Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Setelah lebih dua minggu pengakuan bapa Saiful Bukhari mendedahkan pegawai khas Perdana Menteri, Khairil Annas Jusoh dalang di belakang konspirasi politik yang dirancang dalam kes fitnah liwat II, tiada sebarang tindakan dikenakan ke atasnya.
(Saiful bergambar dengan Khairil Annas ketika Najib adalah TPM)
Azlan Mohd Lazim (bapa kepada Saiful Bukhari) yang mengaku Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan menjadi mangsa fitnah pada pendedahan itu berkata, anaknya dipergunakan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab termasuk Kharil Annas untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang.
Pada pendedahan 8 Mac lalu, Azlan mengakui semua kenyataan akhbar anaknya dan beliau sendiri dirancang dan diskripkan Khairil Annas bersama peguam Zamri Idrus.
Khairil Annas ialah Pegawai Khas Najib yang ditemui Saiful Bukhari di Jabatan Perdana Menteri pada 12 Februari 2008 untuk memohon biasisawa sedangkan Saiful dibuang dari Universiti Tenaga Nasional.
Khairil Annas yang juga Pengarah Bahagian Dasar dan Penyelidikan di Pejabat Perdana Menteri beberapa kali bertemu Saiful bersama isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.
Selain itu, Khairul Anas adalah ahli Majlis Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang sangat dibimbangi oleh pensyarah dan pelajarnya boleh menjejaskan nama baik universiti bernama Islam itu.
Di UIA, nama penuhnya adalah Prof. Dato' Wira Dr. Haji Khairil Annas bin Jusoh, mewakili orang Islam yang dihormati dan juga Pegawai Khas kepada Perdana Menteri.
Tolonglah guna warna putih pada ayat2 dalam blog ini agar tidak menyakitkan mata para pembaca.TERIMA KASIH.
BalasPadam