Aishah layak jadi calon

Blog Gendang Perang

Setidak-tidaknya kelulusan akademik yang ada padanya, pendidikan di University of Auckland dan memiliki Ijazah Sains Politik.


Ceramah anjuran PAS sebelum ini selalunya hanya dalam 10 ke 20 peratus sahaja. Jika ada penceramah wanita pun kehadiran wanita hanya sekitar 25 peratus sahaja. Itu paling tinggi.

Tetapi ceramah Aishah di Seremban tempoh hari dihadiri oleh 50 peratus golongan wanita termasuk gadis remaja. Golongan gadis dan wanita yang hadir pada malam itu dalam lingkungan umur 21 tahun ke 50 tahun.

Daripada jumlah hadirin lebih 10,000 orang itu, jika separuh daripadanya adalah gadis remaja dan wanita, ini bermakna Aishah mempunyai kekuatan menarik sokongan kaum hawa.

“Kita sedia maklum sejak sekian lama PAS dan Pakatan Rakyat masih tidak mendapat sokongan majoriti golongan wanita jika dirujuk kepada keputusan PRU ke-12 dan sebelum itu.

“Golongan wanita Melayu merupakan golongan paling liat untuk mengundi calon Pakatan Rakyat. Saya kira jika kita letak Aishah sebagai calon PRU di Jempol, kita mampu mendapat penambahan undi yang drastik daripada pengundi wanita dan anak muda,” kata pemimpin tersebut.

Pemimpin itu turut merasakan status ibu tunggal Aishah juga “carry weight” dan pengundi yang berstatus ibu tunggal di Jempol tidak akan teragak-agak akan memberikan undi kepada Aishah.

Sumber: wasukalu.com
-tranungkite-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan