Kalaulah polis-polis seperti Pesuruhjaya Polis Sabah

laniismaa
Hamza
Rentetan peristiwa Lahad Datu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dikenali ramai kerana selalu keluar TV melaporkan peristiwa berkenaan.

Kalaulah polis-polis di Malaysia seperti Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sejuklah hati kita. Baca sebahagian dari artikel di bawah;
”Al-Quran adalah sumber kekuatan saya…setiap pagi selepas solat Subuh, sesibuk mana pun atau sejauh manapun stress saya ketika itu, saya tetap akan membaca Al-Quran sekurang-kurangnya sehelai, sekarang lebih mudah kerana saya boleh membacanya menerusi telefon bimbit saya.

”Dan seperti mana orang Islam lain, saya akan pastikan tidak tertinggal solat walau dalam keadaan apapun…Alhamdulillah, berkat ayat suci yang dibaca, selain solat lima waktu itu, saya rasa cukup tenang dan lebih berkeyakinan dalam setiap tindakan yang saya ambil khususnya dalam Ops Daulat ini.

”Alhamdulillah, saya boleh katakan sehingga kini, saya tidak merasa terlalu tertekan dan terbeban dengan apa yang sedang berlaku, ada saja perkara yang dimudahkan-Nya, ada saja jalan keluar dalam setiap masalah yang ditempuh,” kata Datuk Hamza Taib seperti dipetik Mynewshub.
Itulah yang diceritakan dan kita mengharapkan realitinya begitulah. Kalaulah polis-polis lain di Malaysia juga begitu, rasanya kuranglah yang selalu-selalu kita dengar tentang polis yang suka baham rasuah, polis bantai tahanan sesuka hati dan yang lebih penting taklah polis nak mengikut sangat rentak kerajaan mempergunakan mereka untuk mengenakan pembangkang di negara ini.

Harap-harapnya begitulah dan semoga mereka menjadi seperti Datuk Hamza Taib yang cintakan solat dan Al Quran. – Lagi

Read more: www.ekeleh.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan