Apa pula muslihat Sultan Sulu kali ini?-Bhg 2

senik
Assalamualaikum,,..

Penulis memang menjangka kemelut pencerobohan pengganas Sulu akan berpanjangan sama seperti jangkaan Zahid Hamidi yang menjangkakan dharurat mungkin akan diisytiarkan. Penceroboh yang berjumlah dikatakan antara 100 hingga 300 orang itu nampaknya lebih ramai sehingga Sultan Jamalul Kiram seolah olah tahu kedudukan tenteranya. Selepas tawaran gencatan senjata ditolak, Jamalul Kiram menawarkan satu lagi tawaran yang boleh membuka mata kita semua, terutama penduduk Sabah.

Dakwaan tenteranya menawan 4 orang anggota polis walaupun dinafikan oleh kerajaan kita nampaknya membolehkan Jamalul Kiram tampil dengan tawaran bertukar tawanan. Apakah semua ini? Propaganda seperti disebut dalam artikal pertama dulu harus dinilai dengan lebih teliti kalau kita tidak mahu menyesal. Najib harus lebih bertanggungjawab sekarang, lebih lebih lagi penggal parlimen sudahpun tamat. Pasukan keselamatan kita mesti dilindungi daripada kehilangan nyawa yang besar!

Kerajaan harus cepat mengumumkan samaada benar ada polis kita ditawan, polis yang selama ini telah membuktikan kesetiaan mereka kepada kerajaan walaupun dalam kes kes tertentu terpaksa mendera rakyat yang tidak bersenjata semata mata setia kepada kerajaan, polis yang saban kali PRU akan dimenafaatkan untuk memberi undi kepada UMNO/BN menerusi undi pos, kini berdepan dengan ancaman nyawa dek penangan pengganas Sulu yang kelihatan jauh lebih ramai daripada 300 orang.

Cuba bayangkan kalau polis berpaling tadah, apa akan jadi kepada kerajaan? Dan kalau tindakan berpaling tadah itu disertai oleh Tentera, kerajaan UMNO/BN boleh kojol serta merta tanpa perlu PRU. Oleh itu kerajaan mesti mengambil tindakan yang betul demi menjaga keselamatan nyawa polis dan tentera yang sudah terbukti setia kepada bukan sahaja negara tetapi kerajaan juga. Wang ringgit sudah tidak cukup dalam situasi sekarang, tetapi keputusan dan tindakan bijak kerajaan untuk mengelakkan kehilangan nyawa anggota keselamatan amat perlu sekali.

Kesukaran berdepan dengan pengganas hari ini disebabkan tindak tanduk pemimpin UMNO sejak zaman Mahathir. Penulis masih ingat di awal pemerintahan Mahathir dan Sabah masih di era Berjaya di bawah Haris Saleh, kebanyakan pendatang Sulu hadir di perairan Sabah sebagai lanun, dan pasukan polis marin ditugaskan untuk membenteras kehadiran mereka. Antara yang menjadi polis marin yang ditugaskan di Sabah ialah bapa saudara penulis dan dari cerita bapa saudara inilah penulis dapat membayangkan bagaimana anggota polis marin yang bertugas di Sabah saban hari terlibat dengan adegan kombat dilaut dan kegiatan lanun lanun Sulu ini tidak pernah berkurangan.

Akhirnya aktiviti lanun berhenti apabila Mahathir melakukan operasi atau projek IC di mana hampir keseluruhan pendatang haram yang merupakan lanun lanun ini diberi IC untuk mengundi UMNO/BN.

Sejarah rusuhan yang menyebabkan kematian dan ramai pemuda tempatan bersahur dalam lokap di GPP 5 & 6, Paka Terengganu dulu juga berpunca dari keturunan lanun Sulu yang datang sebagai pekerja dari Sabah. Gambaran yang boleh dirumuskan bakal berlaku di Sabah sekarang dengan Jamalul Kiram menjadi mastermindnya. Kedudukan ramai rakyat Sulu di seluruh Sabah amat berisiko seandainya gendang perang dipukul oleh Jamalul Kiram.

Tindakan Jamalul Kiram membuat tawaran demi tawaran mungkin ada muslihatnya. Seandainya pengganas yang dijangka kurang dari 300 orang itu masih belum ditemui sepenuhnya, bagaimana kalau jumlah mereka lebih dari itu?

Berita yang penulis terima ada sejumlah senjata yang dirampas di Tawau dalam sebuah keranda membimbangkan kita semua. Kerajaan mesti cepat bertindak kalau kalau berita ini benar, apatah lagi kalau ada senjata yang terlepas ke tangan penduduk Sulu yang sudah ada IC, keadaan ini cukup bahaya kepada penduduk Sabah dan apa kata kalau tindakan Jamalul Kiram hanyalah untuk melengah lengahkan masa agar semua senjata dan kedudukan pengganas sudah siap sedia untuk mengistihar perang terhadap Sabah.

Kalau perkara ini berlaku, UMNO tidak boleh dimaafkan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan