Akhirnya Mahathir rebah dan tumbang di kaki wanita.....

tokpepijat

Mantan Perdana Menteri Mahathir terkenal dengan sikap diktaktornya selama 22 tahun memegang tampuk pemerintahan Malaysia.

Semua institusi "rebah dan tumbang" di kakinya. Samada Badan Kehakiman, Raja-Raja Melayu dan segala yang ada di negara ini. Hebatnya Mahathir.

Tragedi Memali berlaku di era pemerintahannya. Kerana ego, sombong dan angkuh, hingga kini tiada sepatahpun ucapan maaf dari mulutnya atas tragedi tersebut.

Setelah bersara dari PM, perangai ego, sombong dan angkuh tetap menjalar pada dirinya. Mengkritik Pak Lah hingga sanggup keluar UMNO buat seketika.

Dalam keangkuhan dan kesombongan beliau ada dua peristiwa yang memalukan beliau yang tentunya membara dendam dalam kalbunya iaitu :

i) Dipecat oleh Tunku Abdul Rahman dari UMNO.Merempat dan mengemis sekejap Mahathir atas pentas PAS.

ii) Dinafikan untuk mewakili UMNO Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung UMNO zaman Pak Lah jadi PM.

Walaupun begitu, perangai dan wajah "hodoh" Mahathir tetap menjelma di alam politik kini. Tugasnya sekarang untuk menaikkan anaknya Mukhriz ke persada politik negara. Matlamatnya agar Mukhriz dapat menduduki Seri Perdana sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Bagaimanapun, masa sudah tidak cukup buat beliau. Apa sekalipun, mesti anaknya jadi PM sebelum beliau mati.

Berbeza dengan Pak Lah. Menantunya Khairy yang menetapkan umur 35 tahun mahu ditabalkan menjadi PM Malaysia yang termuda. Malang bagi Khairy, dia sekadar mengemis ehsan PMNajib dan Rosmah. Khairy tiada seni dan bakat membodek!

Dalam keangkuhan ,kesombongan dan keegoaan Mahathir, akhirnya beliau "menyerah diri" kepada Rosmah. Pelik bukan ? Beliau dengan "rebah" di kaki Rosmah akhirnya. Membodohkan diri dengan pengisytiharan agar buku biografi Rosmah digunakan(macam buku teks?) untuk sekolah-sekolah Malaysia.

Inilah martabat terendah Mahathir!. Inilah "pembodekkan teragung" dari seorang mantan PM yang pernah kuasai politik Malaysia selama 22 tahun.

Mahathir gagah untuk kalahkan dan lagakan musuh politiknya. Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar semuanya tumbang akibat licik politik Mahathir.

Tetapi Mahathir akhirnya tumbang juga. Bukan di tangan lelaki. Tetapi di kaki seorang wanita.
Hinanya Mahathir dan hebatnya Rosmah.

1 ulasan: