Hakim tertidur dalam mahkamah dipecat

MOSCOW: Seorang hakim di Rusia dipecat selepas didakwa tertidur hingga tersilap menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh yang dibicarakan atas kesalahan penipuan.

Insiden itu turut mendapat perhatian ramai pihak selepas peguam defendan memuat naik beberapa video menunjukkan Hakim Yevgeny Makhno terlelap beberapa kali sepanjang perbicaraan berlangsung.

Bagaimanapun, jurucakap Mahkamah Tinggi memberitahu. Makhno perlu menjalani ujian jika mahu memegang jawatannya semula./AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan