Muhammad Faizal
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yakin Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat selepas Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Jelas beliau, ini akan menjadi kenyataan apabila melihat tsunami politik dan sokongan yang diberikan rakyat terhadap Pakatan yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Menurut beliau lagi, 12 kerusi parlimen akan turut menjadi milik Pakatan Rakyat apabila rakyat di beberapa kawasan khasnya luar banda dan kawasan pinggir bandar mahukan suatu perubahan.
"Saya yakin jika adanya lonjakan undi Melayu pada tahap 35 hingga 45 peratus termasuk sokongan undi bukan Melayu pada PRU13 nanti Johor menjadi milik Pakatan Rakyat.
"Walaupun ada beberapa tempat yang masih menjadi kubu Umno tapi itu dalam dalam lingkungan yang kecil kerana di tempat-tempat lain sokongan dari kaum Melayu sudah melebihi 30 peratus," jelas beliau lagi.
Salahuddin turut memberitahu khususnya di kawasan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) kaum Melayu terus terpinggir dan mahukan perubahan, apabila kehidupan mereka terkesan akibat dari tindakan kerajaan negeri yang membangunkan WPI tanpa memikirkan nasib mereka.
"Kini masyarakat Melayu di WPI bukan lagi Melayu kelahiran Johor, sebaliknya ramai yang datang memiliki rumah di WPI adalah dari negara jiran.
"Boleh dikatakan Umno membela Melayu di Johor sebenarnya hanya indah khabar dari rupa, kaum Melayu di sini hidup tidak menentu malah tanah rumah yang mereka diami bukannya milik mereka sendiri," sambung beliau lagi.
Jelas beliau lagi, perubahan di Johor pasti menjadi kenyataan jika kelompok Melayu bandar dan kawasan pinggir tekad melakukan perubahan.
Di samping, katanya sokongan yang diberikan pengundi Cina yang secara terang menolak kerajaan Umno Barisan Nasional di Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan