PELUANG MUHYIDDIN: Tiada penafian mutlak dari Najib, hanya mengaku dirinya 'sihat'

Wong Choon Mei, Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle
PELUANG MUHYIDDIN: Tiada penafian mutlak dari Najib, hanya mengaku dirinya 'sihat' Tanpa mengira sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bercakap benar atau tidak tentang kesihatannya, Muhyiddin Yassin, timbalannya telah berjaya mendahuluinya sekali lagi.
Pemerhati Umno berkata keputusan telah dibuat dan kegagalan Najib untuk menyatakan penafian mutlak bahawa baru-baru ini dia tidak mengalami strok hanya memberi kemenangan kepada Muhyiddin, yang kini bersiap sedia untuk mengambil alih sebagai presiden Umno seterusnya dan Perdana Menteri Malaysia.

Dan tempoh masa sasaran tidak berubah - sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu diadakan sebelum Jun tahun ini.

Kusut, kompleks dan mementingkan diri sendiri
Semuanya sudah jelas bagi Najib yang merekodkan prestasi buruk dan isterinya yang tidak popular Rosmah Mansor.

Kedua-duanya telah diberi tekanan yang hebat sejak beberapa bulan yang lalu akibat dakwaan rasuah yang dilemparkan oleh bekas sekutu-bertukar-musuh,mereka, Deepak Jaikishan. Dahulunya antara teman rapat Rosmah, Deepak telah berjanji untuk terus mendedahkan bekas tuannya setelah kotrak terbarunya yang melibatkan ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah menemui kegagalan.

Ia jelas bahawa broker kuasa dalam Umno tidak merasakan bahawa mereka mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi PRU ke-13 dan walaupun peluang itu mungkin akan terus malap jika mereka mengambil langkah di saat-saat akhir untuk menggulingkan Najib, kepentingan mereka nampaknya didahului. Menang kerusi dahulu, cakap kemudian - ini adalah arahan yang dipanjangkan kepada semua bahagian Umno di negara ini.

Dengan memenangi kerusi dalam tangan, 'panglima’ Umno, mereka menyangka boleh membuat perjanjian dan berpakat dengan mana-mana parti yang mereka mahu. Dengan Najib yang uzur mengetuai parti, dibebani pula dengan segunung skandal yang merosakkan, yang ada hanyalah jalan buntu.

Lebih buruk lagi, jika orang-orang Najib menang pada PRU ke-13, ia akan menjadi lebih mustahil untuk Muhyiddin dan mereka yang mendambakan jawatan tertinggi negara untuk mengusir Najib. Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, yang masih dikatakan orang yang paling berkuasa dalam Umno, mungkin mendapati dirinya diturunkan dari status ini setelah Najib mendapat mandat sendiri.

Oleh kerana sebab-sebab ini, berbelit, kompleks dan sikap pentingkan diri sendiri, Najibs pasti akan dikambing hitamkan seperti Abdullah Badawi telah dipersalahkan atas prestasi buruk BN dalam pilihan raya 2008 dan dipaksa untuk memberi laluan kepada Najib.

Bolehkah Najib yang sakit menerajui Umno mengharungi PRU ke-13 yang paling sukar
Ramai penganalisis Umno mentafsirkan berita yang bocor baru-baru ini bahawa Najib mengalami strok kecil dan terpaksa menghabiskan minggu berehat di Singapura sebagai isyarat dari kem Muhyiddin bahawa Mahathir telah memberikan lampu hijau untuk ‘memberontak’.

Memetik sebab-sebab kesihatan sebagi salah satu cara yang paling biasa bagi pemimpin untuk berundur bagi memberi laluan kepada pengganti yang mereka pilih atau pesaing mereka. Desakan Najib bahawa dia tidak sihat tidak akan mengubah keadaan menjadi lebih baik.

"Jadi Bursa Malaysia berada dalam keadaan baik, manakala pasaran berada dalam keadaan yang baik, pasaran sukuk juga baik, saya juga sihat. Jadi jangan percaya pada blog," Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama semasa pelancaran Dagangan Bursa Bon dan Sukuk (ETBS) pada pagi Selasa.

Sepantas kilat, para pengkritiknya menegaskan bahawa dia tidak memberikan penafian langsung. Sebenarnya, bukan sahaja pesaingnya dalam Umno menjangkakan reaksinya, bagi mereka, ia tidak kira sama ada dia benar-benar sakit atau tidak. Bagi mereka, keadaan kesihatannya adalah semata-mata jalan bagi mereka. Mereka tahu mereka mempunyai kelebihan sekarang. Dan begitu juga Najib dan orang-orangnya.

"Apa yang akan berlaku jika seseorang mendedahkan rekod dan log perubatan? Hakikatnya mereka terlalu lemah untuk melawan. Bagaimana seorang yang mempunyai masalah kesihatan menerima tekanan PRU yang paling sukar dalam sejarah negara. Survival Umno sedang dipertaruhkan. Anda tidak boleh mengharapkan panglima Umno untuk bergantung kepada pemimpin yang uzur. Tidak mungkin orang-orang Najib boleh berhadapan dengan Mahathir dan koncu-koncunya, "kata seorang pemerhati veteran Umno kepada Malaysia Chronicle.

"Kami dengar bahawa rundingan yang sebenarnya telah mula dengan bersungguh-sungguh. Ya, ia adalah pertelingkahan biasa ke atas apa yang mereka boleh mendapatkan dan apa yang mereka boleh simpan. Gelaran Tun untuk dirinya dan Toh-Puan untuk Rosmah. Benda-benda seperti itulah. Tetapi ia tidak lama lagi kerana tidak ada banyak masa untuk PRU ke-13 dan rakyat mesti diberi masa yang cukup untuk membiasakan diri dengan Muhyiddin sebagai PM baru atau segala-galanya menemui kegagalan dan Pakatan Rakyat pasti mendapat manfaat dari ini. "

Perubahan dalam dunia korporat
Dalam dunia korporat, kesan ketidaktentuan politik semasa juga sedang dirasai. Dalam kumpulan Umno - ya, kroni - tertanya-tanya siapa yang akan menjadi ahli perniagaan Melayu atau kumpulan yang bakal diangkat Muhyiddin untuk dipergunakan bagi membantu menaikkan namanya dalam politik. Ia tidak dapat dielakkan akan ada perubahan dalam pemain utama di dunia korporat Malaysia dan bukan sahaja di kalangan komuniti perniagaan Melayu.

Dengan keadaan perniagaan dan politik yang begitu berkait rapat di Malaysia, tidak hairanlah bahawa mereka yang mendambakannya sedang galak menghidu dimana angin akan bertiup dalam usaha untuk mendapatkan kelebihan. Sudah pasti, terdapat mereka yang akan menjadi mangsa perniagaan kerana Muhyiddin sudah semestinya akan memberi manfaat kepada para kroni dan penyokong-penyokongnya sendiri. Mereka yang pernah rapat dengan Najib dan Badawi boleh menjangkakan dirinya akan digugurkan.

Semasa era Tun Razak, Umno mempunyai Abu Bakar Lajim sebagai salah seorang penaungnya. Abu Bakar telah menderma RM1 juta yang pertama untuk membina ibu pejabat Umno di bangunan Dayabumi. Kemudian dalam era Mahathir, orang seperti Daim Zainuddin, Syed Kecik, Halim Saad, Yahya Ahmad, Rosli Man dan Tajuddin Ramli mula berkuasa, memperkukuhkan diri mereka dan begitu juga Mahathir yang kononnya memiliki lebih daripada AS $ 44 bilion, menjadikan dirinya orang yang ke-2 terkaya diantara bekas ketua kerajaan di dunia selepas Hosni Mubarak di Mesir.

Berakhirnya monopoli Syed Mokhtar?
Antara jutawan Melayu semasa, Syed Mokhtar Albukhary telah berjaya mendapat manfaat yang paling besar. Walaupun Syed Mokhtar mungkin tidak berada sebaris bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin, dia telah berjaya mengumpul harta dari kontrak Umno menjelang penghujung era Mahathir, dan melalui era pentadbiran Badawi sehingga pemerintahan Najib.

Tetapi mampukah Syed Mokhtar mengekalkan daya tarikannya melalui 'era' Muhyiddin, yang dikatakan mungkin terpendek pernah disaksikan kerana nampaknya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Pakatan Rakyat sedang bersiap sedia untuk menyapu kemenangan dalam pilihanraya yang akan datang.

Syed Mokhtar juga pernah rapat dengan Muhyiddin dan ini mungkin sebabnya dia mempunyai begitu banyak projek di negeri Johor, tempat kelahiran Muhyiddin. Yang sedihnya, ada khabar angin yang mengatakan bahawa Muhyiddin tidak begitu suka kepada Syed Mokhtar sekarang.

Terdapat spekulasi bahawa Syed Mokhtar enggan memberi Muhyiddin dana politik semasa pilihan raya pada tahun 2008 dan tidak mempedulikan permintaan keduanya untuk PRU ke-13. Oleh itu, ada kemungkinan besar Syed Mokhtar akan digugurkan daripada senarai kroni 'first-tier' nya apabila Muhyiddin memegang tampuk kuasa.

Semuanya menanti Mahathir?
Bagaimana Muhyiddin begitu yakin dia akan mengambil alih jawatan Najib? Muhyiddin yang berusia 66 tahun, telah menunjukkan bahawa dia begitu berani melakukan apa sahaja dan boleh melakukan kerja jauh lebih baik daripada Najib yang lembik? Apakah cita-cita Muhyddin untuk Malaysia? Adakah dia merancang untuk mereformasikan Umno atau mengekalkan ia sepertimana keadaannya sekarang? Bolehkah Muhyiddin berdiri sendiri tanpa sokongan Mahathir? Adakah dia hanya seorang lagi boneka bagi Mahathir dan anak-anaknya? Atau adakah dia akan menjadi 'lembut' seperti Abdullah Badawi – dan tiba-tiba menunjukkan persona yang berbeza apabila sudah menjadi PM?

Jawapan kepada soalan-soalan ini hanya boleh diketahui bila sampai masanya nanti. Buat masa sekarang, Muhyiddin terpaksa bermain permainan Mahathir dan Najib. Mahathir pasti mahu terus mengumpul kekayaan. Lelaki berusia 87 tahun ini dijangka akan memberi tekanan kepada Muhyiddin untuk memberi tawaran lumayan kepada anak-anaknya, tetapi Muhyiddin bernasib baik kerana tidak perlu melayan Mahathir terlalu lama.

Dalam hal ini, Muhyiddin boleh dijangka berkongsi sentimen sebilangan besar rakan-rakan partinya, termasuk Najib dan Rosmah. Apa jua perasaan peribadi mereka terhadap 'orang besar lama' Umno ini, ia bukan lagi rahsia bahawa mereka semua menunggu supaya dia dimamah usia tua. Mereka percaya bahawa hanya setelah itu, akhirnya mereka boleh membuat keputusan sendiri!

Ini merupakan kebenaran menyedihkan bagi Mahathir. Ada yang mengatakan ia adalah hukuman yang adil kerana memupuk budaya memecah-belah dan rasuah dalam Umno. Mungkin ini adalah satu lagi sebab perbalahan dalam Umno semakin meningkat sekarang.

Panglima Umno tahu bahawa dengan setiap tahun baru yang mendatang, mereka semakin hampir untuk akhirnya mengambil alih dari Boss Besar dan menjadi Raja bagi mereka sendiri. Tidak seperti sekarang, apabila Perdana Menteri pun terpaksa menjadi 'orang suruhan' dan memberi ‘tunduk hormat’ kepada kuasa sebenar di sebalik takhta boneka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan