Akhirnya Wan Muhammad Azri mengaku dia pengundi hantu

notan
Assalamualaikum,,.

Wan Muhammad Azri menyatakan dia bukan Papagomo.Wan Muhammad Azri ialah individu yang memegang mycard bernombor seperti yang didedahkan oleh Rafizi Ramli dan mendakwa tidak pernah mengundi sebelum ini.Wan Muhammad Azri tidak pula menyentuh mengenai rekod daftar dengan nombor polisnya tetapi akhirnya disahkan oleh SPR merupakan orang yang sama apabila namanya dibuang dari daftar pengundi pos.Bermakna Wan Muhammad Azri memang sah merupakan seorang bekas anggota polis yang pernah dipenjarakan kerana kes rasuah(rekod hukumannya tidak boleh dipadamkan).

Kalau benar Wan Muhammad Azri tak pernah mengundi, ini bermakna pegawainya yang sering didakwa oleh beberapa bekas anggota polis mengundi untuknya.

Logiknya, Wan Muhammad Azri menjadi pengundi pos selama dia berada dalam perkhidmatan polis dan sepanjang namanya masih ada dalam daftar undi.Oleh itu kalaupun Wan Muhammad Azri tidak pernah mengundi, dia tentu tahu ada pegawai yang mengundi untuknya.Dan dengan pengetahuan adanya namanya dalam daftar undi sebagai pengundi pos, Wan Muhammad Azri tentu sekali tahu bahawa dia adalah pengundi hantu ketika mendaftar sebagai orang awam.

Itulah maknanya pengakuan Wan Muhammad Azri dan tindakan segera SPR.Wan Muhammad Azri tidak boleh lari dari fakta penemuan yang membuktikan dia adalah pengundi hantu.Wan Muhammad Azri turut menafikan bahawa dia adalah Papagomo tetapi bagaimana pula dia boleh terlibat dengan perbicaraan saman Datok Husam Musa yang turut mengaitkan dia dengan blog Papagomo?

Zahid Hamidi berjaya mengenepikan sapina datok Husam untuk hadir memberi keterangan dan mengesahkan siapa papagomo kerana Zahid Hamidi kenal Papagomo yang pernah naik kapal selam bersama LGE.

Zahid mungkin berjaya sekarang tetapi Zahid tidak boleh melarikan diri selama lamanya.Lagi satu, Papagomo baru sahaja mendakwa dia dipukul oleh dua orang samseng PKR yang bermakna semua ahli PKR termasuk samsengnya kenal siapa Papagomo jadi tidak mungkin DSAI tersalah saman kerana Papagomo sudah dikenali.YB Tian Chua diberitakan turut mengikuti jejak DSAI.

Benarkah Wan Muhammad Azri bukan Papagomo? Kita lihat permainan seterusnya dari wan Muhammad Azri!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan