Najib Ketar Dikepung Mahasiswa

A.S
Lebih kurang 350 mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Zon Timur yang mewakili GAMIS Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan telah mengadakan satu protes besar-besaran terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.

Dato’ Seri Najib yang menghadiri mesyuarat tertutup bersama Kompenen Barisan Nasional Negeri Terengganu di Ri-Yaz Heritage, Kuala Terengganu telah menerima tamparan hebat apabila mahasiswa menanti di luar dengan pelbagai sepanduk yang menyatakan protes terhadap kepimpinan beliau dan Barisan Nasional.

Mahasiswa yang dilihat memenuhi kawasan luar pagar Ri-Yaz Heritage sejak jam 4.20 minit petang telah berhimpun lebih kurang 1 jam setengah menanti Perdana Menteri keluar dari kawasan resort berkenaan. Namun Perdana Menteri dilihat masih tidak mahu keluar dari resort berkenaan walaupun mesyuarat telah pun sedia tamat 5.00 petang dan dilihat Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu telah meninggalkan kawasan resort seorang demi seorang.
Sepanjang himpunan protes berkenaan, pemuda-pemuda UMNO kampung Pulau Duyong melakukan provokasi dengan menyerang beberapa pimpinan mahasiswa. Pegawai polis pula cuba meleraikan himpunan protes agar mahasiswa bersurai tanpa diberi izin bersemuka dengan Dato Seri Najib Tun Razak.

Akhir sekali, ketakutan Najib Tun Razak begitu terserlah apabila hampir jam 6.00 petang beliau keluar dengan rombongan keretanya di dalam keadaan trak polis, pegawai polis dan orang kampung dengan bendera-bendera Barisan Nasional menjadi benteng penghalang untuk menuntup sepanduk-sepanduk yang dibawa mahasiswa untuk tidak dilihat oleh Najib Tun Razak. Walau bagaimana pun, rombongan kereta PM Malaysia diiringi dengan laugan ‘Hidup Mahasiswa’ oleh mahasiswa yang berkumpul di luar perkarangan Ri-Yaz Heritage..
Presiden GAMIS, Muhamad Azan Safar yang mengetuai himpunan protes tersebut berkata ketika diminta komentar, ‘Kita kesal kerana permohonan kita hanya satu, untuk bersemuka dengan Perdana Menteri Malaysia bagi menyerahkan satu memorandum terhadap kegagalan beberapa urustadbir kerajaan dibawah pemerintahan Barisan Nasional. Tapi nampak PM terlalu takut dengan suara mahasiswa apabila untuk berjumpa dengan setiausaha khasnya pun, tidak diberikan keizinan,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan