Nasharudin ingin bekerjasama dengan UMno

laniismaa
Nasharudin bersedih dipecat dari Majlis Syura PAS. Katanya hak parti untuk mengambil semula jawatan tersebut. Sedikit dia ingin memburukkan Majlis Syura kerana katanya dia mengetahuinya melalui media dan bukan saluran parti. Majlis Syura telah memberitahu pemakluman telah dibuat melalui surat, mungkin dia sendiri yang belum menerimanya.
Di antara kata-kata Nasharudin kepada Sinar Harian “Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.” Sama macam ayat Hasan Ali.

“Mana-mana pihak” maksudnya UMnolah bagi Nasharudin kerana kini sejak tidak berjawatan dalam PAS, dia lebih nampak UMno yang mendaulatkan Islam berbanding PAS. Semasa berjawatan dulu, tak pula kemaruk sedemikian.

Satu lagi, kenapa dia ingin bekerjasama dengan “mana-mana pihak” sedangkan dia masih ahli PAS. Kenapa tidak berusaha mendaulatkan Islam bersama PAS.

Asyik kemaruk dengan mana-mana pihak!! Baca juga Kontroversi terbaru bola sepak Johor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan