Mohd Sayuti Omar
Dakwaan presiden MIC, G Palanivel bahawa sokongan masyarakat India terhadap Pakatan Rakyat merosot memang tidak boleh dinafikan. Ukuran terbaru sokongan masyarakat India ialah kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu lalu. Ternyata sekali bilangan masyarakat India begitu kurang.
Perhatikan berapa orang India dalam kelompok ini.
Saya membuat hitungan rambang mengenai perkara ini dengan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memerhati orang ramai yang berjalan di sebatang jalan menuju ke stadium merdeka pada tengah hari itu. Dalam perhatian saya setiap kelompok yang dipurata sebanyak 10 orang, ianya terdiri dari lima Melayu empat Cina dan satu India - 5 Melayu 4 Cina 1 India.
Dengan permerhatian ini boleh dianggarkan komposisi mereka yang hadir pada himpunan itu terdiri dari 50% Melayu, 40% peratus Cina dan 10% India serta ethnik lain. Kalau diterjemahkan ke dalam angka 50,000 Melayu, 40,000 Cina dan 10,000 India.
Dikira dari usia pula kira-kira 65% terdiri dari orang mudah yang berusia di bawah 40 tahun ke bawah, manakala selebihnya berusia 40 tahun ke atas sampai 76.
Dari pemerhatian itu juga jumlah dari segi jantina pula didapati 55% lelaki dan 45% peratus perempuan.
Di sini apa yang hendak saya tekankan berhubung dengan dakwaan Palanivel tadi. Kekurangan masyarakat India di himpunan itu bukan bermakna mereka menolak terus Pakatan Rakyat, tidak, tetapi kerana ada faktor lain. Salah satu faktor ialah pemulihan di dalam MIC selepas Samy Vellu tidak lagi menjadi presiden parti India itu.
Faktor samping ekoran berlaku pengkhianatan beberapa ahli politik India termasuk yang menjadi wakil rakyat dan menang atas tiket DAP dan PKR. Pengkhianatan ini memberi kesan dan dianggap segelintir masyarakat India mereka ini adalah hero. Jadi apabila hero sudah meninggalkan Pakatan Rakyat maka pengikutnya ikut berbuat sama.
Selain itu faktor pendekatan kepimpinan Ha Najib Razak. Pendektaan Najib memesra masyakat India menyebabkan masyarakat itu teruja dengan kemesraan Najib di samping mereka merasakan akan mendapat apa yang mereka ingini. Kunjungan Najib ke Batu Cave memberi tafsiran kepada orang India yang Najib mengambil berat kepada masalah kehidupan mereka.
Penampilan dan momokkan Najib sebagai seorang pemimpin yang prihatin serta status Najib sebagai anak Tun Razak Hussein yang dikenali oleh mereka sebagai baik dan berjiwa rakyat memberi mata kepada Najib. Dalam erti kata lain jasa-jasa Tun Razak kepada masyarakat India dibalas oleh masyarakat itu dengan menyokong Najib.
Bagaimana pun sokongan itu tidak sampai melebihi 70%. Sebanyak 30% atau lebih lagi adalah yang menyokong Pakatan Rakyat. Sosiopolitik masyarakat India tidak seperti Melayu dan Cina. Maksudnya tidak ada orang India yang berada di atas pagar. Mereka suka menzahirkan sokongan mereka walaupun sokongan itu pura-pura, atau seperti memasukkan air ke dalam raga.
Adapun yang menyokong Najib dan UBN adalah dari kalangan yang berpendapatan rendah atau pun tidak celik politik, kelompok terhindar dari isu, kebanyakan yang tinggal di ladang-ladang getah, sawit, lombong dan juga setinggan berapi dan berair. Kelompok cerdik pandai dan profesional memilih Pakatan Rakyat kerana mereka sudah faham dengan janji politik dan bentuk dan sistem pemerintahan Umno yang tidak adil kepada semua kaum.
Mereka ini juga sedar kemesraan ditunjuk Najib, sanggup memasuki kawasan setinggan atau minum di tepi kuil dan sebagainya hanya menjelang pilihan raya saja. Selepas ini mereka semua tidak akan dipedulikan sehinggalah lima tahun akan datang.
Selain itu kenapa menyebabkan masyarakat India seakan menyokong UBN ialah kerana ke belakangan ini tidak ada gangguan ke atas komuniti mereka. Maksudnya tidak ada mana-mana pemimpin atau tokoh di dalam masyarakat India yang berlawan dengan presiden parti itu kini. Keharmonian di dalam MIC memberi peluang kepada masyarakat itu memberi sokongan kepada pucuk pimpinannya dan sekaligus kepada UBN.
Jika dilihat kenapa lebih 50% bahkan hingga 65% masyarakat India menolak UBN dalam pilihan ke-12 ialah kerana peranan dimainkan kelompok tertentu di dalam masyarakat itu seperti Hindraf, NGO berunsur agama yang telah berjaya memecahkan minda masyarakat India dari menyokong UBN.
Peranan dimainkan Hindraf misalnya adalah cukup penting. Kekurangan sokongan masyarakat India apabila Hindraf sudah berpecah kepada dua kumpulan di mana kumpulan menyokong UBN agak besar. Tetapi Najib dan UBN tidak perlu bersedap hati menerima hakikat sokongan masyarakat India ini kerana masyarakat ini dianggap masyarakat "klu klik".
Sebagai kaum yang sifatnya mesra tetapi licik dan suka berpura-pura belum tentu lagi sokongan masyarakat India kepada UBN yang dianggarkan disekitar 55% hari ini kekal. Kalau tiba-tiba ada kocakan semangat ke atas masyarakat itu oleh kumpulan seperti Hindraf menyebabkan sokongan masyarakat India terhadap UBN boleh turun sampai di bawah 50% dan angka sebegini tentulah mencemaskan Najib dan UBN.
Berbalik kepada statistik atau bilangan mengikut kaum yang hadir dalam himpunan Sabtu lalu ia memberi petunjuk agak menggembirakan kepada Pakatan Rakyat. Apabila dianggarkan 50% orang Melayu yang hadir himpunan itu ia memberi gambaran sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat berganjak setidak-tidaknya 1.5 %. Walaupun anjakan itu kecil namun Pakatan Rakyat harus merasa puas kerana relatif orang Melayu masih tetap bersama Pakatan Rakyat walaupun mereka dituba dengan berbagai fitnah dan dipanah dengan panah sakti oleh UBN siang dan malam.
Mengenai kecenderongan masyarakat India memberi sokongan besar kepada UBN nanti ia tidak begitu membimbangkan sangat. Masih ada ruang masyarakat itu akan kembali semula kepada Pakatan Rakyat ataupun menganggangu 'keamanan' UBN dalam pilihan raya nanti apabila orang-orang yang mereka anggap sebagai Matado yang boleh merebahkan lembu tidak diberi peluang untuk bertanding. [wm.kl.7:40 am 14/01/13]
Mana mana perhimpunan pun masyarakat India memang tidak ramai yang menyertainya. Tambahan pula tidak ada habuan atau pengangkutan percuma untuk mereka apabila menyertainya. Mereka lebih berminat untuk menyertai mana-mana perhimpunan yang menyediakan pengangkutan dan pengangkutan percuma dengan sedikitr goodies untuk dibawa balik. Contohnya di Semenyih
BalasPadamSetuju dengan pandangan sdr Sayuti.Kaum india yang tarf hidup mereka masih terhimpit di estet2 dan taman2 perumahan murah di pinggir2 pekan kecil masih lagi ketinggalan dalam maklumat sama (seperti orang2 melayu di kampong2 tradisional) menjadi ulam pemimpin MIC dan UMNO.Senario ini memungkinkan pertembungan antara MIC dan UMNO dalam memilih calon dalam PRU13. Satu contoh jelas ialah Dun Rantau N.Sembilan yang bilangan pengundi india melebihi melayu pasti akan berlaku perebutan antara UMNO yang diwakili oleh Muhammad Hassan, MB sekarang dengan MIC yang sudah kedengaran mahu semula kerusi tersebut.
BalasPadam