tergadai, orang melayu jadi kuli sahaja.
Sekarang, nak ambil pula 22,500 ekar tanah orang melayu di Pengerang. Projek RM60 bilion, orang melayu dihalau keluar. 1545 kubur berwaris dan 900 kubur tanpa waris dipindahkan.
Yang kaya raya segelintir kroni Umno, melayu juga yang papa kedana!
Kawasan setinggan dlm daerah Johor Bahru, 85% adalah melayu. Tiada belas ihsan, dipaksa keluar. ribuan mereka merempat, lebih teruk dari pendatang asing.
Kawasan tersebut dibangunkan, melayu hanya jadi penonton semata2....
Johor kubu Umno paling kuat di dunia; ketika PAS dan pembangkang puluh tahun pertahan hak orang melayu; pemimpin Umno jadi broker menjual tanah2 orang melayu.
Pemimpin Umno jadi kuda tunggangan golongan kapitalis yang mendapat komisyen dan habuan, tergamak khianat bangsanya sendiri.
Pendedahan DPMM Johor adalah bukti jelas nasib melayu yang melukut di tepi gantang.
PAS Johor menyahut pendedahan DPMM, untuk bongkar penglibatan pemimpin Umno Johor sejak zaman Muhyiddin lagi sebagai MB yang menjual tanah2 melayu kpd bangsa asing; tergadai puluhan ribu hektar!
Tunggu, kami akan londehkan tindak tanduk teramat buruk pemimpin Umno Johor!
Kasi londeh kaw2 Johor.
BalasPadamentri terbaru: Pemalsuan Kad Pengenalan.