Macam tak percaya, UMNO betul betul terdesak!

notan
Assalamualaikum,,..
Sebentar tadi Zaujah menerima SMS dari 0133139581 yang berbunyi ;

Salam.PAS tuduh melayu sampah pd yg sokong krn UMNO munafiq.Sebenarnya mereka sampah, ejen syaitan keliru, pesong akidah melayu.PAS bukan ISLAM n ISLAM bukan PAS.

Kebudak bukankan kandungan SMS tersebut, mungkin ianya dihantar oleh kanak kanak Tadika!

Pengirim semacam mengaku bahawa UMNO munafiq (bukan saya kata tapi pengirim SMS itu yang ngaku) dan melayu yang sokong UMNO itu sampah.Setakat yang saya tahu, tidak ada seorang pemimpin PAS yang menuduh UMNO munafiq dan tidak pernah saya dengar seorang pemimpin PAS yang kata melayu yang sokong UMNO itu sampah.Barangkali ianya illusi dan imaginasi pengirim kerana dia tahu UMNO banyak menipu melayu dan banyak mengaku sebagai pembela Islam pada masa mereka merosakkan satu demi satu institusi Islam.Pengirim mengandaikan PAS menuduh melayu dan UMNO sedemikian rupa kerana perangai UMNO sendiri.

Umumnya seperti yang pernah diakui oleh seorang JKK, bahawa orang yang betul betul mempertahankan UMNO ialah orang orang yang ada kepentingan peribadi, pada yang tiada kepentingan mereka tidak akan kisah kalau UMNO menang atau kalah. Oleh itu saya berpendapat pengirim SMS ini ada kepentingan peribadi dan bimbang tersangat amat UMNO akan lingkup, di mana pengirim merupakan salah seorang yang akan sengsara amat.

Ini bermakna UMNO sudah teramat terdesak sehingga sanggup melakukan apa saja walupun apa yang dilakukanya hanyalah satu illusi atau lakonan serta membuat tuduhan yang berbaur raja lawak.Tak siapa kata PAS itu Islam dan Islam itu PAS, cuma yang sering dilaungkan ialah PAS parti Islam dan UMNO pula parti Nasionalisma atau dalam bahasa TGNA kebangsaaan.

Anak kecilpun tahu perbezaan makna Islam dan parti Islam serta parti kebangsaan tetapi pengirim kerana terlalu terdesak tidak memikirkannya malah dek kerana terdesak dia tidak hirau kepada siapa yang dia hantar SMS dengan harapan akan mendapat simpati.

Malang bagi pengirim kerana menghantar SMS kepada seorang penyokong PAS yang sudah bersama PAS sejak kecil lagi. Yang kenal semua pemimpin besar PAS (dalam erti kata mengenali keperibadian dan amalan harian mereka), yang tahu benar beza antara carahidup yang nak dibawa oleh PAS dan carhidup yang diamalkan UMNO, yang tahu erti PAS ganti UMNO, yang tahu benar macamana UMNO merosakkan melayu, bla,bla.,bla,,,,,,,,,,,,,,

Macam tak percaya, UMNO betul betul terdesak!"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan