Hati Nik Aziz hitam legam kata Harussani

laniismaa
Modal baru Utusan Malaysia nak menghentam Nik Aziz berkaitan kenyataan pahala solat yang dikeluarkan TG Nik Aziz. Tentu Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjadi rujukan terawal Utusan Malaysia meminta pandangan.
Harussani
Pantang… kalau kenyataan Nik Aziz, Harussani akan bingkas bangkit menggenggam tangan untuk melawan. Kalau kenyataan daripada UMno, Tok Mufti ini tersipu-sipu malu undur ke belakang. Itulah kenyataannya pada pandangan ramai orang.

Kali ini kenyataan mufti ini bukan alang-alang, hati Nik Aziz hitam legam.
“Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam.

“Hati Nik Abdul Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang,” kata Harussani – UM
Tok Mufti ini berkata haram hukumnya menuduh seseorang. Anehnya mampu pula dia membaca dan menuduh hati Nik Aziz yang terlampau hitam.

Paling mantap sempena pilihanraya “sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi.”

Selepas ini tak perlulah suruh anak solat, biarkan kemungkaran berlaku dalam masyarakat dan biarkan pendirian politik seseorang rosak kerana dosa pahala hak mutlak Allah.

Patutlah masyarakat punah ranah!! - Lagi.MY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan