BN sudah menipu, bersedialah ke jalanraya!

senik
Assalamualaikum,,..
Sebaik saja parlimen dibubarkan, BN sudah memulakan agenda penipuannya demi untuk memenangkannya dalam PRU 13. Sudah sah bahawa BN tidak sesekali akan bertanding secara anak jantan tetapi akan tetap meneruskan tradisi penipuannya.

Oleh itu, rakyat yang inginkan perubahan tiada plilhan selain bersedia ke jalan raya menjayakan Arab Spring. Sekali penipu, selama lamanya penipu, trade mark yang sesuai untuk BN.

Memberikan 10 minit kepada PR untuk membentang menifesto di kaca TV, tetapi menjadikan siaran langsung untuk BN, sah menjadikan BN sebagai penipu negara nombor satu. Menjadi alasan yang cukup baik untuk Arab Spring tanpa perlu adanya dokumen yang pernah didakwa Yidin.

Najib pula mewarisi sifat menipu dari Mahathir apabila mengumumkan 3 projek mega untuk Cyber Jaya selepas mandatnya sebagai PM sudah tamat. Najib seperti Mahathir selamba saja ketika menipun rakyat.

Penipuan BN dijangka meningkat menjelang PRU dan kemuncaknya ialah seperti biasa membawa ramai pengundi hantu dari berbagai spesis. spesis yang paling hodoh ialah spesis PATI.

Rakyat yang ingin melihat perubahan harus melihat kemungkinan ini sebagai kemungkinan besar menjadikan keputusan PRU 13 nanti memihak kepada BN dan pastinya rakyat yang inginkan perubahan tidak sanggup melihatnya berlaku kerana sudah dua penggal BN dibiarkan memerintah secara menipu. Kalau rakyat membiarkan ini berlaku, sudah tentu rakyat Malaysia menjadi rakyat yang termundur dirantau ini. Ingat, Indonesia dan Filipina sudah lama menyingkirkan pemerintah jenis BN ini.

Lantaran buah buah penipuan sudahpun bermula, maka rakyat yang inginkan perubahan harus bersedia sekarang, bersedia dari segala sudut dan segala kemungkinan termasuk memenuhi jalanraya bukan sahaja di Kuala Lumpur malah di SELURUH NEGARA. BN mesti disingkirkan kerana menipu rakyat!

1 ulasan:

  1. Takdenye org nak percaye dah dgn cakap2 camni.. Dulu bole la kitorg teruk kena tipu, kita turun jalanraya, makan bom asap, kena sepak, masuk lokap etc tp satu bukti hape pun korg x keluarkan utk membantu.


    Apa kate korg berkempen secara jujur & gentleman bila kalah, insyaAllah lain kali boleh berjaya.

    BalasPadam